Makan Malam : Ensaladas Variadas, Pesacado Del Dia y Postre
12:10 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Dalam kedinginan malam mencecah bacaan 3'C , kami sampai di Hotel Abades Loja, Sepanyol. Memandangkan sudah lewat sembilan malam, kami diarahkan menuju ke pintu kafetaria. Selepas makan malam barulah masuk ke bilik.
Menu Del Dia |
Di kesempatan ini, bolehlah belajar serba sedikit perkataan Sepanyol. Antaranya:
Menu del dia: Daily menu
Primero a alegir : Choose your first course
Segundo a elegir : Coose your second course
Postre, Pan y Bebida : Dessert, Bread and Drink
Ada dua harga makanan yang tertera iaitu 15.50 EURO untuk (menu diario - menu harian) dan 17.00 EURO (fines de semana y festivos - hujung minggu dan cuti). Oooo... rupanya harga berbeza mengikut hari biasa dan hujung minggu atau cuti.
Plato del dia : Hidangan hari ini
Filete de Ternera a la Parrilla : Grilled Veal Fillet
Harganya 10.90 EURO (RM60+++)
laboradas diariamente de forma tradicional :
potaje de garbanzos : rebus kacang ayam
lentejas : lentil
potaje de alubias blancas : rebus kacang putih
patatas guisadas : kentang rebus
poteja de habichuelas : periuk kacang hijau
sopa de picadillo : sup daging cincang
cazuela de fideos : mi kaserol
potaje de alubias blancas : rebus kacang putih
patatas guisadas : kentang rebus
poteja de habichuelas : periuk kacang hijau
sopa de picadillo : sup daging cincang
cazuela de fideos : mi kaserol
Tray / Dulang untuk mengambil makanan. |
Hidangan untuk kami yang berharga 15.50 EURO akan mengandungi:
- Menu pertama
- Menu kedua
- Dessert, Roti dan Minuman
Banyak pilihan menu yang disediakan tetapi di bawah ini Amie hanya kongsikan beberapa nama menu pertama dan kedua.
Primeros - menu pertama:
- cocido Andaluz - stew Andalusia
- ensaladas variadas - aneka salad
- macarrones bolonesa - makaroni Bolognese
- menestra de verduras - rebusan sayur
Segundos - menu kedua:
- berenjena rellena - terung sumbat
- pollo a la plancha - ayam bakar
- rollito de carne - gulungan daging
- pesacado del dia - ikan
Untuk menu pertama, kami boleh mengambil makaroni, sayur rebus, aneka salad dan sup. Kesemuanya sudah tersedia di dalam pinggan dan mangkuk.
Menu kedua pula, pelayan kafetaria akan bertanya, menu manakah yang kami pilih. Mereka akan senduk dari dulang makanan dan letakkan di dalam pinggan.
Kami juga boleh mengambil dessert pilihan, minuman dan juga roti.
Pelbagai pilihan pencuci mulut. |
Apa yang ada di atas dulang makanan itulah menu pilihan kami dan tidak boleh ditambah. Jadinya menu Amie makan itu ialah ensalads variadas (aneka salad) pesacado del dia (ikan yang dihidangkan hari ini - ikan salmin) dan pencuci mulut. Perkataan 'dan' ialah huruf 'y' sahaja.
Ikan Salmon & Kentang |
Aneka Salad - Ensaladas Variadas |
Pencuci Mulut |
Cukuplah makanan pilihan malam itu. Biarpun sekadar sekeping ikan salmon bersama kentang, salad dan pencuci mulut tapi perut tak dapat terima semua kerana saiznya yang besar. Pinggan salad memang penuh hidangan sihat, tapi sangat banyak untuk satu mulut! Apapun Alhamdulillah dengan rezeki Allah di negara yang jauh beza makanannya dengan negara kita.
Jumpa lagi! |
2 comments
Aduh, susah betul nak menyebut menunya. hihi...Banyak menu pilihan tu kak Amie. Tapi kalau dah potongan salmon besar dan kentang pun karbo, rasa kenyang tu dah cukup. Alhamdulillah. Yang penting perut terisi dan dapat merasai makanan di tempat orang.
BalasPadamTengok pinggan salad tu pun…membukit! Memang sangat banyak hidangannya.
BalasPadam