Seafood Spaghetti
6:41 PTG
Assalamualaikum.
Hari ini Amie berdua ke hulu ke hilir bersama si bongsu. Amie bawa bongsu ke sekolah untuk menyiapkan beberapa tugasan yang hendak diselesaikan, dan menjelang pukul 2 petang kami pulang ke rumah. Bujang sulung masih di sekolah, meneruskan ulangkaji bersama guru dan rakan-rakan seperjuangannya. Nampaknya si bongsu kekenyangan makan bersama Amie di luar, dan tertidur di hadapan televisyen. Bujang tengah menelefon beberapa kali dari Tarakan, bahawa penerbangannya dari Kalimantan ke Tawau akan mendarat sekitar pukul 2 petang. Nampaknya, petang ini bujang tengah akan sampai ke rumah... tapi terpaksalah menaiki jalan darat selama 2 jam setengah lagi. Biasanya sebaik sahaja membuka pintu rumah, bujang tengah akan terus meluru ke dapur... kalau ketika itu Amie berada di dapur, dan sudah pastinya akan menegur... Mummy masak apa? Oh! Rupanya sudah 4 hari tidak mendengar suara itu.
Resepi : Spaghetti Seafood
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
500 gram spaghetti
2 botol Sos Spaghetti Cendawan (350 gram X 2)
15 biji bebola udang
20 ekor udang - bersihkan dan belah belakang
10 ekor anak sotong - bersihkan
14 batang fillet ketam - potong ikut suka
2cm halia - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
air secukupnya
sedikit garam
minyak zaitun
Cara:
1. Masak air yang mencukupi dalam periuk untuk merebus tenggelam spaghetti. Bubuh sedikit serbuk garam dan satu sudu makan minyak zaitun. Setelah air mendidih, barulah masukkan pasta. Setelah pasta lembut, angkat dan toskan.
2. Udang, sotong, fillet ketam dan bebola udang dicelur seketika dan toskan.
3. Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumis halia serta bawang putih hingga layu.
4. Masukkan Sos Spaghetti Cendawan dan air secukupnya untuk merenih - Amie gunakan 2 botol air (ikut kuantiti botol Sos Spaghetti Cendawan) dan renih dengan api sederhana sehingga kuah pekat
5. Masukkan kesemua bahan celur ke dalam kuah dan kacau seketika. Tutup api.
6. Hidangkan spaghetti bersama kuah.
~ Enak dinikmati bersama parutan keju pamesan, tetapi anak-anak sebelum ini minta Amie masukkan sekali keju dalam kuah! Jadi, Amie memang campurkan keju dalam kuah supaya cair bersama!
Sebaik sahaja Amie siap menyediakan hidangan ini kira-kira pukul 5 petang, tiba-tiba terdengar pintu pagar dibuka. Tentu Encik Suami pulang bersama si bujang tengah! Rupa-rupanya bujang tengah belum sampai kerana mereka singgah di Gua Madai, di Kunak. Encik Suami yang merasmikan Seafood Spaghetti!
Alhamdulillah! Seafood Spaghetti licin habis dinikmati bersama setelah bujang tengah sampai. Bujang sulung meminta supaya Amie masak lagi!
14 comments
sedap sekali keliatan nya..terbaikkkk.. ;)
BalasPadamsedapnye seafood spaghetti kak Amie... nyum3
BalasPadamsedapnya
BalasPadamtentu seronok sibujang tengah dapat makan masakan Mummynya. Nampak sedap sungguh tu Amie, udang kat atas tu rasa nak ngap2 je..
BalasPadamnampak yummmy!!!
BalasPadamOhhh ni paberet saya nihh... Sebab ada crab stick!
BalasPadamwahh!! mmg meriah betul spagetti kak amie.. terliur sungguh tun nengoknyer.
BalasPadamdari jauh dah merah menyala kak...ngencess betul2 ni..
BalasPadamperut tgh lapo..tgk sedap je...boleh lawan pizza hut tak??nak try buat la...murah sket modal dr makan kat pizza hut..:)
BalasPadamas salam
BalasPadammemang sedap rasa nak terkam skrin kak:)
Melly,
BalasPadamjemput dong makan sama...
FnF,
sekali-sekala layan selera anaka-anak.
Xiera Ruslan,
terima kasih Xiera.
Ummiross,
BalasPadamhe he he heh bujang tengah kepenatan tu Ummi... memang pun sebaik masuk rumah terus kata perutnya lapar!
Whitecappucino,
terimakasih WC.
Azieazah,
Crab stick memang sedap ye Azie.
Tun Telani,
BalasPadamhe he heh senang nak buat sebab sos ready made Tun...
Rohah,
lap ngencesnya dulu... datang sini makan sama he he he hh
Kitatauke,
kalau makan beli mesti jauh lebih sedap rasanya sebab (psikologinya) kena bayar...he he heh
Tihara,
BalasPadamwaalaikumussalam... jom makan sama dik.