Sebut keladi, Amie hanya tahu beberapa nama keladi yang boleh dimakan seperti keladi Cina dan keladi minyak. Sebut pokok bunga keladi, minta ampun! Nama keladi tikus sahaja yang Amie tahu.
Encik Suami sudah ada koleksi beberapa jenis pokok bunga keladi. Amie suka-suka ambil gambar daun pokok bunga keladi tanpa nama.
Jom kita lawat taman bunga keladi Encik Suami. Sebenarnya tidak ada ruang lagi untuk tanam pokok bunga. Encik Suami letak-letak saja pasu bunga di tepi longkang dan tepi pagar.