Kuih Cek Mek Molek : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (KELANTAN MONTH)

12:41 PTG

Assalamualaikum.
Memang dunia masakan sungguh meriah! Pelbagai resepi dan aneka hidangan boleh diketengahkan. Dunia masakan tanpa sempadan ini sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk merasai keenakan dan keunikan kepelbagaian resepi baik di negara sendiri, mahu pun dari negara-negara lain. Bercerita tentang dunia masakan ini memang tidak akan ada kesudahannya. Tidak perlu pergi jauh, dalam negara kita sendiri yang terdiri daripada masyarakat majmuk, berpuluh-puluh etnik termasuk Sabah dan Sarawah sudah cukup menjanjikan bermacam-macam hidangan yang menarik! Untuk memeriahkan lagi suasana Malaysian Food Festival (Kelantan Month) sepanjang April 2013 ini yang sudah hampir ke penghujungnya ini, Amie paparkan Kuih Cek Mek Molek yang pertama kali Amie buat dalam hidup Amie! Terima kasih kepada Gertrude Wan Patane sebagai penganjur MFF ini dan tidak lupa buat sifu Kak Nor @ Secubit Garam yang telah membakar semangat Amie untuk menghasilkan hidangan dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Ha... Kak Nor cayangggg... inilah akibatnya bila ditiup semangat kak! ....semakin  naik tocanglah kita nak tunjuk bakatlah ni kak he he ehhhhh!


Amacam? Molek tak hasil gentelan tangan Amie ini? He he ehhh.... terima kasih buat Azie dari Azie Kitchen kerana sudi berkongsi cara-cara membuat Kuih Cek Mek Molek dari merebus keledek sehinggalah ke langkah terakhir! Maklumlah, Amie baru belajar untuk membuat kuih ini, jadi memang perlu ada sifu yang pakar untuk dijadikan panduan. Akhirnya Amie pun dapat menghasilkan kuih yang pada mulanya agak ragu-ragu juga Amie untuk menggentelnya sebab takut melekat atau tidak menjadi. Amie juga merujuk buku Aneka Masakan Kelantan oleh Nik Malawati Nik Othman. Amie kurang pasti resepi sebenar kuih ini kerana terdapat sedikit perbezaan bahan yang digunakan. Amie gunakan bahan yang digunakan oleh Azie dengan menambah sedikit garam  (Azie tidak bubuh garam) untuk memberi rasa lemak pada kulit kuih ini. Berdasarkan buku masakan yang Amie sebutkan di atas, terdapat tambahan bahan lain termasuk marjerin dan susu tepung pula. Bagaimana pun untuk cara penyediaan seperti yang Amie paparkan di bawah nanti, Amie tulis berdasarkan buku masakan tersebut. Azie juga tidak menyebut sukatan tepung gandum yang digunakan, jadi Amie gunakan sukatan yang terdapat dalam buku masakan iaitu 2 cawan ubi keledek dicampur dengan 1 cawan tepung gandum. Dengan menggunakan sukatan begini Amie dapat gentel 16 butir!


Resepi : Kuih Cek Mek Molek
Sumber : Azie Kitchen
              Buku Masakan Aneka Masakan Kelantan oleh Nik Malawati Nik Othman

Bahan-bahan:
2 cawan ubi keledek - direbus dan dilecek lumat (gunakan keledek oren)
1 cawan tepung gandum - diayak
1 mangkuk kecil gula pasir - Amie gunakan sukatan sudu teh untuk setiap biji kuih
secubit garam
minyak
* Dalam Buku Masakan Aneka Masakan Kelantan digunakan 2 sudu makan marjerin dan 1 sudu besar susu tepung.

Cara:
1. Satukan tepung gandum dengan ubi keledek. Uli menjadi doh yang lembut.
2. Bulatkan doh menjadi bebola kecil. Leperkan dan letakkan sedikit gula pasir di tengahnya. Bentukkan menjadi bujur.
3. Panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng hingga kuning keemasan.
4. Angkat dan toskan.


Ahamdulillah... menjadi rupanya Kuih Cek Mek Molek ni, sebab Encik Suami komen begini: Oh! Kuih begini pernah Baba makan beberapa kali di sekolah. Ada cikgu-cikgu Kelantan yang rajin bawa. Sama rasanya macam Mummy buat. Ada gula di dalamnya... bla..blaa...blaaaa ... kembang kuncup semangkuk!



"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by




24 comments

  1. dah lama KY tak buat sendiri, makan tu selalu, asil dari membeli hihih

    BalasPadam
  2. Tengok kuih ni...Sungguh lama sue tak makan tau. Heee

    BalasPadam
  3. Kuih peberet saya ni kak amie...asal ada jer ubi keledek..maka akan terhasil la kuih cek mek ni..

    BalasPadam
  4. KY,
    baru belajar buat ni KY hihihii.

    ibh_sue,
    pertama kali kita makan ni ... buatan sendiri he heheh.

    Lina_pg,
    rupanya taklah susah mana buat kuih ni Lina, seronok mencuba!

    BalasPadam
  5. Wah...macam nya enak di makan panas panas yah.. sama secangkir kopi makin nikmat.. slurrp

    BalasPadam
  6. ooowh,mudah je nk wt kuih cek mek molek nie...kalau nk wt tunggu anak2 suka mkn dulu,lau x membazir je...

    BalasPadam
  7. Sedap ni Amie, buat minum petang, ummi suka cek mek molek ni.

    BalasPadam
  8. heheh... tu dlm pantang dah berderet menu dek naik tocang.. kalau bukan dlm pantang, harus tiap2 hari ada menu utk MFF kut.. hehe

    BalasPadam
  9. owhh kak..wes pandei gawe kuih kelanten..

    BalasPadam
  10. Mmg nampak molek2 je...sury x prnh try lagi buat kuih ni..:-)
    Sedappp tu..:-)

    BalasPadam
  11. Salam kak amie.. ni laa salah satu kuih yg mmg x penah jadi tun buat. paling x pandai nk adjust tang tepung tu. kdg2 dh ikut resepi betul2 pun ada terlembik melekat habis kat tangan, pastu kalu dh alter kasi senang nk bentuk, dh goreng either keras kejung or liat! mmg surrender lah, nk mkn tunggu org buat je, xpon beli. huhu

    BalasPadam
  12. salam Mie, lama dah akak tak buat ni, cantik tengok kuih cek mek yg terlebih molek tu, mesti sedapppp sangat nampak kilat2 tentu sedappp

    BalasPadam
  13. sedap kuih ni, dah lama saya tak makan kuih tradisi kelantan yang ini

    BalasPadam
  14. Hi kak aime.. lamanya sy x jengah sini..windu laaa.. akk sht? Baby sht?
    Sy suka kuih tu.. suka sgt hehee..cntik betul rope paras kuih tu..geram plak nk mkn ngee

    BalasPadam
  15. salam kak, harap sihat sokmo ye..
    comel2 kuih cekmek molek akak tu :)

    BalasPadam
  16. salam k.Amie....kuih favourite ros ni. btw betul dah original resepi k.Amie buat ni kalau ikut ore kelate buat. yg dlm buku msk marjerin bagai tu dah dimodenkan tu. heheh!!!!

    BalasPadam
  17. ooooo, ni ke cek mek molek...
    pernah le makan, tapi tak tau ini kuihnya, ish ish ish

    BalasPadam
  18. Melly,
    ayuk dong sama-sama belajar makan kuih ini Mel... nggak bisa dimakan panas nanti melocot mulut kita kena gula cairnya sayanggg...

    Myda,
    oh gitu ye... anak-anak kami teruja tengok kuih ni sebab pertama kali tengok Mummynya buat!

    Ummiross,
    betul tu Ummi... makan sebutir dua dengan secawan minuman panas... lagilah best kalau ada teman sembang kannn Ummi sayanggg.

    BalasPadam
  19. Kak Nor,
    agaknya kot... he he ehh maklumlah bila rasa teruja memang nak cuba semua kak!

    Rohah,
    pandeylah nggawe siji loro hohohooo...

    Sury,
    sesuai dengan namanya cek mek molek ye Sury...

    BalasPadam
  20. Tun Telani,
    mulanya kakak pun ragu2 juga Tun, takut melekat, takut keras kejung, tapi syukur alhamdulillah.. menjadi juga walaupun masa goreng tu risau terkeluar gula, rupanya bila guna api sederhana panas, molek pula kejadiannya bila keluar dari kuali he he ehhh (perasan ni Tun).

    Kak Nooriah,
    best bat kuih ni kak... lagi best kalau buat ramai-ramai, sambil gentel sambil sembang-sembang, tak sedar dapat bertimbun!

    Tihara,
    memang berbaloikan Tihara.. bahannya mudah nak dapat, tak banyak yang diguankan, hasilnya memang memuaskan!

    BalasPadam
  21. Mas Sani,
    iyelahhh... lama tak sembang kan Mas... akak sihat, baby pun sihat...jom makan sebutir cek mek molek!

    Qema,
    sehat semuanya Qema... jom makan kuih nan molek ni.

    Rostina,
    haa... tu laaa kakak pun fikir gitu gak, biasanya kuih tradisional ni tak ada marjerin apalagi susu tepungnya kann...

    SudipvsSenduk,
    he he ehh.... selamat berkenalan dengan cek mek molek...

    BalasPadam
  22. As salam. Dah beberapa hari anak minta nak makan kuih Che Mek Molek. Nmpk gaya nak kena buat juga ni bila tengok Kuih Amie yg cantik kejadiannya

    BalasPadam
  23. antara kuih favorite..tpi x pernah buat..kena cuba jgk ni..

    BalasPadam
  24. antara kuih favorite..tpi x pernah buat..kena cuba jgk ni..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe