Bienvenido al Hotel Abades Loja - Welcome to Hotel Abades Loja
7:26 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Apabila perut sudah kenyang, badan pula letih! Nak buat apa? Tentulah hendak berehat. Campakkan beg, dan campakkan diri atas katil. Tidur nyenyak hingga ke pagi! Apalagi, sebaik sahaja buka tolak daun pintu, terus terpandang katil bercadar jingga yang menghangatkan. Memang betul-betul mengundang diri untuk terus rebah di atas tilam.
Bilik 229 Hotel Abades Loja |
Hotel Abades Loja terletak di KM189, Loja, Granada, Spain. |
Selamat Datang ke Hotel Abades |
Dalam almari di sebelah sanun ada dua helai selimut. Tapi bantalnya leperlah pulak. Kita lipat bantal supaya lebih tinggi sewaktu tidur.
Bilik hotel ini nampak ringkas sahaja.
Selama kami kembara, tak pernahlah sempat buka televisyen di mana-mana hotel.Jom masuk bilik air.
Apa boleh buatlah, tandasnya memang sama, seperti tandas di negara Eropah yang lain.
Bilik air di hotel ini gaya lama, ada bath tub. Ikutkan hati hendak berendam lama-lama dalam air hangat, tapi memikirkan sudah larut malam jadi celuo-celup dan siram-siram sikit sajalah. Memikirkan sudah berjalan jauh di lorong-lorong sekitar Albaizin, entah apa benda yang mengikut dan melekat... ahaks! Baiklah bersihkan badan sebelum tidur.
Air mineral ini Amie beli di kafetaria. Rasanya waktu siang tidak cukup minum air 500 ml yang dibekalkan! Hendak minum banyak takut tak jumpa toilet pula, maklumlah dalam bas tidak ada toilet. Risau juga badan kurang air, jadi teguk sahajalah air mineral. Harapnya tidaklah terbangun waktu malam untuk ke bilik air. Sudahlah suhu sangat sejuk.
Sudah selesai bersihkan diri, terus tunaikan solat jamak maghrib dan isya. Tidak tunggu lama untuk tarik selimut.
Bismika Allahumma ahya wa amut. |
Ketika terjaga pukul 4 pagi, suhu sudah mencecah 0'C.
Pagi ini kena bersiap awal, sarapan awal dan bergerak awal menuju ke Alhambra.
3 comments
Katil, langsir warna kuning ala2 diraja gitu 😁 walaupun hotel lama, tapi nampak selesa jugak tu, spacious juga ruangnya
BalasPadamSuhu peti sejuk ni. Leper betul bantalnya tak selesa nak tidur.
BalasPadamBiliknya okaylah walaupun serba lama. Kalau travel ni, bilik hanya persinggahan sementara untuk rehat. Leper sungguh bantalnya. Kalau ada dua boleh juga double kan. Tapi bila dah penat, letak kepala auto tidur terus. Hihi…
BalasPadam