Sarapan Pagi : Pegedil Kentang & Cay Turkish Tea
11:41 PG
Alhamdulillah, pagi ini rasa agak sihat.
Bingkas bangun, tak mahu berlama-lama di tempat tidur, nanti demam tak berkurang.
Masuk dapur, tak tahu nak masak apa.
Semuanya rasa tak menyelerakan!
Tiba-tiba teringat kata-kata Bonda : Rajin-rajinlah buat pegedil kentang. Boleh buat sarapan, kenyang perut!
Terkenang pula pegedil kentang di restoran KFC Surabaya yang mulus dan montok!
Wokey....
Mulakan dengan mengupas kentang.
Pada masa yang sama Encik Suami bawa masuk dapur sebiji mangga udang yang besar. Tak sempat tanya, petik atau mangga jatuh dari pokok, sebab sekelip mata Encik Suami sudah tinggalkan dapur!
Sarapan pegedil kentang sambil mengenang perjalanan ke Surabaya, menghidu Cay Turkish Tea teringat pula suatu petang yang dingin, kami menyeberangi Selat Bosphorus dan sempat menghirup cay yang lazat di dalam restoran dalam feri.
Cay Turkish Tea.
Minum di dalam feri ketika menyeberang Selat Bosphorus Mac 2017.
Inilah kombinasi sarapan pagi orang tak berapa sihat.
Cay panas yang harum, pegedil kentang, sup jagung dan mangga udang.
Ini cay yang terakhir.
Serbuk teh Turki sudah habis!
Hanya tinggal teh delima dan teh epal sahaja.
Andainya ada kesempatan berkunjung ke Turki, memang akan borong cay banyak-banyak!
Gambar atas: Pegedil kentang yang comel dalam kotak KFC di Surabaya.
Gambar bawah: Nampaknya pegedil kentang yang Amie buat kurang gemuk macam pegedil kentang KFC di Surabaya. Apa pun, tetap sedap!
Pegedil kentang yang asas (yang biasa Amie buat) hanyalah campuran kentang, bawang goreng dan daun sup serta lada putih atau lada hitam. Pegedil kentang begini sesuai untuk ditambahkan dalam hidangan soto ayam. Kalau rajin, boleh tambahkan daing lembu atau ayam yang disiat-siat halus. Pegedil kentang juga boleh dipelbagaikan bahan campurannya. Tak mahu daging atau ayam, boleh gunakan udang basah atau udang kering, atau daging kisar atau juga burger yang dihancurkan. Apa pun, ikut citarasa dan kegemaran masing-masing, sebab yang makan bukan orang lain...hiks! Sendiri buat, sendiri makan....ngeeeee!
Bahan-bahan:1.5 kg kentang - kupas kulit dan potong wedges / ikut bentuk yang disukai - goreng hingga masak - toskan
3 batang daun sup - hiris halus
3 ulas bawang putih - goreng
5 biji bawang merah - goreng
1/2 sudu kecil lada putih - tumbuk
garam / perasa pilihan secukupnya
sebiji telur
minyak
Cara:
1. Tumbuk atau lenyek kentang goreng hingga hancur.
2. Ramas bawang putih dan bawang merah goreng hingga hancur. Kalau suka rasanya menyerlah, ramas kasar-kasar saja.
3. Masukkan kentang ke dalam mangkuk, tambahkan bawang goreng, daun sup, lada putih dan garam / perasa pilihan. Gaul rata hingga sebati.
4. Ambil segenggam penuh dan bulatkan. Kemudian leperkan menjadi bentuk pegedil. Jika suka saiz kecil, buatlah kecil-kecil...hiks!
5. Pecahkan telur dan pukul ringan.
6. Panaskan minyak.
7. Celup pegedil ke dalam telur dan goreng hingga perang keemasan.
8. Angkat dan toskan.
Makan begitu saja atau cecah dengan sambal kicap! Wallaaa... enak banget! Amie dapat 15 biji pegedil kentang menggunakan 1.5kg kentang.
Sup jagung ini sunggu membuka selera!
Habis semangkuk kita hirup.
Mangga udang di belakang rumah rupanya masih ada. Amie tak berapa rajin nak pergi tengok. Encik Suami dan anak-anak selalu kutip kalau ada yang gugur. Syawal baru-baru ini, kami bawa balik Malaya sekotak besar mangga udang, dan sebiji mangga udang kebanyakannya melebihi 2kg. Mangga udang yang besar dan banyak (lebih kurang 10 biji) anak buah buat jeruk, tambah serbuk asam, dan cili padi. Terbeliak mata Amie tengok begitu banyak jeruk mangga! Dihidangkan ketika tetamu bertandang di hari raya, dan jeruk itulah yang paling laris! Anehnya jeruk mangga habis hanya pada hari raya pertama dan kedua!
3 comments
Sedap nya... Terliur kita
BalasPadamwah sedapnya... teh delima dan teh epal sedap ke? Wah nak kena tanya Penulis Norhayati Berahim lah samada dia ada jual teh turki. Suami dia orang turki dan dia banyak jual produk dari turki
BalasPadamNina,
BalasPadamjemput yunk :)
Notie,
teh delima katanya elok untuk kesihatan, teh epal memang sedap - kami disajikan oleh peniaga Turki, teh turki atau cay kami minum dalam feri, aromanya kami suka, rasanya pun ok. Saya masak hingga mendidih cay tu.