Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 03-12 Jun 2022

7:18 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Beberapa minggu kebelakangan ini seringkali terbaca pelbagai iklan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur termasuk iklan dari pelbagai penerbit buku. Antaranya termasuklah penerbit SYFE, dan Amie turut serta menjadi salah seorang penulis buku terbitan syarikat ini. 

Menurut Admin, semua tajuk buku terbitan SYFE akan berada di Aras 4, booth sebelah Gempak Starz! Wah, rasa seronok sangat mendengarnya. Namun begitu, sayang sekali Amie tidak dapat menghadiri pesta yang gilang-gemilang itu.




Sebenarnya ada beberapa buah buku terbitan SYFE yang mengandungi hasil karya Amie yang belum sempat  dijadikan entri. Setakat ini Amie juga telah menyertai syarikat penerbitan seperti SHE (Syahida Hassan Enterprise), AID Conference, KISMy (Komuniti Menulis Malaysia) dan SNE (Sanggar Nurimas Enterprise). Syarikat penerbitan SHE turut berada di PBAKL bersama hasil terbitan mereka. Buku-buku yang pernah Amie jadikan entri sebelum ini turut berada di PBAKL.

Sumber : SYFE

Amie lihat beberapa kali lalu-lalang iklan SYFE memaparkan Antologi Anekdot Santuni Persahabatan di bawah judul antologi:
  • Kalau Ada Sumur di Ladang
  • Boleh Saya Menumpang Mandi
  • Kalau Ada Umur Yang Panjang
  • Boleh Kita Berjumpa Lagi
Dalam entri kali ini mie hanya paparkan sahaja tajuk-tajuk antologi tersebut. Ada masa nanti Amie akan ulas satu-persatu.

Sumber : SYFE

Ada slot SYFE bersama-sama dengan Tuan Munsyi Mohamad bin Musip di Ruang Rehat dan Baca, 3 Jun 2022, jam 4-6 petang. Tuan Munsyi Mohamad bin Musip ialah editor kami yang sangat menjaga disiplin tatabahasa dalam setiap karya. Banyaklah kami menimba ilmu tulis-menulis daripada beliau.

Penanda buku Antologi Anekdot Santuni Persahabatan

Antologi Anekdot Kalau Ada Sumur di Ladang

Apabila kalian memiliki teman yang membantumu dalam ketaatan, maka genggam erat tangannya. Kerana mendapatkan seorang sahabat itu sukar, sedangkan berpisah daripadanya itu mudah.
Imam Syafii

Antologi Anekdot Boleh Saya Menumpang Mandi


Persahabatan ialah hal yang tersulit di dunia untuk dijelaskan. Ianya tidak dapat dipelajari di sekolah. Jika kamu tidak memahami erti persahabatan, kamu belum memahami apa-apa pun.
 Muhammad Ali.


Antologi Anekdot Kalau Ada Umur yang Panjang

Sahabat sejati akan selalu ada meski tak menyapa. Tapi selalu ada doa yang mengiringi.
Faqihatul Marroh

Antologi Anekdot Boleh Kita Berjumpa Lagi

Sababat sejati tidak pernah terpisah. Mungkin berpisah dalam jarak, tapi tidak dalam hati.
Hellen Keller.


Terima kasih sahabat terbaik dunia akhirat!


8 comments

  1. Alaaaa...bestnyaaa...SA plak x pi pesta buku tu...rasa nak pergi..tp tu la Dania kerja kan...sape plak nak diajak...bestnya kalau dpt pergi

    BalasPadam
  2. Sy pernah ke Pesta Buku ni dua kali, best la kalau bawa duit banyak, hahaha.

    BalasPadam
  3. pantun yg malar segar...ya, betul..sahabat sejati sentiasa dekat di hati..

    BalasPadam
  4. Tak dapat nak join tahun ni. Masih dalam tempoh pantang..

    BalasPadam
  5. Wah, banyak dah karya Amie ye. Tahniah, dan semoga terus sukses dalam bidang penulisan.
    Ooo, waktu cuti sekolah pesta buku ni.

    BalasPadam
  6. Wah,tahniah Cikgu Amie!
    Dulu zaman muda selalu juga pi Pesta Buku Antarabangsa ni..
    Kali terakhir pi masa Cella sekolah lagi🤭

    BalasPadam
  7. Untung dapat sahabat sejati.
    Semoga saya dapat satu. Amin.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe