ADSENSE

Ahad, 5 Mei 2013

Latok @ Rumpai Laut : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (SABAH MONTH)

Assalamualaikum.
Paparan kali ini Amie ingin mengajak rakan-rakan pengunjung untuk mengenali 'latok' iaitu sejenis makanan tradisi masyarakat Bajau di negeri Sabah. Latok  sejenis rumpai laut dan adakalanya dipanggil 'anggur laut' kerana bentuk dan warnanya yang hijau seakan-akan buah anggur. Sebelum ini Amie juga telah memaparkan beberapa kali hidangan latok di ULAM LATOK IKAN BAKARLATOK @ RUMPAI LAUT DENGAN IKAN KAYULATOK @ RUMPAU LAUT dan IKAN BELAWIS PANGGANG & ULAM LATOK.


Resepi : Latok @ Rumpai Laut
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 tangkai latok - petik dari tangkai - bilas dan terus toskan sebab latok tak boleh direndam
1 biji lada merah - hiris
7 biji cili padi - biarkan bulat, dipatahkan jika mahu makan
3 biji bawang merah - hiris nipis
2 biji limau kasturi - perah airnya
sedikit serbuk belacan 

Cara:
1. Gaul kesemua bahan yang dihiris bersama latok.
2. Perahkan air limau kasturi.
3. Hidangkan segera
Jika suka boleh gaulkan bersama hirisan mangga muda. Hidangan ini enak dimakan bersama ikan bakar dan nasi panas.




Terdapat pelbagai cara untuk menikmati latok. Ada yang membiarkan latok dengan tangkainya, dan memetiknya ketika hendak dimakan dengan mencelupkannya ke dalam pencicah air asam atau sambal.



Gambar di atas merupakan gugusan latok yang masih segar.



Sebaik sahaja dihidangkan, latok hendaklah segera dimakan kerana jika dibiarkan dalam tempoh yang agak lama, latok akan menjadi cair. Ulam latok yang masih segar akan terasa kerangupannya ketika dikunyah.


" I am submitting this post to MFF, Sabah Month



9 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

salam kak amie..

em, favourite sangat ni kak..latok ni memang sedap makan dengan ikan/sotong/udang bakar..rangup2 kalau dikunyah..lagi satu yang aku suka makan adalah yang popular dgn panggilan 'agar-agar' juga merupakan sejenis rumpai laut..sedap..

Lesung Batu berkata...

fes time dgr & tgk "Latok"..info yg bagus! tapi rasa Latok ni mcm rumpai laut tu gak ke amie? tgk dari dekat mcm jelly..bila dipecahkan ngan jari kuar air ke? banyak tanya plak...hehe...

Zaitun berkata...

Pernah dengar tapi kak Zai belum pernah makan.

WendyinKK @ Table for 2..... or more berkata...

Kalau Wendy ada chan boleh gi sabah, mesti nak try la ni. Imagine macam telur ikan sushi meletup letup kat mulut.. macam tu ke?

Amie berkata...

Bbwana,
asyik makan latok ni.. pandai dia meletup bila dikunyah!

Lesung Batu,
memang boleh keluar air berupa lendir kalau dipecahkan.

Kak Zaitun,
tak apa Kak Zai, dah pernah dengar, ini kak Zai dah nampak... seterusya Kak Zai dapat makan latok..in shaa Allah.

Wendy,
pergi tempat yang dekat laut Wendy supaya senang nak dapat latok... telur ikan sushi meletup ada isi, latok meletup berair!

ummiross berkata...

Ummi pernah juga makan, sedap juga ni Amie.

Phong Hong berkata...

Cute, macam manik!

alan xandaria berkata...

Memang sedap

alan xandaria berkata...

Memang sedap