Ikan Gerut-Gerut Masak Sambal Berempah
7:18 PTG
Assalamualaikum.
Tak ada seorang pun ahli keluarga yang bertanya resepi apa yang Amie masak....... yang sedang mereka nikmati. Masing-masing sibuk menjamu selera hingga selesai. Encik Suami meratah kepala Ikan Gerut-Gerut Masak Sambal Berempah, si bujang tengah mencari di kuali kalau ada lebihan kuah sambal, manakala si bongsu menambah beberapa kali isi ikan ke dalam pinggan nasinya. Dan sehinggalah Amie memaparkan resepi ke dalam blog, nampaknya hanya Amie dan pengunjung Amie's Little Kitchen sahajalah yang tahu resepi Amie petang ini. Sebenarnya Amie telah mengolah beberapa bahan dalam resepi ini. Oleh kerana tiada sebarang komen dan rungutan daripada mana-mana isi rumah, bermakna resepi ini boleh diterimalah.
Amie campurkan 7 biji Kurma Tangkai Umar kisar, 2 sudu makan udang kering dan 1 sudu makan serbuk rempah kari ikan dalam resepi ini. Hasilnya, kuah kelihatan pekat dan tidak perlu ditambah gula kerana buah kurma kisar sudah cukup memberi rasa yang sempurna.
Resepi : Ikan Gerut-Gerut Masak Sambal Berempah
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ikan gerut-gerut saiz besar - bersihkan dan potong 2
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh pati asam jawa
1 sudu makan serbuk rempah kari ikan
garam / perasa pilihan
minyak
100ml air
Bahan kisar halus:
10 biji cili kering
5 biji cili merah
7 biji kurma - buang biji
2 sudu makan udang kering - rendam
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1cm halia
Cara:
1. Lumurkan ikan gerut-gerut dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis kesemua bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Perlahankan api dan masukkan rempah kari.
4. Jika sambal terlalu kering, tambahkan air dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan gerut-gerut goreng dan gaul rata.
6. Tambah sedikit garam /perasa pilihan.
7. Ikan Gerut-Gerut Masal Sambal Berempah sedia untuk dihidangkan.
15 comments
sedapnya ikan gerut2 mmg dah lama tak makan samala jugak ikan jenahak adoii meleleh air liur..
BalasPadamassalam k.amie
BalasPadamikan gerut2, ikan apa tu k.amie he he tak penah tgk atau mungkin ada nama lain
k.amie masak apa pun sedap sb tu family k.amie makan tak bersuara he he memang nampak sedap ni
Rajinnya kak amie ni masak..everyday sentiasa ada post...masyaAllah bestnya kalau kak amie ni kakak mieza...mesti mieza manja2 mintak dimasakan fav food...
BalasPadamKalau ada sambal ikan mcm ni memang makan nasi bertambah..tak payah ada lauk lain dah..nasi panas2 dan lauk ni..hmmmm sedap!
Waa kreatifnya Amie,nampakpun dah sedap tu Amie. Ummi pun tak pernah makan ikan gerut-gerut, tapi kalau Amie yang masak, mesti sedap!
BalasPadamYana xpnh mkn pulak ikan gerut2..tgk pun tau sedap ikan msk sambal cmtu.. nnt yana nk try jgk ltk kurma nk tgk ada tak yg bersuara hihiii
BalasPadamhadoiii kak sedapnyer...makan dgn nasi panas2 mmg bertambah la hehe
BalasPadamAeinio,
BalasPadammemang sedap ikan gerut2 tapi tak banyak resepi boleh dibuat....
Mama Sara Nur,
tak tahulah apa nama lainnya, tapi ikan ni ada rupa ikan gelama, cuma bulat leper dan saiz lebih besar dari gelama.
Mieza,
alhamdulillah... masih ada kudrat untuk ke dapur Mieza.... marilah datang tempat Kak Amie, boleh kakak masakkan untuk Mieza sayanggg....
Ummiross,
BalasPadamhe he hehe..bila agaknya kita boleh jumpa ye Ummi, Amie pun nak juga merasa air tangan Ummi tau!
Yana,
ha ha ha ahh... masa makan tak ada yang bersuara, bila malam tadi nak tidur Encik Suami kata sedap sambal ikan gerut-gerut tu... barulah Kak Amie buka cerita kakak campur dengan kurma kisar!
Waniey,
terima kasih... jemput makan sama!
sedapnya kak amie..alu asz pun xde tanye dah...mkn smpi licin jer...dpt pulak hias tabur sebagai ngn gajus n bwg goreng...;))
BalasPadamKak Zai tak pernah makan ikan gerut gerut.Mungkin lain nama ikan tu kat Semenanjung.
BalasPadamMasa kak Zai ke Sabah tempohari banyak benda2 dan makanan yang lain namanya.
kak...ikan gerut2 tu mcm mana ropenya? pestime dgr huhuhu...
BalasPadambubuh buah kurma...dpt mas bayangkn mcm mana sedapnya tu... bagus sgt, ikan ada byk khasiat lepas tu buh lg buah kurma maka bertambah-tambah khasiatnya tu hehee...
sedap gayanya tu kak kalau begitu kisahnya..
BalasPadamsedappnyerr kak amie, ikan gerut2 camne ek kak amie..mb org semenanjung panggil lain org sabah panggil lain kot..hehe
BalasPadamAsmah,
BalasPadamalhamdulillah..licin!
Kak Zaitun,
sebenarnya nama standard ikan ni memang ikan gerut-gerut kalau di semenanjung, di Sabah orang panggil ikan arut kak Zai... tapi mungkin ada nama lain.
Mas Sani.
Ikan tu bersisik... macam ikan gelamalah juga tapi lebar badannya...
Rohah,
BalasPadammemang sedap Rohah... kuahnya pun pekat.
Nens,
betul kot Nens... tapi ada juga yang dari sana panggil ika gerut2, lain daerah lain kot namanya...