Coto Makassar di Gerai Simpang Jeroco

8:39 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin, sebaik sahaja Firdaus tamat mengikuti aktiviti perjumpaan  kokurikulum, kami terus menuju ke Elopura (Sandakan). Oleh kerana tempat penginapan idaman  banyak yang sudah penuh, kami pun bermalam sahaja di The Pavilion Hotel. Tak sedar pula, Pesta Kaamatan sedang diraikan! Patutlah sana sini hotel sudah penuh ditempah! Terfikir pula kesesakan jalan raya di tengah bandar, sebab kelmarin pun lebih 2 kilometer panjangnya kenderaan bersusun untuk keluar dari arah Sandakan ke simpang Batu 32.

Jadi, kami hanya menginap satu malam sahaja di Pavilion Hotel yang terletak di Batu 7, belum sampai ke bandar Sandakan. Selepas daftar keluar kami shopping buah-buahan dan terus balik ke Lahad Datu.

Tak sanggup rasanya berlama-lama di jalan raya, baiklah berehat sahaja di rumah sambil menonton televisyen atau membaca buku kegemaran. Isnin dan Selasa cuti perayaan.  Dalam perjalanan pulang, singgah sebentar di Simpang Jeroco. Oleh kerana Firdaus nyenyak tidur, kami batalkan hasrat untuk makan coto makassar di warung. Kami beli bungkus sahaja untuk dibawa pulang. Encik Suami beli pisang goreng. Makanlah kami berdua di dalam kereta.

Coto Makassar


Banyak warung peniaga kecil di kiri kanan jalan di Simpang Jeroco. Kebanyaknnya menjual pulut panggang, goreng-gorengan, sayap ayam panggang, ayam masak palekko dan sebagainya. Kami beli:
  • Coto Makassar
  • Buras
  • Pulut Panggang
  • Ayam Masak Palekko
  • Tongkeng Ayam Panggang
Coto Makassar

Sampai rumah sudah tentulah rasa letih. Tak payah masak, panaskan sahaja coto makassar. Firdaus pula sudah ada satu family set sushi yang dibeli di IJM Bandar Sandakan. Kenyanglah budak kecil itu makan sushi.

Semangkuk coto makassar lengkap dengan buras untuk dinikmati.

7 comments

  1. Teringin betul nak rasa coto makassar ni.

    BalasPadam
  2. Betul balik rumah makan sahaja makanan dibeli.

    BalasPadam
  3. cili padi bagi pedas sikit...hihi..

    BalasPadam
  4. Bila tengok kalendar baru nampak cuti am Harvest Festival disambut 2 hari. Selamat beristirahat Kak Amie.

    BalasPadam
  5. selamat bercuti untuk kak Amie dan famili. menjelang perayaan memang jalan sesak

    BalasPadam
  6. Ye, hari cuti je, jalan akan sesak. Nampak menyelerakan, coto makassar tu. Saya suka pulut panggang. :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe