Daging Masak Kicap
7:42 PTG
Assalamualaikum.
Bujang kedua minta Amie buatkan Daging Masak Kicap. Senanglah kerja kita kalau sudah ada yang tentukan menu. Tidaklah asyik berfikir dan berkira-kira nak masak apa. Oleh kerana masih ada lebihan daging korban dalam simpanan, jadi Amie masak untuk memenuhi selera bujang kami. Amie pun kurang pasti daging bahagian mana yang Amie masak di bawah ini. Yang penting, hasilnya lembut dan mudah dikunyah serta ditelan!
Resepi : Daging Masak Kicap
Idea dan Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
600 gram daging - potong ikut kelebaran yang dikehendaki
3 biji kentang - potong dadu dan goreng hingga masak
1/2 biji capsicum merah - potong dadu
1/2 biji capsicum kuning - potong dadu
2 inci halia - tumbuk
2 biji bawang putih - tumbuk
1/2 sudu makan lada putih - tumbuk
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan
3 sudu makan kicap pekat
garam & gula - jika perlu
air secukupnya
minyak
Bahan tumisan:
1 labu bawang besar - hiris nipis
4 biji bawang merah - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cara:
1. Perap daging bersama halia dan bawang putih serta lada putih selama 1 jam.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumisan sehingga naik bau dan layu.
3. Masukkan daging dan balik-balikkan. Biarkan sehingga keluar air.
4. Perlahankan api, dan jika daging belum empuk, tambahkan sedikit air.
5. Setelah daging empuk dan kuah mula pekat, masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap pekat. Gaul sebati.
6. Jika kurang masin atau cukup rasa, tambah sedikit garam dan gula.
7. Masukkan kentang goreng, capsicum merah dan capsicum kuning. Gaul seketika dan tutup api.
14 comments
Mmg sedap....tambah lgi dgn lada hitam tu...mmg terangkat lah !
BalasPadammeriahnya lauk dading kicap akak tu..mcm2 ade...tentu sedap ni..
BalasPadamassalam amie..acik masa dok selangor dulu..paling suka makan masak kicap..ayam ke daging ke..sedap..pekat..acik suka kalau pi kenduri ada masak kicap
BalasPadamDaging masak kicap makan dengan nasi panas2, pergh!!!
BalasPadamsedapnya..boleh try ni..sbb daging korban pun ada kat dlm peti ais tak terusik...
BalasPadamCakk ! Cak!! Kak Amie..Wahhh sungguh menyelerakan kegemaran anak anak Ani ni kak.. trima kasih resepinya..
BalasPadam~ menu feveret kini dan selamanya.. sedapnya mkn dgn ns panas2 ^_^
BalasPadamsaya suka..saya sukaaaa....xleh tgk lauk yg ada kicap2 nie... mesti terliur punya lah!
BalasPadamAssalamualaikum Amie Cayang,
BalasPadamNampak sungguh menyelerakan daging masak kicap tu. Pekena dengan nasi panas, fuhhhh.....berselerakkkkk, hehehe
aduss..meleleh dh ni..dlm peti byk lagik daging org bagi..nens kurang makan daging..hubby plak hantuu..tp sbb die HB nens x bg die makan..skit2 buat rasa boleh lah..
BalasPadamMasa buat korban hari raya tu pun saya masak menu daging masak kicap. Senang kerja.
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamDaging masih ada lagi nih nanti Kak Ros boleh try resepi ni nampak sedap sangat dan sungguh menyelerakan...terima kasih ya Amie kongsi resepi...
Assalamualaikum....
BalasPadamSalam perkenalan Amie.
Sedapnya daging masak kicap tu. Sungguh menyelerakan. Bolehlah saya cuba resepinya nanti.
Kalau Pak Inche punya daging kicap, memang kicap semata, Kak Amie, hihi
BalasPadam