Firdaus Melayan Tetamunya di Hari Raya
8:11 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Agak lama juga tidak kongsi cerita Firdaus.
Firdaus mempunyai dua orang rakan baik yang tinggal berhampiran tempat kediaman kami. Sekiranya hari cuti sekolah, mereka akan bermain bersama-sama pada sebelah petang. Pada hari raya kelima, Firdaus minta Amie gorengkan ayam. Katanya hendak menjamu Khalid dan Abu makan ayam goreng.
Tepat pukul empat petang datanglah Khalid dan Abu ke rumah. Bukan main seronok Firdaus melayan tetamu istimewanya itu!
Hidangan pilihan Firdaus untuk menjamu rakan-rakan baiknya. |
Khalid dan Abu makan nasi tapi Firdaus hanya meratah ayam goreng.
Selepas makan nasi, mereka makan kuih pula!
Moga ikatan persahabatan di antara mereka terus berpanjangan.
12 comments
Semoga ukhuwah terus berkekalan
BalasPadamMesti Firdaus seronok kawan-kawan datang ke rumah.
BalasPadamAlahai comel je tengok 3 sekawan ni. Moga persahabatan mereka berpanjangan.
BalasPadamsemoga persahabatan berkekalan...
BalasPadamcomelnya Firdaus dan rakan-rakan. semoga membesar semuanya jadi anak soleh dan berjasa pada ibu bapa dan negara
BalasPadamComel je tengok budak-budak beraya. :)
BalasPadampandai daus layan tetamu
BalasPadamPandai dia layan tetamu :)
BalasPadamWah seronoknya Firdaus kawan2 datang beraya ye...
BalasPadamhandsome Khalid..
BalasPadamgambar last tu part yang Firdaus tenung kawannya tu alahaiiii comel je
Alahaiiiiii firdaus kalau achik notie nak jadi kawan firdaus boleh tak. Boleh dapat makan sedap dan layanan baik firdaus. hehheehe
BalasPadamcomel je tgk firdaus melayan tetamu kecil nya.
BalasPadam