ANEKA HIDANGAN LAUT DARI DAPUR FIZA'S COOKING

7:30 PTG

Assalamualaikum.
Selamat menghabiskan hujung minggu bersama keluarga tersayang.... tentu banyak aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan menjelang hari cuti Sabtu dan Ahad. Selain membawa ahli keluarga makan-makan di luar, sudah pasti ramai ibu yang meluangkan masa menyediakan hidangan kegemaran buat seisi rumah. 

Kali ini Segmen Meriahnya Dunia Masakan mengetengahkan salah seorang blogger masakan yang bermurah hati berkongsi pelbagai resepi untuk mewarnai kepelbagaian resepi tanahair kita. Beliau turut menyertai MERIAHNYA DUNIA MASAKAN dengan mengirim pelbagai menu untuk dikongsi sebagai rujukan bersama. Wokey.... blogger masakan yang memulakan koleksi resepinya bermula pada September 2012 ini tidak lain dan tidak bukan.... dialah yang bernama HAFIZAH YAHAYA. Untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut melalui hasil air tangannya, anda boleh terus berkunjung ke dapurnya di FIZA'S COOKING. Antara perkara yang menarik dalam setiap paparan resepinya, Fiza turut menyertakan gambar langkah demi langkah ketika memasak dan juga gambar bahan-bahan yang digunakan. 

Untuk paparan kali ini Amie bawa anda semua untuk menikmati aneka hidangan laut dari dapur Fiza. Jom kita lihat hasil masakan Fiza yang pelbagai dengan menggunakan ikan, udang dan ketam seperti di bawah ini!



Coconut Prawn With Mango Salsa 
Kecur liur tengok hidangan di atas ni. Terseksa sungguh rasanya dengan godaan udang yang bersusun!



Ikan Sumbat Sardin
Jom kita cuba resepi yang unik ini di dapur Fiza... Fiza bubuh sardin di dalamnya tau! Mesti sedapkan!




Chilly Crab
Siapa tak terliur melihat Chilly Crab di atas? 



Asam Pedas Ikan Tongkol Ala Acheh
Istimewa sungguh   hidangan di atas kerana Fiza bubuh asam sunti dalam masakan ini. Menurut Fiza, asam sunti ialah belimbing buluh yang digaul dengan garam  dan kemudian dijemur di bawah panas terik matahari sehingga kering. Asam sunti merupakan sejenis rencah khas di dapur Acheh. Untuk lebih lanjut, apalagi.... terus masuk ke dapur Fiza ye.


Asam Pedas Udang 
Fiza juga gunakan asam sunti dalam resepi Asam Pedas Udangnya.



Paprik Udang
Fiza sudah sediakan nasinya sekali... Bismillah...




Kupang Masak Kicap
Sungguh menyelerakan sekali hidangan sebegini... boleh bertambah nasi dalam pinggan!



Ikan Dengan Cendawan Shiitake
Banyak khasiat cendwan shiitake... khabarnya masyarakat Cina gemarkan cendawan ini kerana salah satunya pengamalnya akan kelihatan awet muda!



Udang Goreng Telur Masin
Nampak sedap sangat sebab hanya gunakan kuning telur masin tanpa putihnya!



Ketam Berinti
Seronoknya kalau dapat menikmatinya Ketam Berinti. Tak payah nak kopek-kopek lagi dah...



Ikan Kukus Limau Nipis - Pla Neung Manao
Di dalam ikan ini Fiza sumbatkan serai, limau dan akar ketumbar! Adeeehhhh.... terliur terussss!

Selain aneka hidangan dari laut yang Fiza kongsi, banyak lagi resepi lain termasuk kuih muih dan sebagainya. Anda tidak rugi menjengah ke dapurnya, terutama kepada yang baru berjinak-jinak dengan dunia masakan, sebab apa tau... sebab seperti apa yang Amie katakan di awal tadi, Fiza sertakan sekali gambar-gambar langkah demi langkah memasak dan juga gambar bahan-bahan yang digunakan. Jadi tidak perlulah tercengang-cengang memikirkan apa bahan yang Fiza gunakan dalam setiap resepinya.

Buat Fiza, terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menyertai MERIAHNYA DUNIA MASAKAN bersama rakan-rakan FB yang lain. Moga niat murni Fiza berkongsi resepi akan mendapat ganjaran daripada-Nya. Teruskan usaha mengetengahkan pelbagai resepi untuk memeriahkan lagi dunia masakan tanahair kita ye Fiza... Happy Cooking!

6 comments

  1. Aslmkum Amie
    mmg meriah mcm2 menu menarik ada....nampak yg paling sedap ialah Coconut Prawn With Mango Salsa itu.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum K.Amie, Terima kasihlah sudi highlight blog suam-suam kuku saya ni..<3 <3 <3. Cuma blog catatan biasa untuk memeriahkan lagi dunia masakan di alam maya. really appreciated & terharu. :)

    BalasPadam
  3. Mamasya,
    waalaikumussalam... memang menarik betul coconut prawn mango salsa tu Mamasaya.

    Adda,
    betul tu Adda.

    Fiza,
    waalaikumussalam..... yang biasa-biasaya tukan Fiza biasanya akan jadi luar biasa tau...he he heh

    BalasPadam
  4. Amie... Memang meriah sungguh dunia masakan. Terima kasih perkenalkan blog2 ni, insyaAllah ummi akan singgah juga blog yang menarik ni.

    BalasPadam
  5. Ummiross,
    terimakasih Ummi sayanggg... tanpa pengunjung sepiah dapur... he he hehh...silakan datang ye Ummi.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe