Makan Malam di Roof Garden Kounge Lai Alliance Hotel
6:44 PGBismillahirrahmanirrahim.
Di tempat penginapan kami ada tempat makan di tingkat 10 bangunan, dengan kata lain di rooftop. Dibuka dari pukul 4:30 petang hingga pukul 1:00 malam. Kami tidaklah lapar sangat tetapi hendak juga makan makanan ringan-ringan dan minuman panas.
Tempat makan di sini tenang dan selesa tetapi cahaya lampunya suram-suram saja. Gambar pun tidak berapa jelas. Dari atas bumbung hotel boleh kita lihat persekitaran bandar Tawau yang penuh cahaya lampu.
Puas hati dapat makan Nachos Supreme yang membuka selera. Terhidang dalam keadaan panas dengan lelehan keju dan daging cincang di atas kerepek kentang yang rangup. Oleh kerana Nachos Supreme datang dahulu, jadi kami makan bertiga. Puas hati dapat makan tapi tak puas makan sebab ada dua pembantu di kiri kanan.... ahaks!
Encik Suami : Honey Lemon |
Amie : Apple Juice |
Kononnya hendak minuman panas, tapi terpesan pula jus epal. Sedap pula rasanya, masam manis dengan campuran asam boi.
Firdaus : Soft Drink |
Firdaus : Crispy Chicken Chop |
Nampak kuning keemasan chicken chopnya. Garing di luar, lembut didalam. Firdaus memang begitulah, kentang goreng juga yang dicari.
Encik Suami : Thai Beef Salad |
Thai Beef Salad |
Inilah rupa salad segar dari negeri tropika di seberang sana. Dalam semangkuk Thai Beef Salad mengandungi daun salad segar, hirisan timun, nanas, tomato serta cili dan bawang Holland. Duduk berterabur di atasnya tapi nampak anggun sudah tentunya daging panggang sebagai pelengkap hidangan. Rasa sos Thai menjadi penambah aroma dan rasa yang begitu sempurna untuk dinikmati.
0 comments