Makan Mee Tarik Lan Zhou Chinese Muslim Food
10:30 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Apabila Firdaus tahu kami ubah haluan dari Semporna ke Tawau, tidak henti-hentilah dia beri peringatan supaya kami makan di Mee Tarik Lan Zhou. Januari 2025 lepas, sewaktu hantar Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah ke Airport Tawau, kami bermalam dahulu di Heritage Hotel. Malam itu mereka makan di Mee Tarik Lan Zhou tetapi Amie tidak ikut serta.
Mee Tarik Lan Zhou |
Mee Tarik Lan Zhou merujuk kepada mi yang ditarik tangan, keistimewaan Lan Zhou, China, dan sering dihidangkan di restoran yang mengkhusus dalam masakan Lanzhou. Di Tawau, Sabah, Mee Tarik Lanzhou (Makanan Muslim Cina) ialah restoran popular yang terkenal dengan mi tarik tangan.
Selepas kami daftar masuk LA Hotel, kami berehat seketika dan apabila jam menunjukkan angka 4:30 petang, kami keluar mencari makan sebab perut sudah berasa lapar. Kami turuti keinginan Firdaus untuk makan mni tarik. Tak sabar nampaknya Firdaus hendak masuk Mee Tarik Lan Zhou.
Sibuklah Firdaus tunjukkan chili oil yang katanya sangat sedap dimakan bersama mi tarik. Katanya, Mommy mesti cuba chili oil!
Amie - Air Buang Panas |
Pesanan pertama sampai di meja ialah air bunga panas. Harga semangkuk RM6.00. Didatangkan bersama termos berisi air panas. Boleh tuangkan air panas sekiranya air dalam mangkuk habis.
2-3 mangkuk jugalah Amie hirup air buang panas. Terasalah badan berwap dan jadi peluh. Ringan rasa kepala!
Firdaus : Braised Beef Soup with Pull Noodles |
Suka betul Firdaus makan sup mi tarik dengan daging. Katanya, dagingnya lembut sangat. |
Encik Suami : Cumin Lamb with Pull Noodles |
Amie : Mi Tarik dengan Isi Ikan & Cendawan |
Mi Tarik Amie dan Encik Suami didatangkan bersama semangkuk sup kosong yang sedap. |
Firdaus mengingatkan Amie supaya makan mi tarik dengan chili oil. Baiklah. Rasa chili oil tidaklah pedas. Patutlah berkali-kali Firdaus menambah chili oil dalam mangkuk sup mi tariknya!
Dumpling inti ayam campur daging. |
Tambahan pesanan, dumpling inti daging campur ayam. Kami memesan dumpling yang digoreng setelah pelayan restoran menjelaskan ramai pelanggan memilih dumpling goreng berbanding dumpling kukus. Sampai di meja, kami sama-sama ketawa melihat rupa dumpling seperti separuh goreng separuh kukus.
Kesemua makanan berharga RM55,00.
Selepas makan, kami jalan-jalan di tepi laut melihat kapal-kapal yang berlabuh berhampiran jeti di Pelabuhan Tawau. Kemudian kami shopping. Begitulah ceritanya pada hari ini. Jalan-jalan santai sahaja, hendak ringankan kepala.
0 comments