Sarapan Seketul Roti

2:22 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan 07 Februari 2025 - Jumaat - Hotel Abades Loja.

Masuk waktu subuh - 06:45 pagi.
Waktu sarapan - 07:00 pagi.
Bertolak ke Alhambra - 07:45 pagi.

Meja sarapan.


Ketika kami masuk ke dewan makan, suasana terasa sepi dan suram. Kami dikehendaki turun sarapan awal memandangkan pukul 7:45 pagi bas akan membawa kami ke destinasi pertama iaitu melawat Alhambra.


Sarapan yang disediakan hanyalah roti. Kami ambil seketul seorang dan panggang sendiri.


Inilah sahaja juadah pagi yang disediakan untuk kami.
Apabila kami pertikaikan tentang penyediaan sarapan untuk kami, pihak hotel memaklumkan bahawa tukang masak datang pada pukul tujuh pagi, dan kami pula waktu itu sudah bersedia untuk bersarapan. Menurut pihak hotel, sarapan yang sepatutnya ada telur, sayuran dan lain-lain.
Tour leader menerangkan kepada kami bahawa kami perlu tinggalkan hotel lebih awal sebab hendak kejar masa supaya tidak terlewat sampai ke Alhambra. 
Baiklah. Kami faham.


Roti pun rotilah. Boleh sapu dengan mentega, madu atau pun jem.


Setiap meja disediakan dengan satu jug jus epal dan juga muffin.


Roti yang sudah dipanggang ini Amie sapukan dengan mentega dan jem.


Tour leader mengagihkan kepada kami buah strawberi yang dibelinya sewaktu berada di Chefchauen, Morocco dua hari lepas.


Pagi sedingin 1'C itu, kami bayangkan sedang celup roti ke dalam mangkuk sup panas!


Oleh kerana tidak banyak pilihan makanan jadi tidaklah perlu berlama-lama di ruang makan. 
Kami bergerak ke ruang menunggu.


Bergambarlah foto sekeping dua di sini.




Tepat 07:45 bas sudah tiba, berhenti tepat di hadapan pintu masuk hotel.




Kelihatan langit pagi yang membiru dan kakinya yang berwarna jingga disimbahi cahaya matahari.






Ketika bas meninggalkan Hotel Abades, sempat melihat bacaan suhu pada pukul 7:46 pagi. Masih 0'C.


Sempat rakam gambar pemandangan dari tingkap bas, melihat suasana pagi di Loja.










Sekali lagi melirik bacaan suhu pada pukul 8:37 pagi. 1'C.
Alhambra semakin kami dekati!


Beginilah pemandangannya ketika kami tiba di pintu masuk Alhambra. Musim sejuk yang amat dingin tapi nyaman. Pohon-pohon dengan rantingnya yang kering menyambut kedatangan kami.


Bienvenidos a la Alhambra.


7 comments

  1. Jarang berlaku begini di hotel. Kena panggang sendiri pula rotinya. Tukang masak datang lambat pula. Kita makan apa yang ada je lah kan kak Amie. Makanan pun tak banyak pilihan. Asalkan perut terisi. Sedap tu kalau cuaca sejuk, dapat cicah roti dengan sup panas. Bangunan luar hotelnya cantik. Sedap mata memandang, pagi-pagi dijamu dengan permandangan indah.

    BalasPadam
  2. Matahari depa lambat naik.. 7.45 pagi masih agak gelap dan sunyi.
    Agaknya kat sana style sarapan pagi lewat sebab tukang masak pun hanya sampai jam 7 pagi.

    BalasPadam
  3. Nampak macam pokok limau je di sebalik ranting kering. Langit cantik pagi-pagi

    BalasPadam
  4. makan sekadar alas perut utk teruskan langkah kembara ya

    BalasPadam
  5. Alhambra is on my bucket list Kak Amie! One day jika Allah izinkan.
    Wpun sekeping roti tapi nampak lazat bila dipotret oleh Kak Amie :D

    BalasPadam
  6. Roti pun sedap jugak bila sapu jem tu. Boleh la buat alas perut kan.

    BalasPadam
  7. Uncle pun kalau roti ada keju & jem dah memadai dah....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe