Menjawab Pertanyaan....
9:46 PTG
Assalamualaikum.
Salam sayang dan salam rindu buat anda yang sudi bertandang. Apa khabar rakan pengunjung semua? Rindu rasanya untuk berkunjung ziarah ke rumah rakan sekalian.... seperti dulu! In shaa Allah, ada masa nanti Amie akan sampai jua ke rumah rakan semua! Di kesempatan keemasan ini, Amie ingin mencoretkan sesuatu buat tatapan rakan-rakan, sebagai jawapan buat semua pertanyaan dan 'keterkejutan' di atas kehadiran orang baru dalam hidup kami. Ada yang menyangka terlepas entri tentang Amie semasa mengandung, tetapi sebenarnya Amie tidak pernah menulis sesuatu tentang diri Amie sehinggalah Amie selamat melahirkan Mohamad Firdaus pada 22 Mac 2013, dua minggu lepas.
Ketika Amie disahkan positif hamil, Bonda berpesan supaya kami terutama Encik Suami jangan berasa terlalu gembira dan teruja. Maklumlah, Mac 2012... tahun lepas, sebaik sahaja mengetahui Amie hamil, Encik Suami tidak sabar-sabar untuk membeli itu dan ini dan pelbagai macam lagi angan-angannya. Sayag seribu kali sayang, 7 hari kemudian, Allah ambil kembali berita gembira tersebut sehingga menyebabkan Encik Suami tidak dapat menerima kenyataan, dan peristiwa itu menjadikan Amie trauma untuk beberapa ketika.
Rupa-rupanya ada harapan baru untuk kami. Doktor Siti memberitahu bahawa Amie tiada masalah untuk hamil semula (walaupun setelah 10 tahun tidak hamil, dan keguguran pula), kerana katanya selama ini Amie tidak pernah mengambil sebarang ubat pencegah kehamilan. Seorang rakan jururawat di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak juga menyatakan, biasanya selepas 3 bulan keguguran, memang boleh hamil kembali. Alhamdulillah, berkat usaha, doa dan tawakal, 3 bulan kemudian Amie hamil semula.
Syukur Alhamdulillah, kehamilan kali ini tidak bermasalah. Kalau ketiga-tiga kehamilan sebelum ini memang Amie alahan teruk pada bulan kedua, ketiga dan keempat, tetapi kali ini sepanjang tempoh sehingga melahirkan, Amie sihat walafiat.
Dalam tempoh tersebut, Amie sentiasa mengikut nasihat dan pesanan doktor dan jururawat. Amie jaga makan minum, dan walaupun setiap hari Amie paparkan pelbagai resepi, sebenarnya hidangan itu untuk santapan Encik Suami dan anak-anak. Menu hidangan Amie berbeza sama sekali dengan apa yang Amie masak! Tujuannya ialah supaya Amie sentiasa sihat dengan diet yang seimbang, dan tidak mendapat penyakit semasa mengandung terutamanya kencing manis dan darah tinggi. Syukur Alhamdulillah, walaupun agak tersiksa dengan menu rebus setiap hari, sekali sekala makan makanan bergoreng, sarapan oat, memastikan minum air kosong sebanyak 1.5 liter, dan makan 3 keping biskut sekiranya berasa lapar di antara waktu makan utama, Amie dapat mengekalkan berat yang seimbang kerana menurut doktor, ibu mengandung tidak perlu naik berat badan, yang perlu naik ialah berat kandungan!
Rakan-rakan sekerja juga terkejut dengan khabar kehamilan Amie kerana selama ini banyak teguran Amie terima kerana mereka dapati Amie semakin kurus, kelihatan cergas dan sedikit pun tidak menunjukkan tanda Amie alahan seperti kandungan sebelum ini! Memang benar, rupanya meninggalkan hidangan berlemak, berminyak dan meninggalkan minuman manis, menyebabkan lemak-lemak di badan turut berkurangan! Amie tidak menyentuh minuman bergas, teh, milo atau horlicks. Oleh kerana pakaian Amie juga semakin longgar, jadi bentuk kandungan juga tidak disedari oleh mereka. Selain itu, Amie berasa sentiasa bertenaga dan adakalanya terlupa bahawa Amie sedang berbadan dua!
Itulah serba sedikit cerita tentang Amie.... yang sebenarnya lebih banyak menyerahkan segalanya di tangan Allah sehinggalah tiba waktunya! Entahlah.... ketika Encik Suami bertanya kepada Amie, perlu atau tidak membeli lampin pakai buang (sehari sebelum bersalin), Amie tidak memberi kata putus. Segala persiapan untuk menyambut orang baru, Encik Suami yang sediakan bersama anak-anak beberapa bulan sebelum kelahiran....... masih traumakah Amie? Mungkin...
Encik Suami sempat berpesan... kalau boleh jangan bersalin waktu malam! Nak tahu kenapa? Maklumlah, wad bersalin terletak bersebelahan dengan bilik mayat... dan pada masa itu mayat-mayat pengganas Sulu yang sudah hampir reput di bawa ke situ untuk bedah siasat. Encik Suami rasa seram-serammmm.
Ditakdirkan Amie mula rasa sakit untuk bersalin pada pagi Jumaat, dan alhamdulillah selamat bersalin secara normal pada pukul 10.30 pagi.
Adakah coretan ini dapat menjawab pertanyaan rakan-rakan?
24 comments
salam kak amie.. alhamdulillah .. lahir nya seorang khalifah dibumi Allah ini.. semoga menjadi anak yang soleh ..comel nya baby...
BalasPadamTahniah Amie. Comey sangat anak Amie. Saya kena tunggu cucu lah
BalasPadamKak amie sayang..comelnya mohd firdaus...wahhh nak cium cium dia..kiutnyer dia..eiiiiii gerammmm...tahniah kak amie...jelesnye tgk org dapat baby...nak baby gakkkk hehe
BalasPadamAlhamdulillah, comel baby amie, tak ssngka nak dapat baby, sbb selalu nampak makanan dari entri amie. Bagus perkongsian permakanan masa preggy, boleh la share dgn kawan2 yg ada alahan. Thnks dear :)
BalasPadamassalam k.amie
BalasPadamalhamdulillah...comellnya baby tu
yg penting bb sehatkan
panjang ceritanya kan, mesti en suami dan anak2 gembira dgn kehadiran ahli baru yg comel ni, nanti meriah dgn keletahnya tu kan
terima kasih kak amie..dah terjawab segala persoalan selama ini...
BalasPadamDan terima kasih atas prkongsian diet tu...boleh cuba jugak walau tak ngandungkan.....
Saya pun sntiasa berharap agar hadir seorang puteri lagi buat penyeri hidup, namun rezeki belum mnyebelahi kami....
Alhamdulillah...semuanya selamat..take care ya..
BalasPadamSalam rindu Amie...
BalasPadamAlhamdulillah..Allah memberi rahmatNya buat Amie setelah diuji. Punyalah teruja bila Amie dapat baby, kalau muda2 lagi tentu ummi juga teringin nak baby lagi, hehe..
Peluk cium buat putera Firdaus,sangat tenang menatap wajahnya.
salam amie... ooo rupanya tak de n3 pasal gandung..kak ilah ingt dah terlepas.. puas rasanya kak baca setiap bait2 ayat disini dah faham..kak juga biasa gugur umur 41 th 2007..3 bulan dah kandungan sejak 10thn tak pernah gandung..termengandung kekeke..abg sedih juga ..kak biasa jer... sbb tak bersedia dan tak mau dah..tapi trlekat apa nak buat... bila kekguguran lepas tu kak terus kena sakit tiriod..sbb lupa diri x pantang..huhuuu tq alkisah disini.. baru lah tau.. jaga diri dna baby molek2 ya..
BalasPadamAsslmkm kak amie. Alhamdulillah. . Yg penting semua selamat. Bb sihat ibu pun sihat.
BalasPadamsalam AMie.....wah!!!tahniah. comel sangat permata hati. terasa nak ada baby gak plak kita pun, hehe
BalasPadamsaya pun masa memula baca n3 akak bersalin tu, tiba2 je terlintas kat kepala, eh bila pulak kak amie ni pregnant....tapi tak mengapalah kak, rezeki Allah..
BalasPadampandai kak amie simpan seret recipe yer...anyway terima kasih berkongsi kekdah diet sihat tu...ntah la bila mampu nk buat camtu..ms sy peknen mmg gemok giler la..betoi2 mcm buyung..mkn apa saja yg nampak...kalo peknen lg kena la ikut diet mcm k amie..maklumlah umur dh byak takut mcm2 penyakit kan kak Amie!
BalasPadamOhhhh..macam tuh nya, waktu melly hamil emak pun kata tak boleh share the news terlalu awal.tunggu sampai lepas 3 bulan masa kehamilan baru boleh.barang baby boleh beli kalo dah masuk 7 bulan.. anyway..congrat again,happy for u. *cium2 baby...hehe
BalasPadamHi Amie, the baby so beautiful cute....It's always a beautiful sight to see a baby sleeping.
BalasPadamOr when they smiling.
Have fun and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
Oh macam tu ceritanya....terjawab sudah....alhamdulillah Kak Amie sihat sehingga bersalin...dapat baby yg comel n sihat...
BalasPadamAssalam amie, comel betul bby suka tgk firdaus. Tq amie atas perkongsian menu diet tu, hurmm kita ni tgh berusaha nak kurangkan lemak2 di badan
BalasPadamslmt bpantang kak Amie..comeyy la bby boy tu..alhamdulillah semuanya dh slmtkn kak..
BalasPadamtake care kak amie..tahniah dapat baby comel sangat..doakan saya pula, saya pun teringin nak baby :)
BalasPadamtahniah Amie dapat baby yg sihat walafiat berkat disiplin nya mama baby ni kan, dan yg sangat salute tahan nya Amie simpan rahsia mengandung ni kan, kalau akak dah lama pecah memecah di mana2 aduh, lagipun kita hanya di alam maya kan semua nya main tulis je tu lah kalau nak tipu apa2 pun mmg tkde masaalah, tapi akak mmg salute sekali lagi Amie snagat disiplin sanggup makan rebus2 je sedang waktu pregnant tulah wktu bermanja2 dgn suami nak makan itu ini begitu begini kan kan....
BalasPadamTahniah... jaga kesihatan, Amie..
BalasPadamdisiplin pemakanan tu mmg pentingkan...tapi kekadang kita ni tak tahan nafsu..tu yg ada kesan negatif pd kesihatan..geram nengok si cilik yg asyik lena tu kak..
BalasPadamtula..nens igt nens terlepas n3 preggy kak amie..mana mama bb ni..nk tgk perubahan terbaru..hehe;)
BalasPadamberkat kesabaran akak dan suami alhamdulillah Allah kurniakan sikecil comel ni..geram tgk baby akak.xsabar nak jd mama jg..he3..doa sy jg dimakbulkan 1 hari nnt..
BalasPadam