Sanah Helwah Encik Suami
8:59 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin, 17 Jun 2025 Encik Suami bertambah umurnya. Kami raikan secara kecil-kecilan dengan menjemput semua adik-beradik Encik Suami, ipar duai dan anak-anak buah yang berkelapangan. Semua juadah yang disediakan merupakan sumbangan anak-anak, Farid , Fuad dan Fairuz. Kita hanya masak sahaja. Keknya pula kiriman daripada Abang Aznan. Walaupun jauh di Kota Kinabalu, tetapi ingatan ikhlas daripadanya disampaikan oleh wakil keluarganya pada malam itu. Terima kasih anak-anak dan juga anak buahn, Abang Aznan. Semoga bertambah rezeki kalian.
Kek SR daripada Abang Aznan. |
Alhamdulillah, semua adik-beradik Encik Suami dapat bersama-sama meraikan majlis ulang tahunnya malam semalam.
Video rakaman kenangan majlis ulang tahun Encik Suami.
Rakaman video ulang tahun anak Huda dan Encik Suami.
Pada 14 Jun 2025 bersamaan hari Sabtu Huda, anak buah sambut ulang tahun anaknya yang ke lima tahun. Huda jemput kami ke majlis sambutan tersebut dan pada masa yang sama mereka turut meraikan ulang tahun Encik Suami.
Amie masak nasi dagang dengan gulai ikan tongkol. Lama sungguh tak makan nasi dagang. Kita pun masak dengan bersungguh-sungguh tetapi mungkin disebabkan penat, tak dapatlah hendak menikmati sepenuhnya pada malam itu. Amie masak lebih dan simpan dalam peti sejuk. Hari ini Amie ada kelas tambahan untuk calon SPM di ladang. Balik lewat petang. Sampai rumah terus panaskan semula nasi dagang dan baki gulai ikan tongkol.
Sedapnya! Kena masuk bakul angkat sendiri.... ahaks!
Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol |
Walaupun acar nampak layu sebab sudah masuk peti sejuk tapi berkali-kali menambah masuk pinggan. Ikan tongkol pun hanya tinggal isi sebab sudah dibuang tulang. Yang penting kuahnya sangat sedap. Alhamdulillah, walaupun yang dijamu orang Negeri di Bawah Bayu, tetapi mereka menikmati hidangan dari negeri pantai timur semenanjung. Sebelum ini pun mereka sudah biasa makan nasi dagang air tangan Amie sewaktu hari raya.
Terima kasih resipi nasi dagang yang pernah dikongsi oleh rakan sekerja dari Kelantan dan Terengganu di sini:
5 comments
Kalau di sabah susah lah kan nak jumpa nasi dagang?
BalasPadamRasanya boleh try jual ni, baru laku 😂
Ya, jarang jumpa di LD kecuali di bazar Ramadan. Kalau di Kota Kinabalu memang ada.
PadamSelamat ulang tahun encik suami Kak Amie dan juga si kecil. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik, bahagia bersama keluarga tercinta dan dipermudah segala urusan. Aamiin...
BalasPadamSeronoklah encik suami Kak Amie, adik beradik semua ada datang meraikan hari ulang tahun. Murah rezeki macam-macam kiriman dari anak-anak dan anak buah.
Kak Amie masak kot. Mana pernah tak sedap. Walaupun tak pernah merasainya. Tengok rupa pun tahu sedap. Tak payah angkat bakul kak Amie. Saya tolong angkatkan. hihi...
Sedap nya nasi dagang Kak Amie ni. Boleh ambil order ni di LD.
BalasPadamSanah Helwah untuk suami Kak Amie.
Alhamdulillah.. Selamat ulangtahun kelahiran untuk suami Amie. Sem9ga sihat2 selalu... Aamin2.
BalasPadamBaru lah terjawab persoalan linda, suami Amie orang sana rupanya.. Hihihi