Sarapan Seketul Roti
2:22 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Catatan 07 Februari 2025 - Jumaat - Hotel Abades Loja.
Masuk waktu subuh - 06:45 pagi.
Waktu sarapan - 07:00 pagi.
Bertolak ke Alhambra - 07:45 pagi.
Meja sarapan. |
Ketika kami masuk ke dewan makan, suasana terasa sepi dan suram. Kami dikehendaki turun sarapan awal memandangkan pukul 7:45 pagi bas akan membawa kami ke destinasi pertama iaitu melawat Alhambra.
Sarapan yang disediakan hanyalah roti. Kami ambil seketul seorang dan panggang sendiri.
Inilah sahaja juadah pagi yang disediakan untuk kami.
Apabila kami pertikaikan tentang penyediaan sarapan untuk kami, pihak hotel memaklumkan bahawa tukang masak datang pada pukul tujuh pagi, dan kami pula waktu itu sudah bersedia untuk bersarapan. Menurut pihak hotel, sarapan yang sepatutnya ada telur, sayuran dan lain-lain.
Tour leader menerangkan kepada kami bahawa kami perlu tinggalkan hotel lebih awal sebab hendak kejar masa supaya tidak terlewat sampai ke Alhambra.
Baiklah. Kami faham.
Roti pun rotilah. Boleh sapu dengan mentega, madu atau pun jem.
Setiap meja disediakan dengan satu jug jus epal dan juga muffin.
Tour leader mengagihkan kepada kami buah strawberi yang dibelinya sewaktu berada di Chefchauen, Morocco dua hari lepas.
Pagi sedingin 1'C itu, kami bayangkan sedang celup roti ke dalam mangkuk sup panas!
Oleh kerana tidak banyak pilihan makanan jadi tidaklah perlu berlama-lama di ruang makan.
Kami bergerak ke ruang menunggu.
Tepat 07:45 bas sudah tiba, berhenti tepat di hadapan pintu masuk hotel.
Kelihatan langit pagi yang membiru dan kakinya yang berwarna jingga disimbahi cahaya matahari.
Ketika bas meninggalkan Hotel Abades, sempat melihat bacaan suhu pada pukul 7:46 pagi. Masih 0'C.
Sempat rakam gambar pemandangan dari tingkap bas, melihat suasana pagi di Loja.
Sekali lagi melirik bacaan suhu pada pukul 8:37 pagi. 1'C.
Alhambra semakin kami dekati!
Beginilah pemandangannya ketika kami tiba di pintu masuk Alhambra. Musim sejuk yang amat dingin tapi nyaman. Pohon-pohon dengan rantingnya yang kering menyambut kedatangan kami.
Bienvenidos a la Alhambra. |
5 comments
Jarang berlaku begini di hotel. Kena panggang sendiri pula rotinya. Tukang masak datang lambat pula. Kita makan apa yang ada je lah kan kak Amie. Makanan pun tak banyak pilihan. Asalkan perut terisi. Sedap tu kalau cuaca sejuk, dapat cicah roti dengan sup panas. Bangunan luar hotelnya cantik. Sedap mata memandang, pagi-pagi dijamu dengan permandangan indah.
BalasPadamMatahari depa lambat naik.. 7.45 pagi masih agak gelap dan sunyi.
BalasPadamAgaknya kat sana style sarapan pagi lewat sebab tukang masak pun hanya sampai jam 7 pagi.
Nampak macam pokok limau je di sebalik ranting kering. Langit cantik pagi-pagi
BalasPadammakan sekadar alas perut utk teruskan langkah kembara ya
BalasPadamAlhambra is on my bucket list Kak Amie! One day jika Allah izinkan.
BalasPadamWpun sekeping roti tapi nampak lazat bila dipotret oleh Kak Amie :D