Ikan Putih Masak Pindang

3:33 PTG

Assalamualaikum.
Bertemu lagi petang ini dengan paparan menu dalam pantang dari Amie's Little Kitchen. Oleh kerana memikirkan bukan selalu kita berkesempatan untuk berpantang, jadi Amie rasa lebih baiklah Amie paparkan sahaja menu yang ada untuk anda yang tercari-cari panduan menyediakan hidangan berpantang untuk ibu bersalin dan sebagainya.


Hari ini Amie menikmati sepinggan nasi panas dengan Ikan Putih Masak Pindang. Ikut resepi asalnya, hidangan ini menggunakan ikan merah tapi sejak Amie dalam pantang, Encik Suami tidak pernah pula membelikan ikan merah walaupun kakak ipar sudah berpesan berkali-kali. Mungkin bekalan ikan merah tidak ada di pasar. Apa pun, ikan putih juga merupakan pilihan ikan yang sesuai dijadikan lauk masa berpantang. Ikutkan hati memanglah rasa jemu bila memikirkan lauk-lauk rebus saja yang dihadap, tapi bila terbau aroma halia, dengan taburan daun sup atau daun pandan serta bawang goreng.... terus terbuka selera apalagi bila mula menghirup sesudu dua kuahnya yang masih panas!



Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang menu masa berpantang bolehlah rujuk buku masakan Kompilasi Hidangan Berpantang oleh Chef Nor Asmawati Nor Din.

Resepi Asal : Ikan Masak Pindang
Sumber : Kompilasi Hidangan Berpantang oleh Chef Nor Asmawati Nor Din

Bahan-bahan:
2 keping ikan merah
10 gm kunyit - tumbuk
10-15 biji lada hitam - tumbuk (pilihan)
30 gram halia - dihiris halus
2 biji bawang merah - dihiris halus
6 biji bawang putih - dihiris halus
1-2 keping asam gelugur
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali ikan ke dalam periuk. Didihkan di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan. Didihkan lagi hingga masak.


Catatan:
Lebih banyak halia dan bawang putih, lagi bagus untuk pembuangan angin. Kurangkan lada hitam sekiranya menyusukan bayi.

21 comments

  1. boleh jugak saya buat juadah berbuka puasa petang ni, boleh jugak kan walaupun bukannya berpantang :)

    BalasPadam
  2. kalau menu mcm ni mmng orng tak dlm pantang pun terliur taw..kena cuaca panas skrng ni..nak makan yg kuah2 mcm ni..hirup kuahnya...uweenakkk bangetttt..fuhhhh kemecer aku..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum amie..
    dalam pantang kan skrg ni tak susah mcm dulu... pantang skrg lebih open.. makanan banyak choise.. nani waktu dlm pantang hari sabtu & ahad asben masakkan sup ikan.. kalau hari keje.. takde sapa masak sedap2.. sakinah tolong gorengkan ayam kecil2 dadu tu.. dgn bawang dan tabur lada hitam kasar atasnya.. nani makan dgn nasi panas.. alhamdullillah.. selamat berpantang nani selama 44 hari.. :D sbb anak2 skolah.. nani kena dok ngan asben dan anak2.. tak leh balik kg.. jadi asben yg jaga nani dan anak2..

    BalasPadam
  4. salam kak amie :) tun kan, kalau lauk ikan rebus2 ni mmg lajuu makan, tp perlu ada sambal kicap.. hihi

    BalasPadam
  5. Macam macam lauk berpantang nya kak Amie..masa Melly abis melahirkan asyik makan sup ayam aja..hehe

    BalasPadam
  6. Macam macam lauk berpantang nya kak Amie..masa Melly abis melahirkan asyik makan sup ayam aja..hehe

    BalasPadam
  7. ikan putih tu cmne rupanya kak...?
    sy kat rmh ni...slalu mkn ikan selar...x pun tenggiri....itu la yg asben slalu bli kak....nak sruh bli ikan merah...leceh katanya nak siang....sbb bnyk sisik kan...nak x nak...sy ikut je la...jnji ada..!

    BalasPadam
  8. seng orak pantang pun laju nyeruput kuah hey...segerrrr..

    BalasPadam
  9. seng orak pantang pun laju nyeruput kuah hey...segerrrr..

    BalasPadam
  10. Ann,
    menu begini memang sesuai untuk sesiapa saja, tak kira dalam pantang ke atau tidak... pilihan sihat ni Ann.

    Yatie,
    he hebheh Tie... kalau tak berpantang kena sambah sambal belacan ni Tie.. baru meleleh2 peluhhhh...

    Jasnani,
    waalaikumussalam...
    betul tu Nani... tu sebab dulu kena duduk rehat 40-44 hari...sebab badan pun lemah, semua kena catu... pengaliran darah pun tak lancar...kita pilih yang moden ye nani, yang lebih rasional!

    BalasPadam
  11. Tun Telani,
    sedap makan time panas ye Tun.

    Melly,
    adalah 2-3 jenis Melly... bosan juga hari2 makan benda yang sama.

    Asyifa,
    susah nak tunjuk ikan putih tu sebab suami beli dah siap potong...

    BalasPadam
  12. Rohah,
    iyo Rohah... iki angger mangan karo keluargaku nang Bukit Ijo memang segerrrr banget!

    BalasPadam
  13. kalau mcm tu esok nk berpantang jugak lah..nk minta paksu carikn ikan merah...

    hehehehe...kalau maunya dtg sila kumpul dari skrg hati nyamuk dr bukit iejo...

    BalasPadam
  14. sedap la menu gini.. kejap je dah abis... asben dan anak2 pun suka.. ena suka juga masa gini hari keje sbb cepat kan..

    BalasPadam
  15. Assalam Amie
    feberet mak sy msk pindang ni
    sedap hirup kuahnya tu kan. Ni menu berpantang buat sy pantang jumpa he hee

    BalasPadam
  16. sedapnya kak amie..x pantang pun jadi kecur nie:)

    BalasPadam
  17. Amie..yang tak berpantang ni pun terliur masak pindang tu, kalau ada sambal belacan, mau bertambah nasi ummi.

    BalasPadam
  18. Ucu,
    lama tak jumpa ikan merah... tak banyak ikan dah di sini sejak peristiwa pengganas datang tu...orang takut nak ke laut tangkap ikan...he he hehe
    oohooo nampaknya peritiwa Puteri Gunung Ledang bakal berulang kembali ni... tapi sayang di bukit iejo dah terang benderang ucu, tak dak nyamuk dah...hihihiii...

    Ena,
    cepat, ringkas dan mudah kan Ena...

    Mama Sara Nur,
    waalaikumussalam... betul tu, tak dalam pantang pun memang pantang jumpa sebab nak hirup kuahnya!

    BalasPadam
  19. Zila,
    betul tu Zila... nanti time Zila berpantang puaslah makan masakan rebus2 ye... he hehh.

    Ummiross,
    memang kalau ada sambal belacan dengan ulam-ulam.. terus meletup Ummi!

    BalasPadam
  20. menu peberet ayah sy ni Amie..hehe..msk pindang sedap mkn bila2 masa ja kan..hirup kuahnya..mmm sedap!

    BalasPadam
  21. Tentu tambah nasi dengan ikan masak pindang.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe