Bismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi cerita jalan-jalan di Kota Kinabalu. Sebenarnya waktu itu, kita tidaklah dapat menikmati semua makanan yang terhidang. Ketika itu gusi kita yang dibedah, perlu dijaga elok-elok. Doktor pesan makan yang lembut-pembut sahaja, tetapi kita langgar juga sedikit pantang itu! Akibatnya sudah tentulah akan terasa sakit tetapi tidaklah sakit sangat.
Jumaat, 10 September 2022 Abang Aznan bawa semua ahli keluarga untuk mandi-manda di De Borneo Water Park di Kepayan.Oleh kerana pada hari tersebut Fairuz tidak hantar ikan, jadi Fairuz ambil alih tugas kami jaga Firdaus. Fairuz ikut serta ke De Borneo Water Park bersama yang lain.
Amie pula ingin berehat dari jalan-jalan. Amie beritahu Encik Suami sebenarnya Amie ingin mencari makanan yang lembut, tak perlu usaha untuk mengunyah dan boleh terus ditelan masuk perut! Encik Suami cadangkan, cubalah makan ambuyat!
Kami sama-sama bergerak meninggalkan Penampang. Abang Aznan bersama yang lain menuju ke Kepayan, kami menuju ke D'Soka yang terletak di Kampung Laut Kinarut, Papar. Sesampainya di D'Soka hujan turun selebat-lebatnya!
![]() |
| Ambuyat & the Gang |
Alhamdulillah. Akhirnya dapatlah menikmati ambuyat dengan lauk-pauknya.
![]() |
| Signboard D'Soka Restaurant. Masakan Asli Sabah |
![]() |
| Encik Suami makan ambuyat dengan candas. Kita makan ambuyat dengan sudu. |
![]() |
| Terung goreng sambal. Terung yang lembut ini boleh kita kunyah sedikit dan telan. |
![]() |
| Ikan tuna masak ampap ini isinya lembut dan kita makan sehingga habis dengan ambuyat. |
![]() |
| Timun ini dihabiskan oleh Encik Suami. Kita tak boleh kunyah! |
![]() |
| Sambal belacan ini sangat sedap. Kita cecahkan ambuyat. |
![]() |
| Ini isi ayam masak kicap. Encik Suami makan seorang. |
![]() |
| Sayur kangkung ini sedap. Kita makanlah beberapa helai daunnya. Tak boleh kunyah batangnya! |
![]() |
| Laju jew makan ambuyat dengan kuah ini. Kita sudukan ambuyat dan celup kuah. Masuk mulut, telan! |
Inilah semangkuk ambuyat, makan berdua dengan Encik Suami
Ketika ini barulah terasa perut berisi! Selama beberapa hari bercinta habis kalau makan sebab takut tersentuh makanan ke bekas jahitan gusi.
Sudah pesan lemon panas, kemudian datang lagi dua gelas minuman sirap! Tak perasan dalam set ambuyat memang sudah tersedia dua gelas minuman! Jadi, selepas minum lemon panas, minum sirap sejuk pula.
![]() |
| Puding kelapa |
Oleh kerana hujan masih lebat, kami pun duduk lama-lama sedikit dalam restoran. Pura-puralah beli puding kelapa dan makan di situ.
Setelah hujan berhenti, kami pun bergegas meninggalkan D'Soka.
Alhamdulillah, perut yang terasa kosong sudah berisi.


































.jpg)











