Minum Petang Dengan Aneka Kuih-Muih di SUGAR 'n' SPICE
9:17 PTG
Assalamualaikum.
Nampaknya hujung minggu sudah berakhir dan esok akan bermula hari untuk bertugas di tempat kerja masing-masing. Biasanya cuti hujung minggu dihabiskan bersama keluarga. Ada yang mengambil kesempatan untuk beriadah, berkelah, melawat tempat-tempat menarik bersama anak-anak, dan tidak ketinggalan makan-makan di luar untuk menikmati kelainan hidangan. Bagaimanapun ada ibu-ibu yang suka menghabiskan masa bersama keluarga di rumah, bergotong-royong membersihkan rumah dan pelbagai aktiviti kekeluargaan lain yang dilakukan di rumah. Sudah semestinya ibu-ibu akan sibuk menyediakan hidangan sama ada minuman pagi, hidangan tengahari atau pun hidangan petang. Alangkah seronoknya sekiranya dapat bersama suami dan anak-anak menikmati hidangan petang hasil air tangan sang ibu!
Segmen Meriahnya Dunia Masakan kali ini Amie mengajak teman-teman pengunjung untuk bertandang ke dapur salah seorang ahli dan penyumbang resepi MERIAHNYA DUNIA MASAKAN di SUGAR 'n' SPICE milik Mimie Zuraimie untuk menikmati pelbagai sajian petang yang enak dan lazat!
Cucur Udang Tembam
Memang tembam sungguh cucur udang di atas tu! Apalagi... kepada sesiapa yang berminat, terus sajalah ke dapur Mimie untuk selongkar resepinya!
Memang tembam sungguh cucur udang di atas tu! Apalagi... kepada sesiapa yang berminat, terus sajalah ke dapur Mimie untuk selongkar resepinya!
Pau Gebu
Selain Cucur Udang Tembam, ada Pau Gebu pula! Kepada sesiapa yang belum mahir menguli bahan untuk menghasilkan pau segebu di atas, jangan buang masa untuk mempelajarinya dari dapur Mimie!
Selain Cucur Udang Tembam, ada Pau Gebu pula! Kepada sesiapa yang belum mahir menguli bahan untuk menghasilkan pau segebu di atas, jangan buang masa untuk mempelajarinya dari dapur Mimie!
Buah Melaka Panca Warna
Memang sungguh menarik warna-warna pilihan untuk Buah Melaka Panca Warna ini.
Kuih Kaswi
Kuih Kaswi yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas, tapi masih ada yang belum pakar menyediakan kuih ini. Teruskan usaha anda mencari ilmu mengadun tepung dan yang sewaktu dengannya untuk menghasilkan kaswi yang enak ini!
Kuih Keria
Kuih Keria merupakan sejenis kuih tradisi yang tak mungkin dilupakan!
Bingka Suji
Mimie sudah sediakan sekali dengan secawan minuman panas untuk menikmati Bingka Suji.
Kuih Penyaram / Cucur / Mexican Hat
Kuih Penyaram ini memang sungguh istimewa! Dalam adat perkahwinan masyarakat Bajau di Sabah, kuih ini merupakan kuih wajib dijadikan sebagai salah satu hidangan hantaran.
Kuih Ketayap
Kuih Ketayap memang tidak pernah menjemukan untuk dinikmati!
Talam Sago Seri Kaya
Sesekali kita nikmati pula kuih Talam Sago Seri Kaya.
Kuih Lompang
Kuih yang mudah dan ringkas penyediaannya ini memang menjadi kegemaran ramai!
Kuih yang mudah dan ringkas penyediaannya ini memang menjadi kegemaran ramai!
Roti Jala Zam Zam ala Kazam
Tidak ketinggalan roti jala... sesuai dimakan bila-bila masa, dan dengan kuahnya yang lazat sudah pasti menggamit selera dan mengenyangkan!
Tidak ketinggalan roti jala... sesuai dimakan bila-bila masa, dan dengan kuahnya yang lazat sudah pasti menggamit selera dan mengenyangkan!
Donut Mayo
Pilihan kuih moden yang sesuai dihidangkan sama ada sebelah pagi atau petang.
Pilihan kuih moden yang sesuai dihidangkan sama ada sebelah pagi atau petang.
Apam Gula Hangus
Mmmmmm.... apam yang sangat sedap! Lembut lemak manis! Cuba sebiji akan terus mencuba lagi dua hingga tiga biji!
Terima kasih Mimie kerana kesudian Mimie mengirim dan berkongsi pelbagai resepi ke dalam kumpulan MERIAHNYA DUNIA MASAKAN. Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ahli dan pengunjung yang tercari-cari menu untuk hidangan minum pagi atau pun untuk sajian petang. In shaa Allah, usaha murni Mimie mengetengahkan pelbagai kuih-muih warisan ini akan menjadikan dunia masakan tanahair yang tiada sempadan ini bertambah meriah.
Buat semua pengunjung budiman, jangan buang masa.... terus terjah ke SUGAR 'n' SPICE! Selain kuih-muih, Mimie turut berkongsi pelbagai resepi lain termasuk aneka lauk-pauk, dessert, kek dan sebagainya. Terima kasih sekali lagi buat Mimie Zuraimie. Mudah-mudahan perkongsian ikhlas di alam maya ini akan menjadi satu amal jariah di sisi-Nya. Salam salam buat Mimie sekeluarga! Jumpa lagi...
3 comments
salam kak Amie.... Thanks a lot coz sudi promote 'blog' kecil mimie tu.... salam sayang dr M,imie...muahhhhh...
BalasPadamNgencesss tgok semua kuih2 tu...semua sedap2..ada gak yg blm sury cuba.
BalasPadamMimie,
BalasPadamterima kasih kembali kerana sudi kongsi resepi dalam MDM....terus masak2 ye Mimie sayanggg...
Sury,
memang terliur dibuatnya kan Sury...