Pecal

7:52 PTG

Salam petang Khamis. Moga semuanya ceria....  Kita cerita saja tentang menu petang ini. Untuk mengembalikan selera makan yang semakin menurun hari ke hari, Amie cuba sediakan pecal. Itu pun atas permintaan suami yang suka sangat makan pecal. Amie bawa dua bungkus besar sambal kacang dari kampung. Hanya perlu tambah air panas dan kacau hingga sebati.


Bahan-bahan untuk melengkapkan pecal pun Amie gunakan sahaja apa yang ada. Sebenarnya tak perlu bubuh telur tapi Amie saja nak letak termasuk tauhu goreng. Ikutkan resepi yang sebenar tentulah pecal mengandungi pucuk ubi, dan juga nangka muda tapi Amie tiada bahan tersebut. Amie lengkapkan pecal Amie dengan sayur kangkung, kacang panjang, tauge, timun dan telur rebus. Taugehnya pula taugeh yang baru bertunas....(buat sendiri), rasa lebih rangup dan lemak!  Sebenarnya jika kita sediakan sendiri kuah pecal, tentu rasanya jauh lebih sedap dari yang kita beli kerana kita boleh tentukan sendiri bahan-bahannya. Di bawah ini Amie perturunkan sambal pecal yang Amie warisi dari bonda Amie. Orang kampung kami akan goreng semua bahan termasuk cili kering, bawang dan belacan dan juga kacang tanah. Kemudian ditumbuk dalam lesung.  Bau sambal kacang tadi sungguh wangi kerana cili keringnya digoreng. Jika suka boleh tambah sedikit isi kencur@cekur. Itu pun jika mahu, dan kalau tak suka makan@bau kencur.... tak payahlah bubuh.

Bahan-bahan:
300 gram kacang tanah - goreng
15 bili cli kering - goreng hingga garing
5 biji bawang merah - goreng
3cm belacan - goreng
4 biji isi cekur - jika suka
1 sudu pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
3 sudu gula pasir - (ikut suka untuk tahap manis)
garam secukupnya
air panas secukupnya

Cara:
1. Cili kering bersama bawang merah dan belacan  (serta cekur - jika suka) ditumbuk hingga lumat. Angkat dan letakkan dalam mangkuk.
2. Tumbuk kacang tanah tetapi jangan sampai lumat. Masukkan ke dalam mangkuk berisi bahan tumbuk yang pertama tadi.
3. Masukkan bancuhan pati asam jawa dan gaul rata.
4. Masukkan air panas dan gaul sebati mengikut kepekatan yang diingini.
5. Hidangkan bersama pelbagai sayuran pilihan.



Kepada sesiapa yang sudi, jemput makan pecal versi Amie ini..........

28 comments

  1. Oishii sou
    Hulur la kt org kt cini sama ngeee

    BalasPadam
  2. Ladi Ayu...
    boleh....boleh hulur....sampai dak? hi hi hiii

    BalasPadam
  3. nani pandai makan pecal sejak2 dtg sabah...rupenye kt tawau memang ada jual kuah pecal yang ready made mcm kak amie ckp tu. tinggal nak tambah air panas je..kadang2 makan kuah pecal tu dengan nasi impit n sate..xdelah susah payah lagi nk goreng2 kacang tanah.

    BalasPadam
  4. my favourite ni.
    suka sangat dengan segala jenis kuah kacang...yummy
    sekarang senang sb dah ada jual kan..tinggal letak air panas je.
    Kadang2 akak makan dengan mee kuning..hihi...sedapsss

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum kak amie dearie..selamat hari raya..wahhh tentu seronok berhari raya di malaya kan...bila nak wat umah terbuka tu..mieza nak terbang terusssss ke lahad datu nun..tu pun kalau kak amie jemput..hehehe

    kak amie..sedapnya pecalni..kat sini mieza panggil juga dengan nama rojak..mmg mieza suka..dapppppp!

    BalasPadam
  6. Salam K.Amie...wong jowo karo pecal mmg xdpt dipisahkn..hihi
    Atie baca n3 akak yg lps2 ttg akak beraya ke Hutan melintang & Sg Sumun,bagn Datoh....dah hampir sgt ngan umah atieeee!!
    Klu tau K.Amie nk mai Hutan Melintang...leh gede2.

    BalasPadam
  7. yg ni ke pecal? penuh dgan sayur je? saya tak makan sayur.. haha..

    BalasPadam
  8. wah kak Amie bestnya pecal hehehe saya ade sambalnya nak buat tak berbuat jugak heheh
    selamat hari raya Aidilfitri kak

    BalasPadam
  9. sambal pecal ni lebih kurang buat kuih satey ke..hehe..sy x reti masak..tp hubby mmg suka mkn pecal..

    BalasPadam
  10. slm kak amie....sonok raya kt kg hari tu kak.....ida suka gak pecal2 ni...masa kerja dulu, selalu gak kirim kt sorang kwn en.Bob kt tmpt keja...tapi dia dia baru shj pulang ke rahmatullah beberapa hari lepas...sgt terasa pemergiaan dia w'pun ida kt sini

    BalasPadam
  11. Amie pecal ni memang class!, salad orang Melayu yang mengalahkan salad orang putih...

    BalasPadam
  12. Sedapnya pecal lama tak mkn kak.. Mak ita kalau ita balik mesti buat pecal

    BalasPadam
  13. rajinnya Kak Amie ni, bukan takat rajin memasak, siap rajin lagi tanam taugeh sendiri..cayalah kak!

    BalasPadam
  14. pecal jawa kpg ucu pulak mesti ada bihun n nasi impit...
    tapi kalau pecal tg.karang siap bubuh kuah lodeh lagi...
    kalau pecal banjar pulak (ucu kn banjar..) hehehe..segan nak khabor..pecal mcm2 ade..

    BalasPadam
  15. salam kakamie..sedapnya pecal...hari tu MIL makcik pun ada kasi kuah kacang..tinggal bancuh dgn air panas jek...akak baru saya tau makan pecal boleh taruk nangka muda tu sekali...kakakka..sedapnya kak...saya suka nangka tak pernah lagi buat gaya pecal cam gini..byk menu terlepas nih...tak bw dah 2 hari dah nih...aduiiiii....

    BalasPadam
  16. walau pun saya org jawa, saya tak suka mkn pecal..huhu...

    BalasPadam
  17. aduh .. kemencer@drooling sudahhh.. ratah2 mmg best.. menu tak prnh jemu ni amie..

    BalasPadam
  18. ema tak makan pecal kak..sbb tak pernah untuk mencuba

    BalasPadam
  19. bestnya kalau dapat buat pecal..tak rajinlah pulak..selamat hari raya buat kamu sekeluarga

    BalasPadam
  20. Salam & Slmt Hari Raya K. Amie...
    patutla sehari dua ni teringat nk mkn pecal, rupanya pecal dr K. Amie hehe..

    BalasPadam
  21. Salam dan Selamat Hari Raya. Saya pun ada beli satu bungkus sambal pecal, masih belum buat buat lagi memandangkan nak makan sorang sorang.

    BalasPadam
  22. samalah teknik mcm mak nora ajar..sume kena goreng dan tumbuk. pastu mak tak suka bubuh cekur..dapat emak mertua pula yg suka letak cekur..memang tak ngam selera deme..hehe..

    BalasPadam
  23. Nani,
    sambal pecal yang diTawau tu dari seberang, kak Amie pernah beli untuk bonda, kata bonda ada campuran daun limau purut dalamnya,

    jadi ada beza rasa antara yang di Tawau dengan yang di semenanjung, apa pun bagi Kak Amie yang makan apa saja... sama saja du-duanya tu, sedap!


    Kasih,
    suami Kak Amie suka makan kuah kacang tu dengan mee kuning!

    BalasPadam
  24. Miezaaa,
    jemput datang rumah Kak Amie, tak open house pun datang saja he hehehhh...

    macam-macam rojak / pecal berasaskan kuah kacang, semuanya sodap!


    Azatie,
    ada juga wong jowo zaman sekarang yang tak pandai makan pecal... ha hahahhhhh


    Zul Fattah,
    memang ada orang yang langsung tak makan sayur!

    BalasPadam
  25. Chik Mimi,
    sambal pecal tu boleh simpan lama, tak apa... ada masa nanti boleh celur sayur-mayur untuk buat pecal yang lengkap!


    Nens,
    tak susah dik nak makan pecal... yang dah siap banyak dijual di pasar, beli je he hehehh


    Ida,
    takziah atas pemergian En.Bob...

    boleh buat sendiri sambal pecal tu, senang saja tapi nak makan kenalah ramai- ramai baru seronok...

    Ummi,
    iye....salad orang Melayu yang berkhasiat & menyihatkan!

    BalasPadam
  26. Juwita,
    kalau mak kita yang buat sendiri, memang pecal rasa lebih sedap!

    Ixora,
    itu bonda kak Amie... pandai buat taugeh sendiri, memang sedap... lemak & rangup!

    Ucu,
    teringin pulak nak rasa pecal jawa kg Ucu, & pecal tanjung karang tu... apa salahnya ucu share pecal Banjar... dapat pahala tau!


    Quinnie,
    kalau kami beli pecal di pasar malam mesti ada nangka muda di dalamnya.... sedaplah!

    Wahida,
    memang ada orang Jawa tak makan pecal, tapi pecal memang asal resepi tradisi masyarakat Jawa...

    BalasPadam
  27. Dzana,
    oooo... kemencer ye...biasanya Amie dengar kemelecer... he he hehh betulkah begitu...

    Mama Ema,
    banyak pilihan menu pecal ni... lain tempat adakalanya lain sedikit bahannya, kuahnya memang asas kacang tanah.


    Kak Ina,
    Kak Amie suka makan pecal yang orang lain buat.... hi hi hiii


    Mamanajmi....
    sila...sila...jemput makan pecal, jangan malu-malu eh...

    Nora,
    sambal kacang yang Amie suka tentulah yang digoreng semua bahannya, tapi bubuh kencur ke tidak...Kak Amie semua boleh saja.... he heheh!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe