The Keju Cafe Lahad Datu mengadakan promosi jualan The Keju Black Sale selama 4 hari bermula pada 27 November sehingga 30 November 2020. Sebagai tanda sokongan kepada pemilik cafe (rakan sekerja), Amie pun tunjuk promosi terhad ini kepada Abang Farid. Suka sangatlah dia sebab Amie bayar gunakan akaun bank Amie. Abang Farid order 4 jenis minuman, sudah tentunya untuk mereka 4 beradik. Untuk makanan pula, Abang Farid pilih Nasi Goreng Ayam Butter untuk dirinya, dan Lamb Black Pepper + Nasi Putih untuk Fuad.
Warna-warni pula minuman yang Abang Farid pesan. Ada warna milo, hijau, biru dan pink. Selera anak-anak remaja! Kita pun tak tahu apa nama minuman ini.
| Beli 3 TALL CUP, TALL CUP ke-4 hanya perlu tambah RM1. Total RM16 untuk 4 cup. (NP: RM20) |
| Lamb Black Pepper + Nasi Putih RM16.15 (NP: RM19) |
| Nasi Goreng Ayam Butter RM7.65. (NP: RM9) |
Maknanya, dalam tempoh promosi itu, harga diturunkan sebanyak 15%. Abang Farid kata Nasi Goreng Ayam Butter sangat sedap, dan dia nak order lagi. Order selepas promosi, normal price menjadi RM9 ye Abang Farid.