Mi Rebus Daging
8:04 PTGTeringin makan Mi Rebus Daging?
Jom temankan Amie masak di dapur. Dah siap masak, bolehlah makan puas-puas!
Bahan-bahan:
1 kg mi kuning – bilas bersih dan
toskan
3 biji cili hijau – hiris
3 biji cili merah - hiris
3 tangkai hirisan daun sup
3 tangkai hirisan daun bawang
½ cawan bawang goreng
7 biji limau kasturi
3 biji telur rebus – belah 2
Tauhu pok – potong 6
1 cawan taugeh
Bahan kuah:
5 ulas bawang putih - dikisar
10 biji bawang merah - dikisar
2 cm halia - dikisar
2 sudu besar taucu
2 cm lengkuas - diketuk
700 gram daging lembu –
hiris kecil
4 sudu besar serbuk kari daging
500 gram keledek – rebus dan
lecek
500 gram ubi kentang – rebus dan
lecek
5 biji tomato – belah 4
½ cawan kacang tanah – digoreng
dan dikisar halus
1.5 liter air
Garam dan gula secukupnya
4 sudu besar minyak
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air sekiranya
terlalu kering.
3. Masukkan daging, air, ubi keledek dan ubi kentang lecek,
lengkuas, dan tomato.
4. Masak sehingga kuah mendidih, kemudian masukkan kacang tanah
kisar.
5. Renih sehingga daging empuk dan kuah agak pekat.
6. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Hidangkan mi kuning di dalam mangkuk. Hiaskan dengan limau
kasturi, hirisan cili hijau, cili merah,
daun sup, daun bawang, bawang goreng dan tauhu pok serta taugeh.
8. Tuangkan kuah dan sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Maaf ye, nampaknya semakin hari semakin kurang masa untuk berlama-lama di dapur maya!
1 comments
Adoi sedapnya k.Amie... Tiba2 terasa nak makan mee rebus pulak :)
BalasPadam