Assalamualaikum. Kami berbuka puasa dengan Mee Rebus Chef Wan. Bagaimanapun Amie ubahsuai sedikit bahan yang digunakan memandangkan anak-anak kurang menggemari daging, jadi Amie tambah bebola daging di dalam kuahnya. Resepi asalnya Chef Wan namakan Mee Rebus Cik Aini tapi Amie ubah kepada Mee Rebus Chef Wan! Minta maaf ye Chef.... bukan apa, suka kat nama tu... he he he heh! Amie juga sediakan...
Assalamualaikum. Pagi tadi seawal pukul 7, seorang kerani sekolah menghulurkan satu bungkusan pos laju untuk Amie! Oh...! Siapakah gerangan pengirimnya dan apakah isi kandungannya? Rasa teruja untuk mengetahuinya, Amie terus meneliti nama pengirimnya. Daripada dik Nani rupanya! Siapa lagi dik Nani yang Amie ada kalau bukan Nuwairani Ismail - Life Is Beautiful di Kinabatangan itu! Terharunya rasa hati menerima kada ucapan hari raya yang pertama...
Assalamualaikum. Biasanya kalau selera makan tertutup Amie suka mencari sup. Apa-apa sahajalah jenis sup yang boleh dihirup. Bila sudah semangkuk hirup kuah panas, merasalah pula lada hitam atau lada putihnya, peluh pun keluar, kepala pun jadi ringan dan tubuh kembali segar. Inilah amalan yang Amie sering lakukan kalau rasa tidak sedap badan, letih lesu dan kurang selera makan. Paling berselera tentulah bila hidangan...
Assalamualaikum. Ini hidangan bersahur malam tadi. Ikan Alu-Alu Goreng Taucu. Sebelum terlupa dan tersimpan dalam folder dan Amie tidak lagi teringat resepinya, eloklah Amie kongsikan bersama petang ini. Resepi : Ikan Alu-Alu Goreng Taucu Suber : Amie's Little Kitchen Bahan-bahan: 4 keping ikan alu-alu - lumur dengan sedikit garam dan kunyit, goreng hingga masak dan ketepikan. 3 sudu makan taucu manis 2 biji...
Assalamualaikum. Dulu Amie sediakan Yong Tau Foo bersama kuahnya dengan cara DI SINI. Mudah dan sedap! Untuk juadah berbuka kali ini Amie gunakan resepi daripada YB Drs Khalil Idham Lim walaupun tidak sepenuhnya. Amie hanya mencuba resepi kuah Sos Hitam YB. Bahan yang lain Amie gunakan kreativiti sendiri seperti yang sebelumnya. Amie kongsikan bersama resepi sepenuhnya yang diperturunkan oleh YB di bawah ini. Terima kasih...
Lain-Lain
RALAT : PERHATIAN KEPADA SEMUA PESERTA KUIZ 'LEBIH RAMAI, LEBIH MERIAH DUNIA BLOGGING KITA SEMUA, YA, GITEW' AYUH KE SINI!
Semua peserta kuiz yang telah menghantar jawapan kuiz terkumpul 1-25: Setelah diperiksa oleh penganjur pertandingan kuiz - Shahriah Masterchef, di dapati jawapan yang telah dihantar tidak keluar sepenuhnya. Dengan itu diminta jasa baik para peserta untuk menghantar jawapan sekali lagi tetapi dengan mengirimkan jawapan tersebut ke Kotak Massages di Face Book Shahriah seperti di bawah: http://www.facebook.com/shahriahabdullah.novelisii Jangan lupa tulis sekali lagi nama anda,...
Lain-Lain
Jawapan Soalan Terkumpul Yang Ke-26 - 30 : Kuiz 'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Gitew.'
http://shashasuka.blogspot.com/ Hobi & Koleksiku Hanya Sekadar Hobi..... Itu Sahaja....... Secara tidak langsung Blog Hobi & Koleksiku Hanya Sekadar Hobi ..... Itu Sahaja..... sebenarnya bukan setakat itu sahaja! Melalui blog ini pembaca dengan mudah dapat mengenali peribadi pemiliknya secara lebih dekat kerana kecenderungan Shahriah mengendalikan blog miliknya ini dengan pendekatan yang mudah, mesra dan telus.Shahriah banyak menyentuh tentang apa yang disukai, setiap apa yang dilakukannya...
Lain-Lain
Dapatkan Soalan Kuiz Terkumpul 1-30 Di Sini.... Anda Masih Ada Masa Hingga Jam 12 Malam Ini Untuk Menyertai Pertandingan Kuiz Terkumpul : 'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Gitew.'
Anda belum terlambat! Masih ada masa untuk menyertai pertandingan ini. Sila daftar untuk penyertaan. SILA DAPATKAN SOALAN KUIZ TERKUMPUL 1-30 DI SINI!!!!! ...
Assalamualaikum. Hari ini anak-anak bersama Encik Suami ke bazaar Ramadhan dan pulang membawa bahagian masing-masing. Jadi, Amie pun tidaklah Perlu sibuk menyiapkan hidangan berbuka kerana Encik Suami juga membawa pulang sebungkus air tebu dan 5 biji kelapa muda. Cuma, sehari dua ini rasa kurang enak badan. Mulut pun terasa pahit. Selera untuk memilih makanan apalagi untuk memasak pun berkurangan, jauh jatuhnya, ke laut...
Assalamualaikum. Amie sudah sediakan Lassi Mangga buat pembasah tekak untuk berbuka puasa petang ini. Sementara Lassi Mangga tersimpan dalam peti sejuk untuk didinginkan sehingga waktu berbuka, Amie ingin berkongsi info tentang minuman yang menyegarkan ini bersama rakan-rakan. Selain dapat menghilangkan dahaga, minuman ini juga sesuai untuk dijadikan hidangan berbuka puasa memandangkan kandungan bakteria baik dalam yogurt mampu mengurangi gas yang terbentuk ketika perut...