Sup Jagung Dengan Bebola Udang

11:21 PG

Assalamualaikum.
Sunyi dan sepi! Amie bersendirian di rumah. Encik Suami dengan urusan kerjanya, bujang sulung dengan study groupnya di sekolah dan si bujang tengah serta si bongsu sudah 2 hari berada di kampung, tidur di kampung! Dan sejak si bujang tengah dengan si bongsu meninggalkan rumah, kesemua kucingnya... 6 ekor turut meninggalkan rumah! Entah di mana! Kenapa? Mungkin kucing pandai merajuk, bila tuannya meninggalkannya..... maklumlah yang sering memanjakan, memberi makan minum, memandikan dan bermain-main dengan kucing-kucing ini hanya si bujang tengah dengan si bongsu. Hari ini Amie pun turut mati kutu. Masak? Siapa yang akan makan? Tapi perut rasa lapar. Akhirnya, turun juga ke dapur untuk mengalas perut yang semakin berkeroncong menjelang tengahari. Capai satu tin jagung krim. Jadilah Sup Jagung Dengan Bebola Udang seperti di bawah ini.


Resepi : Sup Jagung Dengan Bebola Udang
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 tin jagung krim
5 biji bebola udang
1/2 tin air (ikut sukatan tin jagung krim)
1 sudu teh serbuk pati ayam Maggie
1 biji telur - pukul

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan jagung krim bersama bebola udang.
2. Tambahkan serbuk pati ayam Maggie.
3. Jika sup telah mendidih, masukkan telur yang telah dipukul sambil mengacau sup tadi.
4. Tutup periuk dan tutup api dapur.
5. Hidangkan panas Sup Jagung Dengan Bebola Udang  bersama bahan hiasan pilihan.
~Biasanya bancuhan tepung jagung diperlukan untuk memekatkan sup jagung. Bagaimanapun oleh kerana Amie hanya gunakan sedikit air, jadi sup jagung tidak cair. Amie tidak menambah bancuhan tepung jagung seperti kebiasaan.

11 comments

  1. ooo...baru kali ini KY tengok ni..sedap ekk...

    BalasPadam
  2. Cuaca sejuk camni sedap makan gini ni kak..:)

    BalasPadam
  3. mmg sunyi kan kak bila semua org x ada..zila pun sama klu duk sorg2 mmg boring..jap lg nk keluar amik ank balik sek agama..darjah khas masih brsekolah hingga 30 hb nov..so duty x habis lg nie..:)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum amie...
    sejuk2 ni mmg best gak makan sup... jagung tu manis.. kena lak dengan keenakan udang tu.. terangkat punya.. kan.. :>)

    BalasPadam
  5. wow nmpak sedap nih..nanti bleh cuba gk nih..

    BalasPadam
  6. perut dh lapar walau tggal sorang kena gak msk kan hihiii yg penting perut kenyang :)
    mas tak pernah makan bubur jgg mcm tu...skali tgk mcm bubur lambuk pun ye tp yg pasti mesti sedap ni, lg2 tgh lapar lepas tu plak hujan...menyelerakan sungguh!

    BalasPadam
  7. Kak amie..selamat hari lahir, selamat ulang tahun perkahwinan dan selamat semuanya...mieza doakan semoga kak amie sentiasa dirahmati Allah SWT sentiasa...amin

    Sedapnya sup jagung ni kak..kat sini panas paginya tapi hujan petangnya...kalau time sejuk ni hirup sup panas mmg sedap kak..

    Wahhhhh meriahnya kak sambutan 3 in 1 akak ni..yang mieza terliur sesangat kambing panggang tu kakkkkk

    BalasPadam
  8. Assalam Amie..bila tinggal sorang selera nak makan pun kurang ka Amie

    BalasPadam
  9. Amie..sup jagung ada lagi?, lewat ummi datang ni.

    BalasPadam
  10. wahhh..lapor lagi nengok ni..walaupon baru je sha makan nasi..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe