Jalan-Jalan Cari Ikan

6:36 PTG

Seringkali kami kecewa kalau membeli ikan di pasar LD, terutama ikan kembung, sardin, kerisi, tongkol termasuk udang dan sotong. Peniaga ikan yang tidak jujur akan mempamerkan ikan-ikan yang segar, udang dan sotong yang cantik di bahagian atas longgokan ikan, atau di hadapan pelanggan. Apabila kami ingin memilih sendiri ikan tersebut, mereka tidak benarkan. Jika kami beli, peniaga akan sodok ikan di hadapannya dan sudah pastinya sebahagian ikan yang masuk ke dalam bekas ialah ikan yang sudah pecah perut dan buruk! Perkara sebegini bukan baru berlaku, tapi sejak dahulu lagi namun seolah-olah tiada sebarang perubahan berlaku.
Anda tidak akan tertipu sekiranya membeli ikan saiz besar yang sudah dipotong atau yang berharga lebih mahal seperti ikan jenahak, ikan putih, kerapu, ikan merah dan sebagainya. Harga ikan semakin mahal, dan rasanya memang tidak mampu untuk membeli ikan saiz besar setiap kali kami ke pasar. Kami pun ingin jimatkan belanja dapur juga.
Ada di antara kawan-kawan yang berkongsi info sekiranya terdapat penjual ikan segar di tempat mereka, misalnya penjual ikan yang datang dari Semporna atau Kunak. Encik Suami pula banyak kali membeli ikan di tempat-tempat tertentu selain di pasar LD. Alhamdulillah, ikan yang yang dibeli tidaklah ikan 'tipu' seperti di pasar.
Kelmarin, kami bercadang untuk ke Batu 7, Bikang, Jalan Silabukan. Mana tahu, ada rezeki boleh bawa pulang ikan. Walaupun perjalanan memakan masa yang agak lama untuk sampai ke destinasi tapi sekurang-kurangnya kami berpuas hati dapat membawa pulang beberapa jenis ikan yang baru naik dari laut, masih segar, masih berlendir dan belum terkena ais. 
Seronok sungguh melihat ikan-ikan besar digantung seekor-seekor! Kebanyakannya ikan merah, jenahak, ikan putih dan ikan kerapu serta ikan talang. Encik Suami kata, eloklah ke hujung jalan dahulu, boleh pilih-pilih gerai ikan. Kebetulan ada gerai menjual nanas, jadi kami singgah membeli memandangkan harganya separuh lebih murah dari di Pasar LD. Sempat pula membeli pisang goreng panas!
Kemudian kami kembali ke gerai-gerai jualan ikan yang terletak di tepi jalan.
Oh!
Ikan-ikan besar yang bergantungan sudah tiada lagi!
Sekelip mata sudah dibeli orang!
Terpaksalah kami ke gerai lain.

Barangkali peniaga ikan menggantung ikan untuk menarik perhatian mereka yang sedang memandu. Maklumlah, kalau ikan terletak di atas para-para, mungkin mereka yang lalu-lalang di jalan besar tidak nampak. Ini disebabkan kebanyakan gerai ikan letaknya terlindung oleh daun-daun pokok di tepi jalan.

Istimewanya, ikan-ikan ini belum masuk ais, dan merupakan hasil pancingan. Di bahagian belakang gerai di kampung tersebut memang merupakan laut yang terbentang luas.

 Harganya pula memang berpatutan, dan lebih murah sedikit berbanding ikan di Pasar LD.

 Setelah membeli lebih kurang 8 jenis ikan, kami pun bergerak pulang.

 Singgah sebentar di tepi jalan membeli petai.

Cium bau durian sahajalah... 
Di sini bukan syurga durian seperti di beberapa tempat di Malaya!
Harga durian di atas RM15 sekilogram.

 Cukuplah beli dua biji nanas seberat 3kg.

 Dan pisang goreng panas bersama sambal yang kami kunyah sepanjang perjalanan pulang!

Ini hasil 'tangkapan' kami pada petang itu. Gambar ikan di atas : Tak tahu apa nama ikan ini. Kami selalu beli, dan ikan ini sedap dipanggang cecah air asam. Banyak tulang tapi berlemak dan bila dipanggang akan keluar minyak. Harganya RM3.00 sahaja sekilogram. Kami borong 5 ekor!

Ikan belanak ini memang nampak sungguh segar. Harganya hanya RM10.00 sekilogram. Kalau di pasar, memang kami fikir 9 hingga 10 kali untuk membelinya.

Ini ikan duri @ ikan mayong.
Harga untuk sekilogram ialah RM5.00.
Encik Suami tak berminat dengan ikan ini, tapi Amie teringin nak makan! Jadi, belilah sekilo.

Ini ikan belais @ belawis.
MIL panggil ikan menyerat dan sudah semestinya MIL suka masak brengkes.
Encik Suami memang tak mahu lepaskan peluang dan kebetulan hanya ada 2 ekor sahaja ketika itu. Harga sekilogram RM12.00, jauh lebih murah berbanding harga di pasar ikan dan pasaraya. Di Econsave LD, ikan ini mencecah RM20.00 sekilogram.

Ikan merah nan seekor ini berharga RM15.00 sekilogram dan ikan putih @ nyok-nyok pun harganya sama. Jadi kami beli kedua-dua jenis ikan ini.

 Setiap seekor ikan kebetulannya seberat 1 kilogram!

Tak tahu apa nama ikan di atas. Encik Suami suka, sebab MIL selalu masak ikan ini. Harganya juga RM10.00 sekilogram.

Ikan pari @ kiampau ini berharga RM5.00 sekilogram, dan kalau tak silap ia seberat 2kg seekor.
Syukurlah, masih ada kesempatan untuk mendapat bekalan ikan segar walaupun terpaksa keluar dari kawasan tempat tinggal kami. Kalau tetap berkurung di bandar, memang tak dapatlah harga ikan semurah ini.
Encik Suami bantu bersihkan ikan saiz besar manakala ikan yang kecil Amie yang bersihkan.

2 comments

  1. Sy ingatkan tempat macam LD tu semua ikannya segar hihi...

    Mesti manis & sedap rasa ikan-ikan akak beli tu kan. Almaklumlah baru naik dari laut.

    BalasPadam
  2. fuh fresh fresh semua ikannya. Ingatkan kat sabah ikannya murah sebab dekat dengan laut... rupanya tak juga.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe