Ikan Tenggiri Masak Cuka
6:44 PTG
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untk bersama rakan pengunjung yang tetap setia bertandang ke dapur Amie. Petang ini Amie kongsi satu lagi resepi berasaskan ikan yang mudah dan ringkas tapi menyelerakan. Amie kata 'menyelerakan' sebab setiap kali hidangan ini dijadikan menu antara lauk-pauk di atas meja, memang habis licin ikan dan kuahnya kecuali hirisan lada dan bawang sebab anak-anak tak pandai makan kedua-dua bahan ini. Amie tidak tambah bancuhan tepung jagung ke dalam kuah sebab Amie bubuh sedikit air sahaja, kalau pekat nanti anak-anak tercari-cari kuah! Dan satu lagi, Amie tambah satu sudu biji sawi semasa menumis bahan untuk kuah cuka ini.
Resepi : Ikan Tenggiri Masak Cuka
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
2 keping ikan tenggiri saiz besar
1 sudu teh serbuk kunyit
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 labu bawang besar - mayang kasar
2 cm halia - hiris halus
1sudu teh biji sawi
4 sudu cuka masak
1 sudu makan gula
75ml air
garam / perasa pilihan
minyak
Cara:
1. Lumurkan ikan tenggiri dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga masak.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar, biji sawi, cili merah, cili hijau serta halia hingga layu.
3. Tambahkan air dan biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan sedikit garam, gula dan cuka.
5. Tutup api dapur dan tuangkan kuah cuka ke atas ikan tenggiri goreng.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat malam & jumpa lagi!
17 comments
Kalau masak untuk hidangan mama sahaja, okaylah, tapi kalau untuk my mother, tak boleh sebab ada cuka. Perut dia tak tahan..
BalasPadamMasakan kegemaran anak2 saya juga ni..
BalasPadamMama Fami,
BalasPadammemang ada yang tahan perut dengan cuka...
Mawar Merah,
alhamdulillah... masaknya pun ringkas saja!
Salam Amie
BalasPadamResepi yang simple cam ni biasanya sedap!
ringkas dan mudah di sediakan.. nanti nak cuba jugak! biasa anak-anak mmg suka kalau lauk yang macam ni
TQ Amie
makan ngan nasi panas, sedap tak keruan ni kak...selalu jumpa kat kenduri kendara..
BalasPadamsalam Amie
BalasPadamlebih kurang masak cuka orang kedah jugak ni tapi agak berkuah sikit mmg sedap akak suka bubuh sikit lada hitam fav sorang2 kan..
sedap lah kak,memang nampak menyelerakan..asam asam pedas yah.. hmm nasi tambah kalo macam ini.. ;)
BalasPadammakan dengan nasi panas2, tentu sodap, nasi sepinggan amie, hik!
BalasPadamsedap..zila suka msk camnie buh taucu kak..memalam lapor tgk..he hee
BalasPadamwow pagi-pagi sudah dibuat lapar ini,disebabkan melihat ikan tenggiri masak cuka,,,,kirimkan ke sini Amie hehe
BalasPadamTengah salin resepi sedap kak Amie ni he he sebab dah takde idea nak masak ape..lepas ni boleh ke pasar cari bahan2...hmm tak sabar nak masak...:)
BalasPadamsalam....hidangan kegemaran saya nie..sedap.
BalasPadamAzlita,
BalasPadambetul tu.... lagilah kalau perut dah keroncong!
Rohah,
anak-anak berebut kuahnya Rohah!
Kak Noor,
ringkas tapi sedaplah Kak Noor kan...
Melly,
BalasPadamyang rasa asam masam manis itulah yang menambat selera!
Ummiross,
memang sodap Ummi...jom makan sepinggan dengan Amie...
Zila,
dah selalu sangat masak taucu, ni masak cuka pula...
Dede Thea,
BalasPadamya... nanti Amie kirimkan ke sana ya...
Amy,
silakan... masak sedap2 ye..
Noor Yusuf,
alhamdulillah.. walaupun resepinya ringkas tapi tetap digemari ramai.
Mmg sedap makan dengan nasi panas2.
BalasPadamMenyelerakan... ;)
BalasPadam