Petola Masak Lemak, Sambal Mangga & Ikan Belanak Goreng

6:46 PTG

Assalamualaikum.
Jom makan... ini hidangan malam, tengahari tadi tak masak nasi sebab Amie ada urusan di hospital. Malas nak menunggu giliran ke 214, akhirnya Amie kembalikan kad nombor di kaunter dan tangguh ke hari lain. Si bongsu pula dapat nombor 114 dan ketika itu baru 14 pesakit luar yang mendapat giliran. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi dan melihat kesesakan yang memang tidak menyelesakan, si bongsu pun dibawa ke klinik swasta. Sebenarnya kami ingin mendapatkan surat pengesahan doktor dari hospital kerajaan untuk diserahkan kepada pihak sekolah si bongsu kerana masalah kakinya yang diserang kudis akibat gatal digaru kerana digigit agas di sekolahnya. Dengan surat pengesahan daripada doktor, bolehlah si bongsu memakai seluar panjang apabila bersekolah kembali pada tahun depan, maklumlah si bongsu bersekolah di SJK (C), jadi memang kena pakai seluar pendek atas lutut. Sekolahnya pula tidak mahu terima pengesahan dari doktor di klinik swasta. 


Petang ini Amie sediakan hidangan malam dengan lauk-pauk termasuk Petola Masak Lemak, Sambal Mangga dan Ikan Belanak Goreng. Habis licin Petola Masak Lemak dengan Ikan Belanak Goreng! 

Resepi : Petola Masak Lemak
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 biji petola - buang kulit dan potong ikut citarasa
1 cawan santan pekat
1 cawan air
10 ekor udang kertas - bersihkan dan belah belakang
1 biji kentang - kupas dan potong wedges
1 batang lobak merah - buang kulit dan potong ikut suka
2 papan petai - buang kulit
1 biji cili merah - hiris kasar
1 biji cili hijau - hiris kasar
3 biji bawang putih - pecahkan dan cincang
1/2 labu bawang besar - cincang
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 batang serai - dititik
minyak
garam / perasa pilihan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi dan layu.
2. Masukkan serai, cili merah dan cili hijau, udang, kentang dan lobak. Kacau rata.
3. Tambah secawan air dan tutup kuali.
4. Apabila kentang telah empuk, masukkan santan pekat, dan serbuk kunyit.
5. Apabila kuah mula mendidih masukkan petola dan petai. Kacau selalu supaya tidak pecah santan.
6. Tambahkan garam / perasa pilihan jika petola dan petai telah berubah warna.
7. Tutup api.



Nampaknya anak-anak menggemari kentang dan kuah lemak! Licin habis kuahnya sekali!



Pelengkap hidangan kami sekeluarga: Semangkuk Petola Masak Lemak dengan 6 keping ikan belanak goreng daripada 3 ekor dipotong 2, dan Sambal Mangga.
Jumpa lagi...

13 comments

  1. Assalamualaikum..

    Huiii sambal mangga...perghhh kena plak ngn ikan goreng nasik panas2.. memang la tak nampak dah orang kiri kanan.. hehehe

    BalasPadam
  2. Kalau Kak Amie yang masak konfirm licin gua kerjakan...menyelerakan banget...

    BalasPadam
  3. Sedapnya nampak.. Ikan belanak kalau baru.. Manis rasanya kan..

    BalasPadam
  4. Sedapnya masakan kampung. Kak ros pun malam ni masak sayur lemak, sambal belacan(tak dok belacan punggg)dan goreng ikan kering.Puhhh....selera sungguh makan.

    BalasPadam
  5. Amie..tengok sambal mangga tu pun dah kecur air liur, kena pulak dengan sayur lemak dan ikan belanak, tiba2 lapor pulak ummi ni, hik!

    BalasPadam
  6. assalam k.Amie
    alahai ramainya q kan
    pehhh sedapnye laukpauk k.amie tayang...

    BalasPadam
  7. Salam Kak Amie..tak tahan tgk petai dgn udang tu..sedapnyaa

    BalasPadam
  8. sedap2 semuanya tu kak amie. terliur izan dibuatnya!

    BalasPadam
  9. salam amie lama kak tak masuk komen dapo amie..sbb ada masalh nak komen guna chroome.. la ni kak ilah guna mozila pula.. huhuu.. buat kak ilah terliur jer tgok lauk pauk ni..hehe sedap tau ikan belanak tuu kak suka mkn masa lepas goreng

    BalasPadam
  10. Salam kak amie.. terbaik laa lauk nih! terasa suasana kampung. hihi

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe