Mexican Tostada & Teman-temannya.
3:31 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tadi, balik dari ladang, singgah cari makan di Beanery Cafe. Hari ini hendak santai-santai sahaja. Kepala yang sakit dari pagi sudah beransur lega. Hairan juga, semenjak hari Sabtu, bangun bagi hendak ke ladang mesti sakit kepala. Balik dari ladang, elok cergas pula. Begitulah, bersambung dari hari Isnin, Selasa, Rabu dan hari ini, Khamis! Pergi ladang bawa kepala yang sakit, balik dari ladang nampak bertenaga!
Amie : Mexican Tostada |
Tostada kelihatannya seperti taco, daripada tortilla jagung goreng. Di atasnya dihias dengan pelbagai aksesori seperti avocado, salad, keju parut dan lain-lain.
Mexican Tostada yang Amie makan ini mengandungi pelbagai toping. Ada ayam cincang, ada cendawan, ada telur, tomato dan daun salad. Wah, Mexican Tostada berpesta dalam mulut! Macam-macam ada.
Dalam pinggan Parmigiana Chicken Chop, tertumpah warna-warni sos di atasnya. Ada keju cair, sos marinara. Tidak ketinggalan coleslow dan kentang lenyek.
Kepingan ayam goreng rangup di luar, lembut di dalam.
Encik Suami : Parmigiana Chicken Chop |
Seteko kecil minuman panas - passion, mangga dan oren. |
Minuman pilihan kami, seteko kecil rasa tropika - passion, mangga dan oren. Masam manis, rasa penuh misteri. Setiap teguk, menghangatkan diri. Segar. Perlahan-lahan kepala menjadi ringan!
Minumlah kami bercawan-cawan (cawan kecil jew).
Matcha Mango Cake |
Tidak lengkap rasanya kalau tidak mencuba Matcha Mango Cake. Rasanya yang manis-manis manja, manis tropika terus membuatkan kami tidak berhenti menyuap ke mulut.
Lapisan hijaunya nampak lembut bagaikan adunan cinta dari timur dan selatan, diwakili teh hijau dari Kyoto dan hirisan mangga dari kebun tropika. Keseimbangan rasa adalah hasil sentuhan lengkap kesemua bahan yang diadun bersama.
Alhamdulillah |
12 comments
Agaknya kena rehat dan bertenang-tenang dulu baru rasa OK, tak pening. Cuti lama ni bolehlah santai-santai sikit. Saya baru tahu kewujudan nama Tostada ni. Kalau Mexican ni mesti ada rasa pedas-pedas sikit.
BalasPadamAir tu bermacam-macam campuran rasa ye. Misteri sungguh, pelbagai rasa. Biasa matcha strawberry, kali ni matcha mango pula ye.
Sedap²nya menu yang disajikan, rasa nak terkam! Belum masuk ladang dah sakit kepala tu memikirkan apa lagi kerja nak kena buat.
BalasPadamsedap nampak masakan mexico
BalasPadamwow..mexicn food lepas balik dari ladang ye Kak Amie....mantop ni...
BalasPadamkalo menu mexican ni saya suka tacos
BalasPadamKalau cuaca panas memang boleh sakit kepala. Ditambah pulak beban di tempat kerja. Nampak menyelerakan semua menu tu.
BalasPadamNyaman bah 😁
BalasPadamMakanan western sedap juga dilayan.. mexican tostada tu nampak menarik..
BalasPadamSaya belum pernah mencoba tostada ini Mbak.
BalasPadamTapi dari fotonya sepertinya sangat mengundang selera.
Matcha Manggo Cake sepertinya terasa segar ketika disuap ya...
Semoga sakit kepalanya cepat hilang Mbak.
Salam,
Menunya sedap- sedap semuanya.
BalasPadamBaca tajuk ingatkan entry makan kat Spain 😅
BalasPadamSemoga sakit kepalanya hilang kak...
haishh... gi ladang je sakit kepala.. tu macam nak kena rehat kat rumah je.
Dulu saya pernah merasakan tiap nak pergi kerja kepala sakit, emosi tinggi selalu. Krn saat itu memang pressurenya gila2an kak. Tp pada akhirnya saya menyerah, dan pilih resign. Baru setelah itu emosi dan sakit kepala mereda 😄. Krn memang sumber sakitnya ketidakcocokan dengan management baru di kantor saat itu. 🤭.
BalasPadamWaah nampak sedap pula masakan Mexico yg ini. Sepintas keripiknya mirip dengan pangsit goreng yg diksh topping