Sepetang di Tanjung Aru
10:22 PTG
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua. Moga lebaran kali ini lebih bererti..... sebenarnya tak tahu nak tulis mukadimah sebab rasanya agak lama tidak mengemaskini dapur kecil ini.
Ini muka Abang Farid dan si kecil Firdaus yang baru diambil petang tadi di pantai Tanjung Aru. Hari pun hampir menjelang senja, ditambah pula dengan cuaca mendung menyelubungi suasana pantai. Muka Firdaus pun nampak monyong semacam... he hehehe baru bangun tidur tu (tertidur sebentar semasa kami menjamu selera).
Awal pagi tadi, kami bertolak dari Lahad Datu pada pukul 7.40 pagi.
Cuaca mendung sepanjang perjalanan dari Lahad Datu, dan setibanya di Kundasang, hujan turun renyai-renyai. Memandangkan tidak ada gerai makanan yang dibuka, kami makan saja di KFC. Firdaus bukan main seronok lagi dalam kereta... tidur, menyusu dan ketawa!
Akhirnya kami tiba juga di Kota Kinabalu menjelang pukul 3 petang. Seperti biasa, kami menginap di Condotel Seapark, Tanjung Aru.
Oleh kerana perut masih terasa lapar, sebaik sahaja check-in, kami terus menuju ke Tanjung Aru untuk mengalas perut.
Syukurlah hujan sudah berhenti tapi angin tetap bertiup kencang... sampai nak tercabut rambut Firdaus di atas tu! Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai (sudah tentulah semua order nasi sebab dah rindu sangat dengan nasi... maklum asyik makan ketupat saja sejak raya!), Amie jalan-jalan ke bahagian lain untuk mencari jagung kukus.
Akhirnya singgah di sini.... sebiji jagung kukus berharga RM1.50 sen, dan jika 7 biji berharga RM10. Amie beli RM10 untuk 7 biji dan kakas tanah kukus RM3.
Bila penjual jagung kukus (di atas) melihat Amie tangkap gambarnya... terus dia berkata... saya bagi RM1000 8 bijilah.... he hehheeh apalagi, Amie pun terus menjawab : terima kasih!
Bila kembali semula ke tempat kami memesan pelbagai jenis nasi tadi, rupa-rupanya Firdaus sudah terlelap kekenyangan dengan sebotol susu!
Senja kian temaram. Pengunjung semakin memenuhi pantai. Macam-macam rupa bentuk dan ragamnya, terutama pelancong yang datang entah dari mana.... ada rupa orang putih, ada rupa orang Korea... itulah namanya Tanjung Aru, sentiasa penuh sesak dengan manusia!
Esok pagi, Abang Farid akan terbang ke Labuan seawal pukul 7.30. Sempat bergambar dengan Firdaus...... nampak sedih aje muka Firdaus... mesti tak puas main-main dengan Abang Farid. Apa boleh buat, Abang Farid terpaksa kembali ke kolej sebab raya ke 5 Abang Farid akan menghadapi peperiksaan. Buat Abang Farid, jangan sedih-sedih... nanti Mummy selalu upload gambar adik Firdaus supaya abang boleh tengok ye...
4 comments
Selamat hari raya aidilfitri buat k.amie sekeluarga....
BalasPadamAmie.selamat hari raya aidilfitri.comelnya firdaus.
BalasPadamAbang pun jangan sedih2.nanti cuti boleh balik lagi
Salam lebaran Amie. Kalau akk ada di kk, boleh kita jumpa. Syg....kami masih di semenanjung. Abg belajar di labuan rupanya. Moga abg dpt tenang dlm peperiksaan ye.
BalasPadamSemangatnya firdaus...
BalasPadam