Kunak Chicken Rice
3:35 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Dua tiga hari lepas kita ajak Encik Suami jalan-jalan cari angin segar. Kononnya hari ini hendak ke Semporna tetapi terpaksa batalkan rancangan. Boss Encik Suami orang Semporna, beritahu Encik Suami supaya batalkan hasrat ke Semporna. Rupanya Semporna sudah sesak dengan orang ramai untuk sambutan Regatta Lepa. Walaupun sudah lebih 30 tahun duduk di Sabah, tetapi sekali pun tidak pernah berkesempatan menyaksikan pesta lepa-lepa di bibir laut Semporna. Kita hanya dapat melihat gambar dan video perarakan lepa (perahu berhias) yang megah belayar membawa budaya dan berkongsi warisan hidup masyarakat Bajau.
Pesta ini disambut setiap tahun pada bulan April, tetapi kali ini lajak ke bulan Jun pula. Dengar khabarnya Tuan Yang Terutama Negeri Sabah akan datang ke pesta yang diadakan pada 27-29 Jun 2025.
Dari dulu lagi, ceritanya kereta pengunjung bersusun berkilo-kilometer jauhnya dari laut Semporna. Hotel dan tempat penginapan sudah ditempah berbulan-bulan lamanya. Regatta Lepa bukan sahaja terkenal dalam kalangan masyarakat Bajau dan penduduk di negeri Sabah, malah turut dinantikan oleh pelancong-pelancongdari luar negara.
Tak jadilah hendak ke Semporna. Kami beralih arah ke Tawau sahaja. Pagi tadi, elok jew bangun tidur. Tak adalah rasa sakit kepala seperti hari-hari sebelumnya. Hampir pukul 9 pagi kami bertolak dari LD. Pukul 10 pagi kami sampai di Kunak. Encik Suami ajak sarapan di Kunak Chicken Rice. Kami belum isi perut lagi, cuma minum dan makan biskut sahaja.
Gambar Nasi Ayam Kukus & Goreng dalam katalog. |
Melihat gambar nasi ayam dalam katalog, terus terpikat! Pada mulanya hendak makan bihun goreng sahaja. Amie minta nasi ayam kukus. Cantik betul dalam gambar. Pelayan restoran kata, tidak ada nasi ayam kukus. Adui! Kecewa sedikitlah rasa hati. Kemudian kita minta nasi ayam goreng sajalah.
Firdaus : Green Tea Shake |
Encik Suami : Wantan Hor |
Suka sangatlah Encik Suami dengan hidangan pesanannya sebab banyak sayur! |
Allahu Akbar! Terkejut jugalah kita melihat nasi ayam yang dipesan. Tak sama dengan dalam gambar. Tiada sepotong timun pun dan juga segala sos seperti dalam gambar... ahaks! Ayam goreng bahagian dada itu, kalau Abang Farid memang dia cukup suka.
Ayam goreng bahagian dada. |
Kata Encik Suami, sambal nasi ayam mungkin dalam bekas yang sudah sedia ada atas meja. Oh, itulah sambal serba guna, boleh makan dengan mi goreng dan sebagainya.
Kita pun tuanglah sambal tadi di atas ayam goreng. Nasi ayamnya memang ada rasa. Begitulah nasi ayam yang dinanti. Lain tempat lain penyajiannya. Apabila rezeki sudah ada di depan mata, maka bacalah : Bismillah.
Firdaus : Nasi Ayam Masak Butter Basah |
Anak-anak memang suka makan masakan begini. Habis licin Firdaus makan.
Kami memesan Sup Jagung udang saiz M. Barangkali kuah sup yang cukup rasa sempurna, kita pun hirup tiga empat mangkuk kecil sup jagung. Walaupun kami bertiga berusaha menghabiskannya namun masih juga berbaki.
Sup Jagung Udang |
Hampir pukul 11 pagi, kami teruskan perjalanan melintasi Kunak yang dipenuhi dengan ladang kelapa sawit dan bukit bukau di kiri kanan jalan. Terasa redup dan nyaman. Sayangnya, sepanjang perjalanan ke Tawau, mata terlelap!
18 comments
nasib baik sedap ye kak walau tak lengkap nasi ayam nya...tapi itu lah bila dah tak ada sayur dalam hidangan ni makan rasa hambar kan
BalasPadamItulah, terasa kekurangannya.
PadamYe la kak, nasi ayam tu x sama.macam dalam gambar....wantan hor tu nampak sedap..kalau ada cili potong lagi sedap kan kak...Firdaus selalu menang la dengan pilihan dia....nampak sedap dan ternyata sedap
BalasPadamItu yang tak best kan SA. Lain dalam gambar lain yang sebenar.
PadamSup jagung udang tu nampak menarik.. makan nasi ayam kena ada 🍅 dgn 🥒 baru la ada nikmat menguyah tu hihii..tak pernah juga dgr pesta lepa lepa tu.. menarik juga utk dilihat..
BalasPadamBegitulah, lain tempat lain sajiannya walaupun namanya sama.
PadamWow yummy
BalasPadamJemput Syaz.
PadamJauh betul mereka anjakkan masa perayaan tu. Kalau dah buat bulan April lepas, mesti skrg Kak Amie sedang berada di Semporna. Nasi ayam tu nampak hambar bila tak ada timun, salad dan tomato.. mujurlah sedap dan berasa.
BalasPadamSyukurlah kami dapat info, kalau tidak memang tersekatlah di Semporna. Alhamdulillah, ada rasa nasinya tu.
PadamSup jagung udang...menarik sekali menu masakan ini, Mbak.
BalasPadamSuami rupanya suka kopi hitam ya Mbak? Sama dengan saya.
Salam,
Ya, sup jagung udang itu memang sedap sekali.
PadamYa, suami saya suka kopi hitam terutama kalau singgah di warung makan sewaktu dalam perjalanan.
Elok jugalah tu tak ke Semporna. Sesak dia boleh buat rugi masa nanti. Ada hikmahnya dapat makan yang sedap sedap disini. Walaupun nasi ayam dia togel, makan dengan sambal pun dah sedap berasa semuanya. Sup jagung udang pun sampai tak terhabis bertiga dibuatnya. Tak dapatlah nak tengok permandangan kalau dah terlelap Kak Amie.
BalasPadamMemang selalu dengar kalau musin Regatta Lepa di Semporna, sesaknya tak boleh diampunkan hahaaa.
PadamYa, lena sangat tidurnya sampai ke destinasi yang dituju.
Nasi ayam dia memang semata nasi & ayam je. Sayur takde. Alahai. Teringat masa practical kat Cherating dulu cafe tu jual cantonese hor fan dia sedap. Nampak sama dengan wantan hor tu.
BalasPadamBegitukah ceritanya nasi dengan ayam. Wantan Hor memang sedap.
PadamSelamat menjamu selera.
BalasPadamSangat tak sukanyer kalau order nasi ayam dapat ayam bahagian dada.
Terima kasih Wak.
PadamSebenarnya nak cakap begitu Wak, tapi masih boleh tahan sabar... ahaks!