Sambal Petai
1:09 PTG
Assalamualaikum.
Mudah-mudahan hari Jumaat yang penuh keberkatan ini dapat kita penuhi dengan sebaik-baik amalan sejak kita bangun pagi tadi. Alhamdulillah, kita dapat bertemu lagi di dapur Amie. Sementara menunggu Encik Suami dan anak-anak pulang dari menunaikan solat Jumaat, Amie kongsikan salah satu menu hidangan tengahari kami yang serba ringkas ini. Amie sediakan Sambal Petai tetapi Amie tidak gunakan cili kisar sebaliknya Amie hanya hiris-hiris dan potong-potong saja kesemua bahan yang diperlukan. Dah selalu sangat masak petai dengan cili kisar, jadi kali ini teringin mencuba masakan bonda di kampung. Memang bonda suka masak cara hiris-hiris begini. Lagi pun penyediaannya lebih mudah dan cepat, maklumlah tidak perlu menunggu cili kisar ditumis sehingga pecah minyak. Dan satu lagi, enak sungguh lauk ringkas ini dimakan bersama nasi panas! Hai... tak sabar menunggu semua isi rumah pulang!
Resepi : Sambal Petai
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
20 biji petai - belah 2
1 cawan ikan bilis - rendam seketika, bilas dan toskan
1 cawan tempe siap dihiris
3 biji cili hijau - hiris kasar
10 biji cili padi - hiris kasar
3 ulas bawang putih - pecahkan
1 labu bawang besar - mayang kasar
1/2 sudu teh pati asam jawa
50ml air
garam /gula /perasa pilihan
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar serta tempe dengan api sederhana panas.
2. Masukkan cili hijau, cili padi dan ikan bilis.
3. Masukkan air dan pati asam jawa. Biarkan mendidih dan kuah memekat.
4. Masukkan petai dan gaul sebati.
5. Apabila petai telah berubah warna, perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan. Gaul lagi.
6. Tutup api dapur.
14 comments
Sedap tu...dapat kat suami suri....mmg habis nasi satu periuk hehe
BalasPadamtun belom pandai lg makan petai masak2 nih.. hihi.. skrg ni blh gigit2 sket petai mentah mkn ngan nasi.
BalasPadamboleh tiru ni kak Amie,anak2 saya baru belajar makan petai so ibunya pun kenala makan sama hehehehe,selalu buat sambal dengan ikan bilis @ udang aje
BalasPadamSuri,
BalasPadamtak payah dah lauk lain ye Suri...
Tun Telani,
he he heh Tun... kita pandai makan yang mentah, yang masak, yang jeruk ha ha hahh semua masuk...
Chik Mimi,
ringkas aje nak sediakan sambal gini Chik Mimi.
tadi ikan bayan.. skrg petai plak.. sib baik dah lepas makan.. hihihi
BalasPadamSalam Amie..kat umah atie ni xpernah petai 'naik'.Klu tingin nk mkn masa blk kg la..:)
BalasPadamassalam k.amie
BalasPadamtgk org makan memang menyelerakan terutama kalu adik beradik sy tu, tak kira sambal tumis atau makan mentah sambal belacan he he sy makan jg petai sikit2 tp kena bakar sb kurang baunya tu
Jassnani,
BalasPadamhe he hehh.. sementara ada kesempatan mengadap laptop ni Nani... masuk aje mana yang ada...
Atie,
Apak Atie ada tanam pokok petai ye...
Mama Sara Nur,
pernah makan petai nakar, sedaplah,.... naik aromanya, dah tu rasa macam kunyah kacang pulak!
hari saya nak masak petai juga, hehehe..tapi saya masak dengan sweet sambal..
BalasPadamwahhhh..beliur la pla tengok sambal ni..aduhh
BalasPadamSesuai sangat makan dengan nasi putih yg panas. Sedap nie Amie:)
BalasPadamSonia,
BalasPadamnanti saya datang nak minta sambal petai semangkuk!
Mama Rey,
jemput makan Mama Rey...
KakZakie,
betul tu kak... cukuplah tak payah masak lauk lain dah...
wah bleh cube esok nih....
BalasPadamterlambatlah pulak ummi hari ni, sedapnya sambal petai ni,sepingggan nasi pun tak cukup ni Amie...
BalasPadam