ADSENSE

Sabtu, 5 Ogos 2017

Laksa Sarawak

Jumpa lagi!
Kali ini Amie kongsikan resepi Laksa Sarawak pula. Sebelum ini Amie pernah cuba resepi dari pelbagai sumber termasuk buku resepi dan majalah. Dan pernah makan di beberapa buah restoran serta hotel. 
Kesimpulannya, kalau nak lebih puas hati nampak gayanya kenalah masak sendiri.....hiks! Nak lebih rasa udang (air rebusan udang), nak kuah lebih pekat atau lebih cair, memang di tangan sendiri. Menyiapkan bahan untuk resepi ini memang agak remeh, memerlukan masa dan kesabaran, tapi hasilnya memang boleh angkat jempol! Walaupun pernah gunakan pes yang sudah sedia dalam paket, tapi tetap juga nak buat sendiri...ikut suka kamulah Amie!



Bahan-bahan untuk pes:
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai – dihiris
1 cm belacan
1 sudu besar serbuk jintan  manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
½ cawan kacang tanah goreng – kisar kering dan asingkan
1 sudu besar bijan sangan –kisar kering dan asingkan
3 sudu besar minyak
Cara memasak:
1.         Kisar kesemua bahan kecuali minyak. Kacang tanah dan bijan dikisar berasingan.
2.         Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan  termasuk kacang tanah dan bijan.
3.         Tumis dengan api sederhana panas sehingga terbit minyak.



Bahan-bahan untuk kuah laksa:
1 cawan pes laksa
2 cawan santan pekat
6 cawan air rebusan ayam
6 cawan air rebusan udang
Garam dan gula secukup rasa

Bahan laksa:
1 bungkus mee hoon – rendam dengan air panas hingga lembut - toskan
500 gram isi ayam – celur hingga masak
500 gram isi udang segar – celur hingga masak
1 bungkus mee hoon – celur dan toskan
1 cawan  taugeh
1 cawan hirisan daun ketumbar
4 biji telur -didadar nipis dan dihiris
limau kasturi
sambal belacan
Cara memasak:
1. Campurkan air rebusan ayam dan air rebusan udang di dalam periuk.
2. Masukkan pes laksa ke dalamnya dan renih selama 1 jam.
3. Tuangkan santan dan apabila kuah mula mendidih, tambahkan garam dan gula. Padamkan api dapur.
4. Untuk menghidangkannya, masukkan mee hoon, taugeh, hirisan telur dadar, udang dan ayam.
5. Tuangkan kuah,  bubuh sambal belacan,  dan taburkan hirisan daun ketumbar.
6. Enak dinikmati bersama perahan limau kasturi.


2 ulasan:

LiNa_Pg berkata...

Assalam kak amie..
Sedapnya lahai Laksa S'wak..nak buat tu banyak benda..tp bila mangkuk boleh ulang² sampai abes.
Saya x pernah buat sndri..tp tolong² adik buat guna pes laksa hj manan kalau x silap.

Phong Hong berkata...

Amie, bestnya resipi Sarawak Laksa! Amie punya macam ringkas dan mudah sebab yang PH tengok kat buku resipi, sampai pening dibuatnya! Nanti bila senang, PH nak cuba. Thanks for sharing!