Menjawab Pertanyaan....

9:46 PTG

Assalamualaikum.
Salam sayang dan salam rindu buat anda yang sudi bertandang. Apa khabar rakan pengunjung semua? Rindu rasanya untuk berkunjung ziarah ke rumah rakan sekalian.... seperti dulu! In shaa Allah, ada masa nanti Amie akan sampai jua ke rumah rakan semua! Di kesempatan keemasan ini, Amie ingin mencoretkan sesuatu buat tatapan rakan-rakan, sebagai jawapan buat semua pertanyaan dan 'keterkejutan' di atas kehadiran orang baru dalam hidup kami. Ada yang menyangka terlepas entri tentang Amie semasa mengandung, tetapi sebenarnya Amie tidak pernah menulis sesuatu tentang diri Amie sehinggalah Amie selamat melahirkan Mohamad Firdaus pada 22 Mac 2013, dua minggu lepas.


Ketika Amie disahkan positif hamil, Bonda berpesan supaya kami terutama Encik Suami jangan berasa terlalu gembira dan teruja. Maklumlah, Mac 2012... tahun lepas, sebaik sahaja mengetahui Amie hamil, Encik Suami tidak sabar-sabar untuk membeli itu dan ini dan pelbagai macam lagi angan-angannya. Sayag seribu kali sayang, 7 hari kemudian, Allah ambil kembali berita gembira tersebut sehingga menyebabkan Encik Suami tidak dapat menerima kenyataan, dan peristiwa itu menjadikan Amie trauma untuk beberapa ketika.

Rupa-rupanya ada harapan baru untuk kami. Doktor Siti memberitahu bahawa Amie tiada masalah untuk hamil semula (walaupun setelah 10 tahun tidak hamil, dan keguguran pula), kerana katanya selama ini Amie tidak pernah mengambil sebarang ubat pencegah kehamilan. Seorang rakan jururawat di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak juga menyatakan, biasanya selepas 3 bulan keguguran, memang boleh hamil kembali. Alhamdulillah, berkat usaha, doa dan tawakal, 3 bulan kemudian Amie hamil semula.

Syukur Alhamdulillah, kehamilan kali ini tidak bermasalah. Kalau ketiga-tiga kehamilan sebelum ini memang Amie alahan teruk pada bulan kedua, ketiga dan keempat, tetapi  kali ini sepanjang tempoh sehingga melahirkan, Amie sihat walafiat.

Dalam tempoh tersebut, Amie sentiasa mengikut nasihat dan pesanan doktor dan jururawat. Amie jaga makan minum, dan walaupun setiap hari Amie paparkan pelbagai resepi, sebenarnya hidangan itu untuk santapan Encik Suami dan anak-anak. Menu hidangan Amie berbeza sama sekali dengan apa yang Amie masak! Tujuannya ialah supaya Amie sentiasa sihat dengan diet yang seimbang, dan tidak mendapat penyakit semasa mengandung terutamanya kencing manis dan darah tinggi. Syukur Alhamdulillah, walaupun agak tersiksa dengan menu rebus setiap hari, sekali sekala makan makanan bergoreng, sarapan oat, memastikan minum air kosong sebanyak 1.5 liter, dan makan 3 keping biskut sekiranya berasa lapar di antara waktu makan utama, Amie dapat mengekalkan berat yang seimbang kerana menurut doktor, ibu mengandung tidak perlu naik berat badan, yang perlu naik ialah berat kandungan!



Rakan-rakan sekerja juga terkejut dengan khabar kehamilan Amie kerana selama ini banyak teguran Amie terima kerana mereka dapati Amie semakin kurus, kelihatan cergas dan sedikit pun tidak menunjukkan tanda Amie alahan seperti kandungan sebelum ini! Memang benar, rupanya meninggalkan hidangan berlemak, berminyak dan meninggalkan minuman manis, menyebabkan lemak-lemak di badan turut berkurangan! Amie tidak menyentuh minuman bergas, teh, milo atau horlicks. Oleh kerana pakaian Amie juga semakin longgar, jadi bentuk kandungan juga tidak disedari oleh mereka. Selain itu, Amie berasa sentiasa bertenaga dan adakalanya terlupa bahawa Amie sedang berbadan dua!

Itulah serba sedikit cerita tentang Amie.... yang sebenarnya lebih banyak menyerahkan segalanya di tangan Allah sehinggalah tiba waktunya! Entahlah.... ketika Encik Suami bertanya kepada Amie, perlu atau tidak membeli lampin pakai buang (sehari sebelum bersalin), Amie tidak memberi kata putus. Segala persiapan untuk menyambut orang baru, Encik Suami yang sediakan bersama anak-anak beberapa bulan sebelum kelahiran....... masih traumakah Amie? Mungkin... 

Encik Suami sempat berpesan... kalau boleh jangan bersalin waktu malam! Nak tahu kenapa? Maklumlah, wad bersalin terletak bersebelahan dengan bilik mayat... dan pada masa itu mayat-mayat pengganas Sulu yang sudah hampir reput di bawa ke situ untuk bedah siasat. Encik Suami rasa seram-serammmm.

Ditakdirkan Amie mula rasa sakit untuk bersalin pada pagi Jumaat, dan alhamdulillah selamat bersalin secara normal pada pukul 10.30 pagi. 

Adakah coretan ini dapat menjawab pertanyaan rakan-rakan?

24 comments

  1. salam kak amie.. alhamdulillah .. lahir nya seorang khalifah dibumi Allah ini.. semoga menjadi anak yang soleh ..comel nya baby...

    BalasPadam
  2. Tahniah Amie. Comey sangat anak Amie. Saya kena tunggu cucu lah

    BalasPadam
  3. Kak amie sayang..comelnya mohd firdaus...wahhh nak cium cium dia..kiutnyer dia..eiiiiii gerammmm...tahniah kak amie...jelesnye tgk org dapat baby...nak baby gakkkk hehe

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, comel baby amie, tak ssngka nak dapat baby, sbb selalu nampak makanan dari entri amie. Bagus perkongsian permakanan masa preggy, boleh la share dgn kawan2 yg ada alahan. Thnks dear :)

    BalasPadam
  5. assalam k.amie
    alhamdulillah...comellnya baby tu
    yg penting bb sehatkan
    panjang ceritanya kan, mesti en suami dan anak2 gembira dgn kehadiran ahli baru yg comel ni, nanti meriah dgn keletahnya tu kan

    BalasPadam
  6. terima kasih kak amie..dah terjawab segala persoalan selama ini...
    Dan terima kasih atas prkongsian diet tu...boleh cuba jugak walau tak ngandungkan.....
    Saya pun sntiasa berharap agar hadir seorang puteri lagi buat penyeri hidup, namun rezeki belum mnyebelahi kami....

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...semuanya selamat..take care ya..

    BalasPadam
  8. Salam rindu Amie...

    Alhamdulillah..Allah memberi rahmatNya buat Amie setelah diuji. Punyalah teruja bila Amie dapat baby, kalau muda2 lagi tentu ummi juga teringin nak baby lagi, hehe..
    Peluk cium buat putera Firdaus,sangat tenang menatap wajahnya.

    BalasPadam
  9. salam amie... ooo rupanya tak de n3 pasal gandung..kak ilah ingt dah terlepas.. puas rasanya kak baca setiap bait2 ayat disini dah faham..kak juga biasa gugur umur 41 th 2007..3 bulan dah kandungan sejak 10thn tak pernah gandung..termengandung kekeke..abg sedih juga ..kak biasa jer... sbb tak bersedia dan tak mau dah..tapi trlekat apa nak buat... bila kekguguran lepas tu kak terus kena sakit tiriod..sbb lupa diri x pantang..huhuuu tq alkisah disini.. baru lah tau.. jaga diri dna baby molek2 ya..

    BalasPadam
  10. Asslmkm kak amie. Alhamdulillah. . Yg penting semua selamat. Bb sihat ibu pun sihat.

    BalasPadam
  11. salam AMie.....wah!!!tahniah. comel sangat permata hati. terasa nak ada baby gak plak kita pun, hehe

    BalasPadam
  12. saya pun masa memula baca n3 akak bersalin tu, tiba2 je terlintas kat kepala, eh bila pulak kak amie ni pregnant....tapi tak mengapalah kak, rezeki Allah..

    BalasPadam
  13. pandai kak amie simpan seret recipe yer...anyway terima kasih berkongsi kekdah diet sihat tu...ntah la bila mampu nk buat camtu..ms sy peknen mmg gemok giler la..betoi2 mcm buyung..mkn apa saja yg nampak...kalo peknen lg kena la ikut diet mcm k amie..maklumlah umur dh byak takut mcm2 penyakit kan kak Amie!

    BalasPadam
  14. Ohhhh..macam tuh nya, waktu melly hamil emak pun kata tak boleh share the news terlalu awal.tunggu sampai lepas 3 bulan masa kehamilan baru boleh.barang baby boleh beli kalo dah masuk 7 bulan.. anyway..congrat again,happy for u. *cium2 baby...hehe

    BalasPadam
  15. Hi Amie, the baby so beautiful cute....It's always a beautiful sight to see a baby sleeping.
    Or when they smiling.
    Have fun and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    BalasPadam
  16. Oh macam tu ceritanya....terjawab sudah....alhamdulillah Kak Amie sihat sehingga bersalin...dapat baby yg comel n sihat...

    BalasPadam
  17. Assalam amie, comel betul bby suka tgk firdaus. Tq amie atas perkongsian menu diet tu, hurmm kita ni tgh berusaha nak kurangkan lemak2 di badan

    BalasPadam
  18. slmt bpantang kak Amie..comeyy la bby boy tu..alhamdulillah semuanya dh slmtkn kak..

    BalasPadam
  19. take care kak amie..tahniah dapat baby comel sangat..doakan saya pula, saya pun teringin nak baby :)

    BalasPadam
  20. tahniah Amie dapat baby yg sihat walafiat berkat disiplin nya mama baby ni kan, dan yg sangat salute tahan nya Amie simpan rahsia mengandung ni kan, kalau akak dah lama pecah memecah di mana2 aduh, lagipun kita hanya di alam maya kan semua nya main tulis je tu lah kalau nak tipu apa2 pun mmg tkde masaalah, tapi akak mmg salute sekali lagi Amie snagat disiplin sanggup makan rebus2 je sedang waktu pregnant tulah wktu bermanja2 dgn suami nak makan itu ini begitu begini kan kan....

    BalasPadam
  21. disiplin pemakanan tu mmg pentingkan...tapi kekadang kita ni tak tahan nafsu..tu yg ada kesan negatif pd kesihatan..geram nengok si cilik yg asyik lena tu kak..

    BalasPadam
  22. tula..nens igt nens terlepas n3 preggy kak amie..mana mama bb ni..nk tgk perubahan terbaru..hehe;)

    BalasPadam
  23. berkat kesabaran akak dan suami alhamdulillah Allah kurniakan sikecil comel ni..geram tgk baby akak.xsabar nak jd mama jg..he3..doa sy jg dimakbulkan 1 hari nnt..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe