Bubur Jagung & Durian

3:42 PTG

Assalamualaikum. Jom sama-sama nikmati Bubur Jagung & Durian. Enak disantap ketika masih panas dan bertambah kelazatannya sesudah disejukkan.


Menu  begini juga sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang bertandang ke rumah di waktu petang. Amie telah beberapa kali menyediakan bubur jagung untuk tetamu kami. Tapi sebaiknya pastikan dahulu, jangka masa kehadiran tetamu tersebut. Kalau saudara mara yang berkunjung, tentulah ingin berbual mesra dan bersembang panjang. Jadi, keluarkan dahulu minuman dengan biskut atau kudap-kudapan ringan yang ada dan kemudian bolehlah kita sediakan bubur jagung di dapur. Masa yang diambil untuk menyediakannya tidaklah lama sangat tetapi yang paling penting pastikan di dalam kabinet anda sentiasa ada stok jagung dalam tin, sagu biji, gula melaka serta susu cair atau santan dalam kotak! Jika suka, anda boleh tambahkan jagung krim dalam bubur! Oleh kerana sekarang musim durian, jadi sekiranya ada durian dalam simpanan, tambahkan sahaja dalam bubur jagung anda! Ia dikira sebagai 'bonus' untuk melengkap dan menambah kelazatan hidangan bubur jagung kita!


Resepi : Bubur Jagung & Durian
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 tin jagung manis
1 tin jagung krim
1 cawan sagu biji - rendam dan setelah kembang, toskan
10 ulas isi durian
1.5 cawan santan pekat
120 gram gula melaka - lebih kurang seketul - jika suka cairkan dahulu dengan memasaknya bersama sedikit air
2 tin air (ikut sukatan tin jagung)
1cm halia - hiris nipis
secubit garam
daun pandan - jika suka

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk.
2. Masukkan hirisan halia, jagung tin bersama jagung krim serta gula melaka.
3. Setelah mendidih, masukkan sagu biji serta durian dan secubit garam.
4. Pastikan tahap kepekatan yang anda inginkan. Biasanya setelah dicampur sagu biji, ia akan mengembang dan kuah menjadi pekat. Jika tidak suka terlalu pekat, boleh tambah lebih sedikit santan cair.
5. Masukkan santan pekat dan kacau selalu supaya sagu biji tidak berketul.
6. Tutup api dan biarkan dalam periuk seketika supaya sagu biji mengembang dengan cantik.
7. Sedia untuk dihidangkan.
Amie hanya masukkan 120 gram gula melaka sahaja kerana jagung krim sudah mempunyai rasa lemak manis, begitu juga dengan durian.
Selamat mencuba! 


36 comments

  1. Salam Amie,
    Sekarang musim durian, mana mana pergi pun asyik nampak org jual durian. Di kg saya, 1 biji = RM1.

    BalasPadam
  2. bestnyer bubur jagung...bak mai semangkuk...tukar ngan crepe yer... tp bab doyan takmo taw...hehe

    BalasPadam
  3. Hazila,
    sayangnya di tempat kami (Sabah) tak musim durian... ini pun beli durian dari Filipna, 1kg RM15...dah teringin, terpaksalah beli.

    Cendana Kasih,
    he he hehh tak makan doyan ye..

    BalasPadam
  4. betul tu amie.. kalau bubur jagung tambah lagi ngan durian kan.. lagi2 sedap.. skrg musim durian.. so banyak yg menggunakan durian dlm masakan harian.. hehehee.. nani baru makan durian smlm..

    BalasPadam
  5. sedapnya kak...

    akak dah bagi idea kat saya apa nak buat utk hidangan petang minggu ni...mak saya nak dtg minggu ni...

    BalasPadam
  6. as-salam kak
    wahhh!! sedap ni..selalu msk bubur durian tak pernah letak jagung..blh cubalah ni kalau ada durian kat sini..

    BalasPadam
  7. wahhhh...nampak macam sedap...ada cuba nak cari durian crepe tp takjum..ada resepi jer... http://iznawzi.blogspot.com/2012/11/durian-crepe.html....

    BalasPadam
  8. Pegi sipitang kemarin...durian murahhhhh sgtttt...tp still mahal gilak bnding hrga d smnnjung kn...bole dpt 8 bijik durian kawin 45rgt...isi sdp n tebal...

    BalasPadam
  9. dah lama tak makan bubur jagung doyan ni Mie, dok teringat jugak baru ni nak buat bubur tut tut Amie dah buat dulu rasa dulu lah yg Amie pasti sedappppppp

    BalasPadam
  10. nampak sedap n menarik...uwaaaa mcm nak buat jugakla nanti ;0...

    BalasPadam
  11. Eeee..sedapnya..tak penah lagi combibe jgg dgn durian.
    Selalu buat bubur jgg..atau serawa durian.
    Kiranya asing2 la..
    Tenq kak :)

    BalasPadam
  12. Nampak jgung n duyan terus terbng ke sini....nk semangkuk....suka3 sgt bubur ni...:-)

    BalasPadam
  13. Ummiross,
    jemput Ummi... sedap ni makan panas atau makan sejuk!

    Jassnani,
    lemak manis rasanya ye Nani... kalau tak ingat dunia memang nak hirup bermangkuk-mangkuk!

    Wahida,
    selamat mencuba Wahida...

    BalasPadam
  14. Ady,
    waalaikumussalam...
    kakak biasa buat begini, tapi kalau terlebih rajin, kakak bubuh kacang hijau!

    Izwan,
    terima kasih... memang ada bayk resepi crepe durian.

    Qaseeh Hatiku Qaseeh,
    beberapa tahun lepas kami pergi KK, beli durian di Tanjung Aru... masih boleh masuk akal harganya, RM10 1kg, sampai ke Kundasang pun Rm10 juga, turun ke Ranau masih sama... kecuali durian kampung RM5-RM6 1kg, terus ke Telupid, Sandakan... sampai Lahad Datu...tutup matalah... atau tutup hidung sajalah...

    Inahar,
    terima kasih... jemput!

    Kak Noor,
    buat Kak Noor... jangan tak buat... kang termimpi2 pulak!

    BalasPadam
  15. sedapnye...mmg suka bubur ni...pelbagai aneka bubur mmg my feveret...

    BalasPadam
  16. Amy,
    sedap ni.. cubalah..

    Qasehnya Rania,
    sesekali buat campur begini.. memang rasanya dijamin sedap!

    Sury,
    jemput Suri... jauh-jauh terbang ke mari, marilah pekena 2-3 mangkuk he he he ehh

    BalasPadam
  17. Ummiakid,
    memang sedap bubur ni Ummiakid, dah makan semangkuk nak tambah lagi... makan dengan roti pun sodap!

    BalasPadam
  18. sedapnye k.amie bubur jagung tu, memang suker sgt nih he he

    BalasPadam
  19. musim sejuk ni mmg best pekena bubur jagung durian...makan panas2 ngn roti... best nye

    BalasPadam
  20. sedapnya....!!!!! esok nak buat jugak..

    BalasPadam
  21. salam kak, neng kono bubur jagung durian, neng kene bubur kacang durian...tapi belum update.crepe durian ono dak?

    BalasPadam
  22. salam amie..
    wow bubur jagung ..my fav tu.alamak, rasa terliur plk tengok pic atas tu..hihii

    salam kenal..tq..sy follow 771..cntik nombor tu..tp kalu 777 lg cntik..:)

    BalasPadam
  23. Mama Sara Nur,
    memang sedap nih... suka guna jgung manis dalam tin, lembut lemak.

    Fnf,
    orang lain dengan fenomena crepe durian, kita dengan bubur sajalah... tapi memang sedap tu cicah dengan roti!

    Kasih,
    samalah kita.... suka...sedappp!

    BalasPadam
  24. MP,
    buat... jangan tak buat, tunggu suam2 sikit baru makan ye MP he he hehh...

    Rohah,
    he he he ehhh... tengah cari fresh cream ni... semua jenis tepung & duriannya dah ada...

    Mama Saly,
    terima kasih sudi singgah sini... jemput makan bubur!

    BalasPadam
  25. salam mie. Sedap.. durian bundo ada beberapa biji kat dapo. Amie bagi idea untuk bundo nak buat pengat harini..

    BalasPadam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  27. Salam Kak Amie...Amboi amboi...Siap ada doyan lagi bubur sini...Almaklumlah kan...sekarang kan musim doyan...Wangiiii je bubur ....

    BalasPadam
  28. Tq sudi jenguk blog mel.Salam kenal kembali..Sedapnya bubur jagung..faveret tu..^^

    BalasPadam
  29. salam kak amie.. musim durian ni, semua nk letak durian kan.. sedap betul nengok, tun tgh mkn bubur kacang campur durian. hihi

    BalasPadam
  30. slurpp.. dapnyer kalo dapat.. mai semangkuk.. :b

    BalasPadam
  31. Ibundo,
    sedap makan bubur jagung campur durian sejuk-sejuk gini... harum je aromanya.

    Sue,
    betul tu... lagilah kalau tempat tu banyak durian... he he heh sampai mabuk durian jadinya!

    Mel,
    tq sudi singgah sini... memang fav ramai ni...

    BalasPadam
  32. Tun Telani,
    bubur kacang campur durian pun best...

    Sheila,
    semangkuk siap!

    BalasPadam
  33. Teringat ada jagung nak buat bubur, ntah bila nak siap, hihi

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe