Doa Yang Baik-Baik Untuk Jusna di Hari Ulang Tahun
11:51 PGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini hari ulang tahun Fairuz, tetapi orangnya masih dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu. Jadinya, entri ini sebenarnya berkaitan dengan sambutan ulang tahun juga tetapi tarikh dan orang yang berbeza.
Amie ambil masa untuk menulis entri ini kerana setiap kali Amie terkenang, air mata tak semena-mena akan menitis. Dalam entri Kepulangan Yang Tidak Ternilai, Amie coretkan tentang bagaimana tugasan Amie dalam Program Perkampungan Ilmu SPM semasa cuti sekolah diambil alih oleh Jusna, dan memberi peluang Amie balik kampung ziarah Bonda. Walaupun Jusna mempunyai tugasan sendiri tetapi beliau sanggup ringankan beban yang Amie tanggung. Terima kasih yang tidak terhingga buat Jusna yang juga dibantu oleh Johnny dan Razimah.
10 September 2026, bersamaan hari Khamis merupakan hari ulang tahun Jusna. Alhamdulillah, tertunailah hasrat hati untuk meraikannya di ladang bersama rakan-rakan. Ini sahajalah sahaja caranya Amie ingin terjemahkan rasa terima kasih sekalung budi untuk Jusna.
| Doa yang baik-baik untuk Jusna. |
Surprise untuk Jusna di pintu masuk bilik guru.
| Antara juadah yang disediakan. |
Amie masak Rendang Daging dan Ayam Palekko serta menempah buras, kek Pandan Gula Melaka, kuih Nona Manis dan Bingka Ubi serta minuman nescafe susu panas. Waktu rehat, kami meraikan hari ulang tahun Jusna bersama rakan-rakan sesi pagi termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.
Tak dapat hendak tulis banyak, hati masih rasa sebak!
Semoga menjadi kenangan manis buat Jusna dan kawan-kawan di ladang.
Semoga menjadi kenangan manis buat Jusna dan kawan-kawan di ladang.
| Kek Pandan Gula Melaka - Sanah Helwah Jusnawati. |
| Kuih Nona Manis |
| Bingka Ubi |
Selain makan di ladang, Amie berbagi rezeki ini bersama jiran tetangga.
| Buras |
| Rendang Daging |
| Ayam Masak Palekko |
Banyak jenis lauk boleh dinikmati bersama buras seperti serondeng kelapa, sambal ikan bilis, ayam masak palekko, ayam masak lengkuas dan sebagainya. Amie memilih untuk masak ayam palekko. Sebenarnya menu yang satu ini menggunakan banyak cili padi dan sudah tentu rasanya sangat pedas. Amie olah dengan mengurangkan jumlah cili padi supaya tidak terlalu pedas. Hurrmmm.... nampaknya apabila ayam masak palekko menu Bugis berada di tangan orang Jawa.... bagaimanakah rasanya? Alhamdulillah, Ayam Palekko turut licin bersama Rendang Daging. Amie tambahkan cili padi bulat-bulat. Jadi kalau yang ingin lebih pedas, bolehlah picit cili padi sewaktu makan
| Resipi Ayam Masak Palekko janaan ChatGPT. |
Terima kasih Jusna dan kawan-kawan. Semoga silaturrahim di antara kita terus berpanjangan hingga ke syurga Allah. Amin.
12 comments
Meriah makanannya!
BalasPadamBuras? saya belum pernah dengar apatah lagi merasa.
Happy belated birthday buat puan Jusna. Semoga dipermudahkan segala urusannya.
BalasPadamBestnya dapat merasa airtangab cikgu amie 🤭
Selamat hari lahir Jusna. Semoga yang baik2 mengiringi. Sedapnya kuih nona manis tu.
BalasPadamSanah helwah utk Cg Jusna 💐
BalasPadamMeriah dan istimewa sekali tanda penghargaan dan keraian dari Kak Amie. Baarakallah !
happy belated birthday Jusna
BalasPadamorang baik ramai yg sayang...
semua makanan utk meraikan jusna sedap2 belaka esp kuih nona manis tuuuuuu
Happy Belated Birthday Juana. Moga sihat ceria selamanya
BalasPadamHappy Belated Birthday Jusna. Moga sihat ceria selamanya.
BalasPadamAlaa, typo awalnya.
Happy belated birthday untuk teman kakak, kak jusna. Saya ikut doakan selalu dalam lindungan Allah, dimudahkan segala urusannya Krn beliau pun memudahkan urusan orang lain ❤️.
BalasPadamSedaaap semua menu buras memang cocok dimakan dengan lauk apapun ya kak. Sayapun lebih suka buras kalau dah makan dengan lauk Makasar
Alhamdulillah Allah hadirkan insan yang baik-baik. Selamat ulang tahun Puan Jusna. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...
BalasPadamDi kesempatan tu, dapat juga Kak Amie berkongsi dengan mereka. Semoga Allah mewahkan lagi rezeki kak Amie sekeluarga dan dipermudah segala urusan. Aamiin...
Selamat ulang tahun jusna. Pertolongan yang begitu besar ertinya buat amie Dan rasa tidak terbalaskan pertolongan jusna itu. Semuga amie Di temukan Dan Di kelilingi dengan orang baik 2
BalasPadamSanah helwah buat Cg Jusna! Masya-Allah, indahnya ukhuwah dan nilai persahabatan Kak Amie dan Cg Jusna. Memang besar sungguh budi insan yang sudi bantu meringankan beban kita masa memerlukan. Semoga Cg Jusna dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan. Moga persahabatan Kak Amie dan rakan-rakan berpanjangan hingga ke syurga Allah
BalasPadamHappiest birthday buat Cikgu Jusna.
BalasPadamRezeki dapat rakan sekerja yang sangat memahami.