Hasil Karyaku : Anekdot Nasi Campur Kegemaranku

6:35 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar rakan-rakan maya?
Nampak macam masih meriah berhari raya. Maklumlah dua tahun lamanya tidak meraikannya.
Amie pun seronok beraya bersama sanak saudara dan rakan taulan sampai terlupa untuk menyiarkan sebarang entri.
Kali ini Amie paparkan hasil karya yang belum sempat dijadikan entri iaitu Siri Antologi Anekdot Pilihan Hati edisi Nasi Campur Kegemaranku terbitan SYFE.

Antologi Nasi Campur Kegemaranku.

Seramai 22 orang penulis mencoretkan pengalaman di dalam antologi Nasi Campur Kegemaranku ini. Macam-macamlah kisah menarik yang dikongsikan. Walalupun tajuknya berkaitan nasi campur tetapi tidak semestinya penulis menghasilkan karya tentang nasi campur sahaja.

22 orang pengkarya yang terlibat menghasilkan antologi Nasi Campur Kegemaranku.


Amie menyumbangkan dua buah cerita di bawah judul Aku, Nasi dan Kenangan.


Cerita pertama bertajuk : Nasi Goreng Abang Mat. Kisah ini merupakan coretan kenangan sewaktu belajar di Universiti Malaya. Waktu itu kena belajar berjimat cermat. Makan pun sekadar kenyang sahaja. Kalau duit habis sebelum wang biasiswa masuk ke akaun, malu pula hendak minta dengan keluarga. Maklumlah, sebagai anak penoreh getah, berapa sangatlah pendapatan keluarga. 
Nasi goreng Abang Mat murah sahaja, hanya seringgit sebungkus. Kalau nak tambah telur mata, kena tambah 30 sen lagi. Walaupun harga seringgit tetapi kami sangat berpuas hati kerana Abang Mat tambahkan hirisan daging ke dalam nasi goreng. Kuat betul perasa ajinomoto yang Abang Mat bubuh. Tapi itu sahajalah pilihan nasi goreng paling murah ketika itu berbanding di warung lain. Satu lagi, kami petik cili padi yang tumbuh di tepi longkang asrama kami. Siap pesan lagi dengan pekerja pembersihan supaya jangan cabut pokok tersebut sebab kami nak jadikan ulam untuk makan dengan nasi goreng!


Cerita kedua pula bertajuk: Ikan Talapia Goreng Berlada. Amie suka sangat makan nasi dengan ikan talapia goreng berlada yang dijual di kafetaria di belakang Bangunan Baktisiswa. Suatu hari Amie  berurusan di bank, dan kerana perut lapar belum bersarapan jadi Amie pun singgah makan dahulu walaupun kuliah bermula  pada pukul 11 pagi. Ketika itu jam sudah menunjukkan angka 10:40 pagi. Selesai makan nasi dengan ikan talapia goreng berlada, Amie pun tergesa-gesa menuju ke dewan kuliah tetapi terlewat masuk 10 minit!
Amie kena sergah dan dihalau oleh pensyarah ketika membuka pintu dewan! Tak tahu di mana nak letak muka ketika itu, dan kerana terkejut Amie pun terus lari meninggalkan dewan kuliah!
Gara-gara menikmati sepinggan nasi putih berlaukkan seekor ikan talapia goreng berlada yang menjadi kegemaran, akhirnya Amie tidak dapat mengikuti kuliah pada hari tersebut.


Kini semuanya tinggal kenangan.
Namun begitu, kenangan itu bertambah indah apabila dapat dinukilkan menjadi sebuah anekdot!
Al-Fatihah buat pensyarahku: Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Taib Osman. Moga rohnya tenang di sana, dan dikumpulkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Ampunkan saya kerana pernah berbuat nakal sewaktu menjadi anak murid tuan.

17 comments

  1. selamat atas karyanya kak...terbayang kelezatan nasi goreng abang mat yang cocok untuk harga mahasiswa....mbul juga sangat suka nasi goreng kak..membayangkan malam nasi goreng pedas..uh terliur rasa hari nak pengen menggoyang wajan hihihi

    BalasPadam
  2. Dah ada karya dlm buku pulak ni, congrats kak amie !

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah tahniah Kak Amie.
    Karya yang ke berapa ni? Teringin sy nak memilikinya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ke bels-belas ni PH heheheee...

      Padam
    2. Kalau turun ke KL, cuba cari di Pesta Buku Antarabangsa 3-12 Jun 2022 di KL.

      Padam
  4. alhamdulillah, hebatnya! tahniah kak amie! suka pula saya baca kenangan macam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sunah Sakura. Kisah-kisah kenangan memang mencuit hati bila membacanya.

      Padam
  5. Tentu besar ikan talapia tu sampai Kak Amie terlewat 10 minit, hihihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarak kafetaria dengan dewan kuliah tu jauh dan kena ambil masa untuk berjalan. Perut dah kekenyangan, terkedek-kedeklah menapak ke dewan hihihiii.

      Padam
  6. Wah! Uncle tumpang bangga! Cover pun cantik!

    BalasPadam
  7. Tahniah amie...kenangan zaman belajar memang banyak kan kalau di nukil kan memang tidak terkira. Pengalaman dan kenangan indah yang akan di kenang.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe