Ikan Cencaru Sumbat Sambal Bunga Kantan & Tomato

3:46 PTG

Assalamualaikum.
Moga Jumaat nan redup dan damai ini memberi seribu ketenangan dan keberkatan buat semua. Tengahari tadi Amie sediakan menu ringkas, Ikan Cencaru Sumbat Sambal Bunga Kantan & Tomato, dengan sayur bening bayam merah. Kiranya menu yang dihidangkan ini tergolong dalam menu ringkas, sihat dan berkhasiat.... almaklumlah, dua tiga hari lepas rasa panas badan semacam gara-gara melantak durian, manggis, rambutan, mangga dan entah apa-apa lagi. Kelmarin pagi, semasa dalam bilik air untuk mandi sebelum berangkat ke sekolah, tak semena-mena meleleh tak henti-henti darah merah dari hidung.... alamak! Lubang hidungku sudah bocor... kata Encik Suami itu akibat panas dalam! Kita pun fahamlah... kalau dah panas kat dalam tu tentu disalahkannya durian.... durian sekarang ni dah mula berlonggok di tempat kami. Amie pun lepaskan rindu dendam makan durian tak henti-henti! Memang kena berpada-padalah kalau nak makan buah bermusim. Semuanya manis-manis belaka termasuk manggis dan rambutan. Amie pun tak tahu berapa biji menelan manggis, dan kelmarin petang sewaktu Encik Suami membawa pulang rambutan, Amie tak berani makan walau sebiji!


Mula-mula Amie cadang nak buat ikan cencaru sumbat kelapa tapi memandangkan kelapa parut dalam keadaan beku dalam peti sejuk, akhirnya Amie putuskan untuk gunakan bahan-bahan yang sedia ada dan mudah untuk diolah.

Resepi : Ikan Cencaru Sumbat Sambal Bunga Kantan & Tomato
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan cencaru (500 gram) - bersihkan dan belah belakang
1 biji tomato - hiris kasar
garam / perasa pilihan
sedikit pati asam jawa
daun pisang / aluminium foil  untuk memanggang

Bahan kisar kasar:
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu makan udang kering - rendam
1 kuntum bunga kantan - hiris kasar
1 biji tomato - belah 4

Cara:
1. Lumurkan ikan cencaru dengan sedikit garam.
2. Tumis kesemua bahan kisar sehingga pecah minyak. Perasakan dengan asam jawa, garam & perasa pilihan.
3. Masukkan bahan tumis ke dalam belakang ikan, dan sumbatkan hirisan buah tomato.
4. Panggang sehingga masak - Amie bungkus dalam aluminium foil dan panggang dalam oven, dan apabila separuh masak Amie buka pembungkusnya dan terus memanggang hingga masak.



Yang bulat-bulat warna coklat tu tempe goreng!
Cukuplah hidangan buat hari ini, ada ikan bakar, ada tempe goreng dan ada sayur bening!


17 comments

  1. rapi sajiannya...ganal ikannya, yg tambah enak, ada tmpnya..

    BalasPadam
  2. Menu ringkas macam ni mmg fav akak.Sedapkan Amie makan dengan nasi panas2.

    BalasPadam
  3. wah...tempe dan ikan cencaru kegemaran..sedapnya ^^

    BalasPadam
  4. Alahai, kenapa sana sini semua org masak sedap2 ni, terliur betul ni kak amie, ada lagi ka??hehe

    BalasPadam
  5. Kak Amie selalu buat sy terliur dengan hidangan lauk pauk cmni tauuu... best sgtttt nih...

    BalasPadam
  6. sedap kak Amie, QH tgk caru sumbat tu..mesti lg sedap bile bunga kantan...
    bulat2 tempe kt tepi pinggan tu..hehe

    BalasPadam
  7. assalam amie..baru arini dpt BW balik..aritu blog mama meragam..pasni nak masakkan hb cencaru sumbat tu..dia suka..thanks sudi share resepi..

    BalasPadam
  8. salam kak amie..nasib x apa2 kan..zila pernah kena idung brdarah tue zaman kanak2 dulu..masa kecik2 suka main panas tu la kan..
    hidangan mlm akk semuanya myelerakan..sedapp:)

    BalasPadam
  9. sdapnya Amie akak pun nak cari cencaru jugak petang ni biar lah buat cencaru pulang petang pulak heeeee

    BalasPadam
  10. Rohah,
    lauk kampung Rohah... sayur bening pun ada, ganal jugaklah ikan tu 1/2 kg seekor.

    Norzie,
    Ikan tu yang kita suka sangat Norzie..

    Mel,
    protein dari laut dan darat ye Mel...

    BalasPadam
  11. Evelyn,
    Jemput Evelyn..menu kampung aje ni..

    Fidzah,
    marilah makan sama Fidzah he he hehh

    Puan Ros,
    Jom makan sama Kak Ros..

    BalasPadam
  12. Qasey Honey,
    memang sedap aroma bunga kantan tu Qasey, haa... itulah bentuk tempe di sini..bolat2...

    Mama Aini,
    cencaru sumbat apa pun memang sedap tapi tak lawanlah kalau sumbat kelapa!

    Zila,
    sekarang dah tak berani nak sentuh buah-buahan bermusim terutama durian & manggis (sehari dua ni laaa... ha ha haahh)... jemput makan Zila.

    BalasPadam
  13. Kak Noor,
    cencaru pulang petang ye... he he heh memang sedaplah ikan ni kak!

    BalasPadam
  14. waduh waduh...

    terbaik lah kak..

    kecur dah liur sy ni.. heheh

    BalasPadam
  15. suka buat cencaru sumbat kelapa..
    pertama kali tgk sumbat bunga kantan dan tomato

    BalasPadam
  16. Aduh, ni menu sy cuma pandai makan jee, kalau sumbat harus terburai

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe