Ikan Gerut-Gerut Masak Sambal Berempah

7:18 PTG

Assalamualaikum.
Tak ada seorang pun ahli keluarga yang bertanya resepi apa yang Amie masak....... yang sedang mereka nikmati. Masing-masing sibuk menjamu selera hingga selesai. Encik Suami meratah kepala Ikan Gerut-Gerut Masak Sambal Berempah, si bujang tengah mencari di kuali kalau ada lebihan kuah sambal, manakala si bongsu menambah beberapa kali isi ikan ke dalam pinggan nasinya. Dan sehinggalah Amie memaparkan resepi ke dalam blog, nampaknya hanya Amie dan pengunjung Amie's Little Kitchen sahajalah yang tahu resepi Amie petang ini. Sebenarnya Amie telah mengolah beberapa bahan dalam resepi ini. Oleh kerana tiada sebarang komen dan rungutan daripada mana-mana isi rumah, bermakna resepi ini boleh diterimalah.


Amie campurkan 7 biji Kurma Tangkai Umar kisar, 2 sudu makan udang kering dan 1 sudu makan serbuk rempah kari ikan dalam resepi ini. Hasilnya, kuah kelihatan pekat dan tidak perlu ditambah gula kerana buah kurma kisar sudah cukup memberi rasa yang sempurna.


Resepi : Ikan Gerut-Gerut Masak Sambal Berempah
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan gerut-gerut saiz besar - bersihkan dan potong 2
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh pati asam jawa
1 sudu makan serbuk rempah kari ikan
garam / perasa pilihan
minyak
100ml air

Bahan kisar halus:
10 biji cili kering
5 biji cili merah
7 biji kurma - buang biji
2 sudu makan udang kering - rendam
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1cm halia

Cara:
1. Lumurkan ikan gerut-gerut dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis kesemua bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Perlahankan api dan masukkan rempah kari.
4. Jika sambal terlalu kering, tambahkan air dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan gerut-gerut goreng dan gaul rata.
6. Tambah sedikit garam /perasa pilihan.
7. Ikan Gerut-Gerut Masal Sambal Berempah sedia untuk dihidangkan.



15 comments

  1. sedapnya ikan gerut2 mmg dah lama tak makan samala jugak ikan jenahak adoii meleleh air liur..

    BalasPadam
  2. assalam k.amie
    ikan gerut2, ikan apa tu k.amie he he tak penah tgk atau mungkin ada nama lain
    k.amie masak apa pun sedap sb tu family k.amie makan tak bersuara he he memang nampak sedap ni

    BalasPadam
  3. Rajinnya kak amie ni masak..everyday sentiasa ada post...masyaAllah bestnya kalau kak amie ni kakak mieza...mesti mieza manja2 mintak dimasakan fav food...
    Kalau ada sambal ikan mcm ni memang makan nasi bertambah..tak payah ada lauk lain dah..nasi panas2 dan lauk ni..hmmmm sedap!

    BalasPadam
  4. Waa kreatifnya Amie,nampakpun dah sedap tu Amie. Ummi pun tak pernah makan ikan gerut-gerut, tapi kalau Amie yang masak, mesti sedap!

    BalasPadam
  5. Yana xpnh mkn pulak ikan gerut2..tgk pun tau sedap ikan msk sambal cmtu.. nnt yana nk try jgk ltk kurma nk tgk ada tak yg bersuara hihiii

    BalasPadam
  6. hadoiii kak sedapnyer...makan dgn nasi panas2 mmg bertambah la hehe

    BalasPadam
  7. Aeinio,
    memang sedap ikan gerut2 tapi tak banyak resepi boleh dibuat....

    Mama Sara Nur,
    tak tahulah apa nama lainnya, tapi ikan ni ada rupa ikan gelama, cuma bulat leper dan saiz lebih besar dari gelama.

    Mieza,
    alhamdulillah... masih ada kudrat untuk ke dapur Mieza.... marilah datang tempat Kak Amie, boleh kakak masakkan untuk Mieza sayanggg....

    BalasPadam
  8. Ummiross,
    he he hehe..bila agaknya kita boleh jumpa ye Ummi, Amie pun nak juga merasa air tangan Ummi tau!

    Yana,
    ha ha ha ahh... masa makan tak ada yang bersuara, bila malam tadi nak tidur Encik Suami kata sedap sambal ikan gerut-gerut tu... barulah Kak Amie buka cerita kakak campur dengan kurma kisar!

    Waniey,
    terima kasih... jemput makan sama!

    BalasPadam
  9. sedapnya kak amie..alu asz pun xde tanye dah...mkn smpi licin jer...dpt pulak hias tabur sebagai ngn gajus n bwg goreng...;))

    BalasPadam
  10. Kak Zai tak pernah makan ikan gerut gerut.Mungkin lain nama ikan tu kat Semenanjung.

    Masa kak Zai ke Sabah tempohari banyak benda2 dan makanan yang lain namanya.

    BalasPadam
  11. kak...ikan gerut2 tu mcm mana ropenya? pestime dgr huhuhu...
    bubuh buah kurma...dpt mas bayangkn mcm mana sedapnya tu... bagus sgt, ikan ada byk khasiat lepas tu buh lg buah kurma maka bertambah-tambah khasiatnya tu hehee...

    BalasPadam
  12. sedap gayanya tu kak kalau begitu kisahnya..

    BalasPadam
  13. sedappnyerr kak amie, ikan gerut2 camne ek kak amie..mb org semenanjung panggil lain org sabah panggil lain kot..hehe

    BalasPadam
  14. Asmah,
    alhamdulillah..licin!

    Kak Zaitun,
    sebenarnya nama standard ikan ni memang ikan gerut-gerut kalau di semenanjung, di Sabah orang panggil ikan arut kak Zai... tapi mungkin ada nama lain.

    Mas Sani.
    Ikan tu bersisik... macam ikan gelamalah juga tapi lebar badannya...

    BalasPadam
  15. Rohah,
    memang sedap Rohah... kuahnya pun pekat.

    Nens,
    betul kot Nens... tapi ada juga yang dari sana panggil ika gerut2, lain daerah lain kot namanya...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe