Bonda Teringin Makan Nasi Goreng Cekuk @ Cekur Manis dengan Hati Ayam
12:54 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu Bonda berada di wad, Wak Aton kata Bonda tidak ada selera makan. Tiba-tiba pada hari kedua Bonda teringin makan keladi goreng. Amie ikuti segala perkembangan Bonda melalui WhatsAap Group keluarga. Mencarilah anak dan cucu keladi goreng sampai ke Setia Alam. Tidak jumpa. Kata mereka, ketika ada orang jual keladi goreng, tidak dipandang. Apabila perlu, tidak ada pula. Akhirnya Wak Aton kata, sudah jumpa keladi goreng di kampung. Dibawanyalah ke Hospital UiTM Puncak Alam.
Hari seterusnya Bonda hendak makan Nasi Goreng Cekuk @ Cekur Manis dengan Hati Ayam. Wak Aton kata, suaminya gorengkan nasi dan hantar ke hospital. Alhamdulillah, melalui video yang dikongsi nampak Bonda sedang makan Nasi Goreng Cekuk @ Cekur Manis dengan Hati Ayam.
Cerita tentang hati ayam, teringat pula zaman dahulu orang tua-tua larang anak-anak makan hati, jantung, mempedal, tongkeng dan telur muda. Kata mereka hanya orang tua-tua sahaja yang boleh makan. Kalau masak untuk kenduri, memang orang tertentu sahajalah yang boleh makan seperti nenek dan mak bidan. Kita pun tidak pernah persoalkan mengapa hanya golongan tertentu sahaja yang boleh makan. Cuma dalam hati berkata: Nanti apabila sudah tua bolehlah aku makan 'jerohan @ organ dalaman ayam'.
| Nasi Goreng Cekuk @ Cekur Manis dengan Hati Ayam |
| Hati Ayam & Cekuk @ Cekur Manis |
Tengah hari kelmarin, selesai sahaja aktiviti kokurikulum, Amie singgah di pasar beli hati ayam dan cekuk @ cekur manis. Sampai rumah, Amie terus ke belakang dapur petik cili padi putih. Nanti bolehlah dijadikan perencah nasi goreng.
Di Sabah, biasanya cekur manis tidak banyak daun. Cekur manis dipetik pada bahagian atas iaitu pucuknya yang lembut. Dalam gambar di atas menunjukkan pucuk cekuk @ cekur manis yang hanya dipetik dari pucuknya yang muda.
Gambar atas : Nasi Goreng CM & HA kelmarin.
Gambar bawah : Nasi Goreng CM & HA pagi tadi.
Bahan-bahan:
- 2 cawan nasi putih sejuk
- 5 ketul hati ayam
- 1 cawan cekuk @ cekur manis
- garam / perasa/ pilihan / stock ayam / perencah nasi goreng kampung
- 1 labu bawang besar - cincang
- 3 ulas bawang putih - cincang
- 1 tangkai cili merah / cili padi - ikut kepedasan yang diingini
- 3 sudu besar minyak
Cara memasak:
- Gaul hati dengan sedikit garam. Goreng hingga masak. Angkat dan toskan. Potong saiz kecil.
- Tinggalkan 3 sudu besar minyak dalam kuali.
- Masukkan bawang besar, bawang putih dan hirisan cili merah / cili padi.
- Apabila bawang sudah kuning keemasan, masukkan nasi sejuk. Gaul rata. Biarkan sehingga keluar sedikit asap.
- Masukkan bahan perasa pilihan secukuonya.
- Taburkan cekuk @ cekur manis dan juga hati ayam goreng.
- Gaul beberapa kali sehingga cekuk @ cekur manis berubah warna.
- Padamkan api dapur.
14 comments
Semuga bonda semakin berselera makan untuk menambah kan tenaga. Betul tu memori masakan waktu dahulu kadang satu kenangan yg tidak pernah pada. Aruah mak tak bagi makan bontot ayam Dan leher ayam. Kita punya lah tak berani nak makan sekali dah tersalah makan rupanya sedap leher ayam masak sup. Yg bontot pula paling berlemak.
BalasPadamEh kita terbalik pula kak 😄. Kalau dulu saat saya kecil, justru hati ayam, rempela, jeroan, itu anak2 yg banyak makan. Mama selalu paksa kami makan hati ayam. Tp mama dan papa tak makan. Mereka bilang utk anak2 saja Krn masih muda. Kalau dah tua, tak boleh makan jeroan , hati dan rempela. Sebab kolesterol 😄.
BalasPadammcm mana keadaan bonda kak amie skrg?
BalasPadamkalau sy dulu kepala ikan. tak tahu laa kenapa tak bagi mkn kepala ikan. nnt benak katanya
tp dah besar kenainnn lagi mkn kari kepala ikan hahahhaa
hati ayam kalau masak mcm ni sy boleh mkn. kalau ratah gitu je mmg tak lalu sgt hehehhe
Makanan di hospital ni kadang2 mmg tak kene dengan tekak kite. Masa sy admitted dulu, sedap tak sedap kite terpaksa makan je. lagi satu portion nye sikit sangat, mmg tak cukup, sentiasa lapo masa kat hospital... hehehe
BalasPadamAlamak.. jauhnya cari keladi goreng sampai Setia Alam sana.
BalasPadamSedap betul jeroan ungkep. Masakan paling sedap untuk jeroan. Meresap bumbunya.
Nasi goreng ck dan ha kelihatannya menyelerakan.
BalasPadamHusband suka hati, saya suka pedal. Lagi-lagi kalau dalam sambal goreng jawa
BalasPadamKeladi goreng memang agak susah nak jumpa orang jual tepi jalan... tapi kalau belah selangor yang ramai jawa mungkin ada. Itu feveret dana tu keladi goreng kak. Nasi goreng cekur manis tu tak pernah jumpa nampak menarik betul.
BalasPadamKreatif betul Kak Amie! First time dengar lempeng nangka cicah serawa nangka. Berganda-ganda harum dan manis nangkanya tu. Memang terliur tengok
BalasPadamAlhamdulillah, gembira tengok Bonda dah ada selera makan. Bila orang tua tak sihat, memang masakan spesifik macam ni dapat membangkitkan selera. Semoga Bonda Kak Amie cepat sembuh dan sentiasa sihat ye..SA suka je makan hati ayam..suami lagi la memang fav dia..Sebulan sekali SA mesti akan masak hati ayam goreng berlada
BalasPadamSyafakillah untuk bonda kak Amie...menarik nasi goreng dengan cekur manis tu...
BalasPadamCie tak suka hati. Pedal Cie suka. Kat rumah memang tak masak hati. Beli ayam super takde organ dalaman. Semoga bonda kak amie cepat sihat.
BalasPadamSedapnya nasi goreng cekur dengan hati. Moga Bonda terus berselera, bertenaga dan sembuh secepatnya.
BalasPadamBegitulah kan, masa kita mencari payah betul nak jumpanya. Alhamdulillah dapatlah bonda kak Amie makan apa yang dihajati.
BalasPadamAgaknya disebabkan tulah kot saya tak makan organ dalaman tu. Sebab fikir orang-orang tua je makan. Dah besar ni pun tak pulak rasa teringin nak makan. Pernahlah rasa paru, pedal ayam, hati. Telur muda tu apa Kak Amie?
Saya fikir cekur manis ni adalah pucuk manis. Bila tengok gambar lain pulak. Jadi sayur yang berbeza lah.
Menyelerakan tengok nasi goreng kak Amie masak ada sayur dan campuran hati ayam.