Hidangan Berpantang : Sup Ayam Dengan Betik Muda & Award Dari Dapur Nasya
2:09 PTG
Assalamualaikum.
Salam sayang buat semua pengunjung budiman. Petang ini Amie paparkan salah satu hidangan berpantang yang sering ditanya dan sedang ditunggu oleh rakan-rakan FB dan blogger. Resepi ini merupakan resepi turun-temurun yang diamalkan oleh Bonda. Pada hari kedua selepas kelahiran Mohamad Firdaus, memang hidangan beginilah yang disajikan oleh kakak ipar untuk Amie. Namun begitu, dalam seminggu hidangan ini Amie jamah beberapa kali di selang-seli dengan hidangan sup yang menggunakan bahan yang berlainan. Khasiat betik muda dalam hidangan sup ini ialah untuk melancarkan pengaliran air susu ibu. Alhamdulillah, berkat rajin mengamalkannya... kenyanglah Mohamad Firdaus menghisap susu. In shaa Allah dalam paparan seterusnya Amie akan kongsikan menu berpantang yang lain pula. Untuk rakan-rakan yang rajin mengumpul buku masakan, resepi ini juga terdapat dalam Buku Masakan Hidangan Berpantang.
Untuk resepi Sup Ayam Dengan Betik Muda ini Amie gunakan sukatan untuk 2 orang, atau pun 2 kali makan. Untuk tujuan melancarkan pengaliran air susu ibu, pastikan betik yang digunakan ialah betik muda, bukan yang mengkal atau yang tua dan masak!
Bahan-bahan:
6 ketul daging ayam
1 cawan hirisan betik muda
3 batang kucai - potong 3cm panjang
1 inci halia muda - hiris halus
2 ulas bawang putih - pecahkan
1 labu bawang merah - belah 6
1/2 sudu teh lada putih / hitam - tumbuk (pilihan dengan halia - tapi untuk ibu menyusu, kurangkan jumlah atau tidak perlu bubuh)
sedikit bawang goreng
600ml air
garam / perasa pilihan
Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan halia, bawang putih dan bawang besar serta daging ayam.
2. Biarkan mendidih sehingga daging ayam hampir empuk.
3. Masukkan betik muda, lada putih / hitam. Masak lagi selama 7 minit.
4. Masukkan garam / perasa pilihan dan daun kucai.
5. Tutup api dapur dan sedia dihidang panas bersama taburan bawang goreng.
Untuk menambat selera, kenalah kreativitikan olahannya termasuklah cara memotong betik muda. Sebenarnya betik muda yang digunakan dalam hidangan di atas Encik Suami beli yang sudah siap dipotong (disagat).
Tidak ketinggalan, Amie ambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas ingatan NASYA - DARI DAPUR NASYA di atas kesudian memberikan award untuk Amie dan juga rakan-rakan blogger yang lain. Cute sungguh award yang dianugerahkan ini.... ! Semoga jalinan persahabatan di alam maya akan kekal berpanjangan ye Nasya.
Rajin-rajin masak ye Nasya, nanti kita boleh kongsi-kongsi resepi. Award yang istimewa ini Amie sudah gantung di penjuru dapur untuk diabadikan sebagai tanda kenang-kenangan, walaupun tak pernah bersua muka tapi jalinan silaturrahim tetap wujud biarpun sekadar di alam maya.
16 comments
Sy x bole mkn ayam skrng k.amie...kaki sy kena gtal2 plak...bidan urut x bg mkn...klau nak gak...katanya kena ayam kg...huhuhu....skrng dok mkn ikan jer nie...
BalasPadamSy x tau plak betik muda bole mkn utk org pantang...x angin ye kak...?
as salam kak Amie...makasih banyak sbb sudi gantung award kat dapur kak Amie yg cantik tuu...semoga persahabatan dan juga persaudaraan kita akan berkekalan ke akhir hayat ye kak...Aminn..
BalasPadamamboiii... sedapnya menu dlm pantang ni.. kita waktu dlm pantang tu asben yg jaga.. so selalu menu express je.. kalau hari cuti baru dapat sup ikan atau sup daging... and masak lada tak dpt2 sbb baby fiyya kena kuning 1 bulan.. so tak leh makan benda panas.. (kata org..) kita ikut je la..
BalasPadamSalam kak amie.. sesuai juga utk yg berdiet nih.. baiknyer kakak ipar tolong masakkan.
BalasPadamsalam syg kak amie..baby n bonda sihat x?..sedap menu brpantang ..bulan 9 nnt leh buat..he hhee..zila skrg nie pn dh kena diet x leh mkn nasi byk..
BalasPadamsalam amie... apa khabar? baby sihat?
BalasPadambertuahnya ada kakak ipar yg tolong masakkan... nampak sedap tu... tak tau pula betik muda boleh tambah susu badan.. masa sy dulu mak selalu masakkan sup lobak putih utk tambah susu badan...
Waaa.. Sedap laa nampak..
BalasPadambanyak hasiat punya sup, dan Nampak sedap juga.
BalasPadamAsyifa,
BalasPadammemang elok kalau dapat ayam kampung, agaknya alergik la tu ye... ikan pun kena pilih jenisnya juga kan Syifa.
tentang betik tu, mulanya dulu Kak Amie sangka begitu, sejuk dan sebagainya, tapi tidak Syifa... kena pilih betik yang muda, kakak tidak pula berangin dan sejuk, kakak pun pernah tengok juga penggunaan betik muda untuk ibu berpantang dalam sebuah buku masakan.
Nasya,
waalaikumussalam.... terima kasih Nasya... he he heh dapur tu nampak berseri dengan hiasan award yang Nasya bagi tu keh kehekehhh.
Jassnani,
alhamdulillah Nani, baby Firdaus tak kena kuning, tapi lada hitam / putih tu pun kakak ipar tak bubuh banyak, dia lebih kepada halia je... memang betul tu, pernah dengar juga kalau anak kuning tak boleh makan benda panas termasuk jamu.
Tun Telani,
memang sesuai untuk diet, tapi bagi yang tak berpantang bolehlah gunakan betik mengkal atau tua yang nak masak tu sebab rasanya lebih sedap, manis! Alhamdulillah... memang dari anak sulung sampai anak keempat, kakak ipar yang jaga dari hari pertama kakak keluar hospital.
Zila,
BalasPadamalhamdulillah sihat... sekarang pun Zila kena diet ye... take care dear, mudah-mudahan terus sihat sampai saat melahirkan September nanti ye.
Madiha,
khabar baik... selain betik muda, memang lobak putih pun boleh tambah susu badan kata bonda Amie, dan kedua-dua bahan ini kakak ipar masak berselang hari. Sama juga macam betik muda, Amie sangka ia berangin tapi Bonda kata tidak... ikut pengalaman orang yang lebih tahu ni ye Madiha.
Sheila,
jom ikut berpantang Sheila he he heh... adeeehhhh!
Sonia,
memang menu berpantang ni kena pilih2 Sonia untuk dapatkan khasiat.
Salam Kak Amie...
BalasPadamWalaupun sy tidak jdlm pantang tetap suka sama yg sup2 begini...kurang lemak...
sedapnya..
BalasPadamAmie..ummi tak pernah makan sup yg ada betik muda ni, tapi nampak sedap tu Amie, patutlah anak2 makan sekali. Bertuah Amie ada kakak ipar yang masakkan.
BalasPadamTake care Amie..
Lama tak jenguk dapur Amie nie huhuhu D5 bz sgt sekarang nie blog pun lama xupdate dah ehheh ermmm sedap nyer menu pantang Amie nie kalau D5 lah nie menu pantang jumpe hehhehe :)
BalasPadamTu diaaa!!..dah kuar menu edisi khas Kak Amy..ben banter banyu susu..nti, kalau ada rezeki berpantang bolehlah try kan...
BalasPadamRahel,
BalasPadamsedap tu kalau guna betik mengkal kan Rahel.. manis-manis manja gitu!
Adda,
terima kasih Adda.
Ummiross,
alhamdulillah... syukur ada kakak ipar yang baik hati.
Delima, patutlah lama tak dengar cerita... mana pula perginya Delima ye...
Rohah,
in shaa Allah... mudah-mudahan sampai rezekinya, sup betik muda ni memang Bondaku pesan lama dulu, katanya mesti buat sup ni untuk lancarkan air susu.