Kenangan di pagi raya pertama. Tahun-tahun sebelum ini kami tidak pernah beraya di rumah sendiri. Kalau tidak beraya di kampung Encik Suami, kami beraya di Selangor. Nampaknya sudah 3 tahun berturut-turut beraya di Selangor, dan tahun ini kami ambil keputusan beraya di rumah sendiri.
Selepas solat Aidil Fitri, keluarga kecil kami berkumpul di dapur untuk menikmati juadah di pagi raya.
Inilah antara juadah yang sempat Amie sediakan pada sebelah malam hingga ke pagi raya. Sudahlah sendiri di dapur, banyaklah pula kenang-kenangan raya zaman remaja menerpa kembali dalam ingatan. Tambahan pula radio siaran Klasik Nasional banyak memutarkan lagu-lagu ketika zaman remaja di kampung, diselang-seli dengan lagu-lagu raya. Sambil bertakbir, sambil pula tangan ligat menyiapkan apa saja juadah yang sempat dibuat. Ketupat pun tak banyak... cuma 15 biji saja, itu pun besarnya mengalahkan penumbuk Encik Suami! Beli daun ketupat sebanyak RM6 dapat 18 helai! Mahal betul dah sekarang ni... mungkin akan datang anak cucu kita sudah tidak dapat melihat rupa bentuk ketupat sebenar sebab daun kelapa semakin sukar diperolehi.
Gaya 3 abdul yang tak sabar-sabar untuk menjamah hidangan di pagi raya. Lauk-pauk ketupat yang sempat Amie sediakan termasuklah rendang tok, sambal kacang, semur ayam dan juga sambal goreng Jawa serta serunding kelapa.
Dalam banyak-banyak lauk, semur ayam juga yang jadi rebutan anak-anak!
Firdaus tak boleh makan lagi sayangggg..... pandang-pandang sajalah ye.
Semur Ayam memang sangat digemari Fuad. Agaknya takut habis lauk tu, tak senang duduk dibuatnya! Walaupun penuh lauk di pinggan, matanya asyik menjeling memandang Semur Ayam!
Akhirnya diambilnya lagi Semur Ayam yang tinggal separuh dalam piring lauk! Tengoklah muka Farid dah mula berkerut... takut Semur Ayam habis diambil Fuad!
Makanlah sayang.... sepanjang malam Mummy sediakan juadah ini memang untuk kamu semua nikmatinya di pagi raya.
Inilah gaya Fairuz & Fuad kalau sudah bertemu dengan Semur Ayam! Tak pandang lagi lauk yang lain!
Lepas makan, kami keluar menziarahi sanak saudara sebelah Encik Suami. Sempat juga ambil gambar sekeluarga. Nampak betullah muka Amie yang layu-layu tak cukup tidur, he heheheh tak sempat make-up lagi tu.... hihihiiii! Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin daripada Amie's Little Kitchen.




