Kunak Chicken Rice

3:35 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Dua tiga hari lepas kita ajak Encik Suami jalan-jalan cari angin segar. Kononnya hari ini hendak ke Semporna tetapi terpaksa batalkan rancangan. Boss Encik Suami orang Semporna, beritahu Encik Suami supaya batalkan hasrat ke Semporna. Rupanya Semporna sudah sesak dengan orang ramai untuk sambutan Regatta Lepa. Walaupun sudah lebih 30 tahun duduk di Sabah, tetapi sekali pun tidak pernah berkesempatan menyaksikan pesta lepa-lepa di bibir laut Semporna. Kita hanya dapat melihat gambar dan video perarakan lepa (perahu berhias) yang megah belayar membawa budaya dan berkongsi warisan hidup masyarakat Bajau.
Pesta ini disambut setiap tahun pada bulan April, tetapi kali ini lajak ke bulan Jun pula. Dengar khabarnya Tuan Yang Terutama Negeri Sabah akan datang ke pesta yang diadakan pada 27-29 Jun 2025.
Dari dulu lagi, ceritanya kereta pengunjung bersusun berkilo-kilometer jauhnya dari laut Semporna. Hotel dan tempat penginapan sudah ditempah berbulan-bulan lamanya. Regatta Lepa bukan sahaja terkenal dalam kalangan masyarakat Bajau dan penduduk di negeri Sabah, malah turut dinantikan oleh pelancong-pelancongdari luar negara.

Tak jadilah hendak ke Semporna. Kami beralih arah ke Tawau sahaja. Pagi tadi, elok jew bangun tidur. Tak adalah rasa sakit kepala seperti hari-hari sebelumnya. Hampir pukul 9 pagi kami bertolak dari LD. Pukul 10 pagi kami sampai di Kunak. Encik Suami ajak sarapan di Kunak Chicken Rice. Kami belum isi perut lagi, cuma minum dan makan biskut sahaja.

Gambar Nasi Ayam Kukus & Goreng dalam katalog.

Melihat gambar nasi ayam dalam katalog, terus terpikat! Pada mulanya hendak makan bihun goreng sahaja. Amie minta nasi ayam kukus. Cantik betul dalam gambar. Pelayan restoran kata, tidak ada nasi ayam kukus. Adui! Kecewa sedikitlah rasa hati. Kemudian kita minta nasi ayam goreng sajalah.

Encik Suami : Kopi

Firdaus : Green Tea Shake

Encik Suami : Wantan Hor

Suka sangatlah Encik Suami dengan hidangan pesanannya sebab banyak sayur!


Allahu Akbar! Terkejut jugalah kita melihat nasi ayam yang dipesan. Tak sama dengan dalam gambar. Tiada sepotong timun pun dan juga segala sos seperti dalam gambar... ahaks! Ayam goreng bahagian dada itu, kalau Abang Farid memang dia cukup suka.

Ayam goreng bahagian dada.


Kata Encik Suami, sambal nasi ayam mungkin  dalam bekas yang sudah sedia ada atas meja. Oh, itulah sambal serba guna, boleh makan dengan mi goreng dan sebagainya.


Kita pun tuanglah sambal tadi di atas ayam goreng. Nasi ayamnya memang ada rasa. Begitulah nasi ayam yang dinanti. Lain tempat lain penyajiannya. Apabila rezeki sudah ada di depan mata, maka bacalah : Bismillah.

Firdaus : Nasi Ayam Masak Butter Basah


Anak-anak memang suka makan masakan begini. Habis licin Firdaus makan.


Kami memesan Sup Jagung udang saiz M. Barangkali kuah sup yang cukup rasa sempurna, kita pun hirup tiga empat mangkuk kecil sup jagung. Walaupun kami bertiga berusaha menghabiskannya namun masih juga berbaki.

Sup Jagung Udang

Hampir pukul 11 pagi, kami teruskan perjalanan melintasi Kunak yang dipenuhi dengan ladang kelapa sawit dan bukit bukau di kiri kanan jalan. Terasa redup dan nyaman. Sayangnya, sepanjang perjalanan ke Tawau, mata terlelap!

18 comments

  1. nasib baik sedap ye kak walau tak lengkap nasi ayam nya...tapi itu lah bila dah tak ada sayur dalam hidangan ni makan rasa hambar kan

    BalasPadam
  2. Ye la kak, nasi ayam tu x sama.macam dalam gambar....wantan hor tu nampak sedap..kalau ada cili potong lagi sedap kan kak...Firdaus selalu menang la dengan pilihan dia....nampak sedap dan ternyata sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang tak best kan SA. Lain dalam gambar lain yang sebenar.

      Padam
  3. Sup jagung udang tu nampak menarik.. makan nasi ayam kena ada 🍅 dgn 🥒 baru la ada nikmat menguyah tu hihii..tak pernah juga dgr pesta lepa lepa tu.. menarik juga utk dilihat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah, lain tempat lain sajiannya walaupun namanya sama.

      Padam
  4. Jauh betul mereka anjakkan masa perayaan tu. Kalau dah buat bulan April lepas, mesti skrg Kak Amie sedang berada di Semporna. Nasi ayam tu nampak hambar bila tak ada timun, salad dan tomato.. mujurlah sedap dan berasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukurlah kami dapat info, kalau tidak memang tersekatlah di Semporna. Alhamdulillah, ada rasa nasinya tu.

      Padam
  5. Sup jagung udang...menarik sekali menu masakan ini, Mbak.
    Suami rupanya suka kopi hitam ya Mbak? Sama dengan saya.

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sup jagung udang itu memang sedap sekali.
      Ya, suami saya suka kopi hitam terutama kalau singgah di warung makan sewaktu dalam perjalanan.

      Padam
  6. Elok jugalah tu tak ke Semporna. Sesak dia boleh buat rugi masa nanti. Ada hikmahnya dapat makan yang sedap sedap disini. Walaupun nasi ayam dia togel, makan dengan sambal pun dah sedap berasa semuanya. Sup jagung udang pun sampai tak terhabis bertiga dibuatnya. Tak dapatlah nak tengok permandangan kalau dah terlelap Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang selalu dengar kalau musin Regatta Lepa di Semporna, sesaknya tak boleh diampunkan hahaaa.
      Ya, lena sangat tidurnya sampai ke destinasi yang dituju.

      Padam
  7. Nasi ayam dia memang semata nasi & ayam je. Sayur takde. Alahai. Teringat masa practical kat Cherating dulu cafe tu jual cantonese hor fan dia sedap. Nampak sama dengan wantan hor tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitukah ceritanya nasi dengan ayam. Wantan Hor memang sedap.

      Padam
  8. Selamat menjamu selera.
    Sangat tak sukanyer kalau order nasi ayam dapat ayam bahagian dada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Wak.
      Sebenarnya nak cakap begitu Wak, tapi masih boleh tahan sabar... ahaks!

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe