Ikan Bawal Emas Kukus Chinese Style

11:16 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini hari terakhir cuti umum sempena Pesta Kaamatan di negeri Sabah dan Labuan. Esok mula masuk kerja semula.

Nampaknya sepanjang Syawal kali ini meriah sungguh dengan jemputan rumah terbuka dan jemputan kahwin. Hari ini Encik Suami ajak kami menghadiri rumah terbuka raya di rumah rakannya. Jadi, tidak perlulah masak untuk tengahari ini. Inilah masanya untuk menikmati hidangan rasa di saat-saat penghujung Syawal terutamanya ketupat, rendang dan kuah kacang!

Untuk entri pagi ini Amie kongsikan resipi Ikan Bawal Emas Kukus Chinese Style, lauk makan tengahari kami kelmarin. Oleh kerana Amie sukakan bawang putih goreng, jadi Amie sediakan lebih. Separuh siram dengan minyak goreng ya sekali di atas ikan yang dikukus, dan separuh lagi bubuh atas ikan setelah diangkat dari pengukus. Rasa rangup bawang goreng itulah yang jadi rebutan!

Ikan Bawal Emas Kukus Chinese Style

Amie kongsikan resipinya di bawah ini. Kalau tak suka bawang putih, boleh kurangkan jumlahnya.

Ikan Bawal Emas Kukus Chinese Style

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal emas seberat 500 gram - bersihkan - bilas dan tos
  • 3 cm halia - kupas kulit - hiris halus seperti batang mancis
  • 1 labu bawang putih - kupas kulit - cincang
  • 7 tangkai cili padi - hiris
  • daun bawang secukupnya - hiris
  • batang bawang secukupnya - potong 2 cm
  • 2 sudu besar minyak untuk menggoreng bawang putih cincang
  • 1 sudu besar minyak bijan
Bahan-bahan sos:
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar seasoning / sos perasa Habhals Cap Kipas Udang
  • 1sudu besar kicap cair / masin
Cara memasak:
  1. Letakkan ikan di atas dulang pengukus. Susun hirisan halia dan batang bawang di atasnya.
  2. Kukus selama 7 minit.
  3. Sementara itu goreng bawang putih cincang sehingga kuning keemasan.
  4. Buka penutup pengukus dan tuangkan bahan-bahan sos diikuti dengan separuh bawang putih goreng bersama minyaknya. 
  5. Taburkan sedikit hirisan cili padi.
  6. Tutup periuk pengukus dan kukus lagi selama 5 minit atau sehingga ikan bawal emas masak sepenuhnya.
  7. Keluarkan dulang berisi ikan kukus.
  8. Taburkan lebihan bawang putih goreng, daun bawang hiris dan cili padi.
  9. Akhir sekali renjiskan minyak bijan.
  10. Hidangkan panas bersama nasi putih.

Ikan Bawal Emas Kukus Chinese Style

7 comments

  1. Lauk sihat ni. Lama dah saya tak beli ikan bawal. Sedapnya tengok dalam gambar. :)

    BalasPadam
  2. Sedap nampak. Pinggan pun cantik hehe

    BalasPadam
  3. Tak pernah tak terliur tengok masakan cikgu...Semua mengiurkan...
    Ikan bawal Emas ni mak saya panggil ikan angsa..tak tau celah mana datang nama angsa🤭

    BalasPadam
  4. Lama tak makan segala jenis bawal lebih2 lagi yg dimasak kukus. Ni boleh jadi lauk utk diet, hehehe.

    BalasPadam
  5. Kalau masak chinese style mesti wajib ada minyak bijan kan. Wangi je bau.. Boleh masak juga ni nanti..

    BalasPadam
  6. sedapnya...manis isi ikan bawal..

    BalasPadam
  7. Sedapnyaaaa.....ini kalau SA makan ni confirm tinggal sampai tulang ni

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe