Melancong ke India : Persediaan Awal

9:59 PTG

Bertemu kembali dalam catatan perjalanan Amie (rasanya lebih kepada membebel saja ni...hiks) bersama gang kaki travel yang setia. Kali ini Amie berkongsi pengalaman melihat-lihat negara di Benua Asia Selatan iaitu India, yang terkenal dengan kepadatan penduduk kedua tertinggi di dunia selepas China.



Mengapa India?
Itulah pertanyaan sebahagian daripada rakan-rakan apabila mendapat tahu Amie ingin melihat bumi India ini.
Kenapa nak ke sana?
Negara itu kotor.
Sana sini  orang kencing, berak merata-rata.
Bau hancing di mana-mana.
Orang mati terdampar di tepi jalan, tak ada siapa ambil peduli.
Tak takut ke, nanti kena penyakit.
Kawan saya dah ke sana, cirit-birit!
Air di sana tercemar! 
Bla bla blaaaa......
Agaknya siapalah yang mahu menyaksikan orang kencing berak di merata tempat?
Siapa yang mahu terkena cirit-birit dan jangkitan penyakit lain dalam kembara?
Apa pun, memang kita perlu membuat persediaan dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang kemungkinan ketika mengunjungi wilayah ketujuh terbesar di dunia ini! 
Sekali lagi kami berpeluang mengembara bersama AS SYUKRAN VACATION AGENCIES  untuk menjelajah wilayah New Delhi  dan wilayah Kashmir : Srinagar - Pahalgam  - Gulmarg di utara India. Perjalanan kami dijadualkan bermula pada 18 Mac - 24 Mac 2018.

Lebih kurang sebulan sebelum tarikh berlepas, kami perlu membuat permohonan visa di Kedutaan India. Bagi yang tinggal berhampiran Kuala Lumpur, bolehlah membuat permohonan di IVS Global India Visa Centre. Bagaimanapun bagi anda yang berada di luar Kuala Lumpur, anda boleh ke pejabat cawangan India Visa Centre Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuantan, Ipoh, Melaka, Seremban, Kuching di Sarawak dan Kota Kinabalu di Sabah.

Alhamdulillah! Walaupun jauh, kami masih boleh membuat permohonan di Kota Kinabalu, Sabah! 
Dan, untuk prosedur finger print visa India, jangan lupa bawa bersama:

1) Borang permohonan yang telah siap diisi. (Borang ini telah dihantar kepada kami melalui emel oleh As Syukran Vacation Agencies.
2) Tiket penerbangan pergi dan balik ke India.
3) 2 keping gambar saiz passport latar belakang putih (untuk yang bertudung kena pakai tudung warna gelap).
4) 1 salinan kad pengenalan.
5) 1 salinan muka depan passport.
6) Bayaran visa

Seperti biasa, Amie akan tuliskan pengalaman perjalanan ke Kota Kinabalu, sebagai catatan kenang-kenangan. Maklumlah, dalam blog sendiri bebaslah Amie nak tulis apa-apa untuk rujukan pada masa akan datang.
Kali ini Amie akan mengembara bersama Kamsiah, rakan sekerja Amie. Kami dijadualkan membuat permohonan visa pada 15 Mac 2018. Memandangkan tiket kapal terbang pergi balik sebanyak RM742 (kebetulan cuti Tahun Baru Cina), memang sangat tidak berbaloi rasanya jika kami mengikut jalan udara. Encik Suami mencadangkan agar kami menaiki bas pada hari Rabu malam Khamis (14 Mac 2018) dan terus ke pejabat cawangan Kedutaan India pada pagi Khamis (15 Mac 2018).
Syukurlah, cuti peristiwa diumumkan jatuh pada 14 Mac 2018 setelah bertungkus-lumus di padang untuk kejohanan olahraga sukan tahunan selama 2 hari sebelumnya. Jadi kami menukar rancangan. Kami akan menaiki bas pada sebelah pagi 14 Mac 2018 dan menginap di Kota Kinabalu pada sebelah malamnya, sebelum keesokan paginya berurusan di pejabat cawangan Kedutaan India, Kota Kinabalu. 
Perjalanan kami seawal pukul 7.30 pagi dari Stesyen Bas Fajar, Lahad Datu dan menjelang pukul 4 petang kami telah berada di Kota Kinabalu. Kami menginap di Gaya Centre Hotel, berhampiran Wisma Merdeka dan bersebelahan dengan bangunan yang terdapat pejabat cawangan Kedutaan India ( India Visa Center IVS Kota Kinabalu).

Ehsan : Google

Sewaktu kaki melangkah keluar dari pintu teksi, hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami. Kami menuju terus ke Gaya Centre Hotel untuk daftar masuk.

Dari tingkap hotel, terus terpandang bangunan Suria Sabah. Yeay... bolehlah cuci-cuci mata dan makan-makan di situ!

 Suria Sabah hanya beberapa langkah, menyeberang jalan dari Gaya Centre Hotel.

Memandangkan hotel ini memang terletak di tengah bandar, ia memudahkan pergerakan kami untuk meninjau-nijau atau berjalan-jalan menghabiskan masa pada petang tersebut. Itu pun kalau hujan reda!

Perut semakin berkeroncong! Kami singgah makan di Kenny Rogers Roasters di Suria Sabah. Dan seterusnya menghabiskan sisa-sisa senja dengan menyusuri jalan menuju ke Pasar Filipina, membeli apa yang berkenan di hati di pasar malam dan kemudian mengakhiri perjalanan malam itu dengan membeli takoyaki di Wisma Merdeka.

Seawal pukul 8:30 pagi kami sudah melangkah keluar dari hotel dan menuju ke IVS. Kami merupakan pelanggan pertama pada pagi tersebut, dan urusan permohonan visa selesai lebih kurang pukul 10.00 pagi. Urusan permohonan visa boleh dibuat pada pukul 9:00 pagi sehingga 2:00 petang.


Inilah jumlah bayaran yang dikenakan di IVS ketika berurusan di sana. Visa pelancong berharga RM194.56. Bayaran penghantaran untuk proses visa di Kuala Lumpur dikenakan sebanyak RM60.00, dan bayaran penghantaran visa yang sudah siap diproses dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu sebanyak RM50.00. Manakala RM20.00 itu dikenakan kerana katanya Amie salah isi tempat lahir. Dalam borang ditulis : Place of Birth Town/City. Amie tulislah Jeram/Selangor. Kamsiah tulis Semporna/Sabah. Kata petugas di situ, hanya tulis negeri sahaja. Jadi, nak buat pembetulan di mana? Rupanya mereka boleh betulkan, dan cetak semula. Itulah sebabnya ada penambahan bayaran untuk form amendment. Bukan Amie dan Kamsiah sahaja yang buat silap, kawan-kawan kami yang akan sama-sama travel yang sedang membuat permohonan visa di Ipoh, Perak pun kena sama. Jumlah kos permohonan visa ini termasuk GST, bolehlah renung-renung sendiri dalam resit di atas. 
Visa kami dijadualkan siap dihantar ke IVS Kota Kinabalu pada 26 Februari 2018. Alhamdulillah pada tarikh tersebut, tepat pukul 10.00 pagi Amie telefon ke IVS KK, katanya visa sudah sampai dan akan dipos pada hari itu juga. Syukur sekali lag, pagi 27 Februari 2018 Amie terima bungkusan berisi passport (visa) milik Amie dan Kamsiah dengan selamatnya).
Itulah antara prosedur paling penting untuk mendapatkan tourist visa ke India dan sah digunakan dalam tempoh 6 bulan.


Jom jamu mata makan-makan di Chicken Rice Shop di Suria Sabah.

Selesai uruskan permohonan visa, kami merayap seketika di Suria Sabah, membeli beberapa barang keperluan untuk di bawa ke India termasuk set long john, baju sejuk, glove dan sebagainya. Maklumlah, kami akan mengharung dua jenis cuaca, suhu panas di New Dehi dan sejuk bersalji di Kashmir! Kebetulan keesokan harinya sambutan Tahun Baru Cina, jadi nasib kami sangat baik kerana dapat membeli keperluan travel dengan harga potongan! Memang berbaloi-baloi!

Kami sempat ke 1Borneo Mall sebelum bergerak ke terminal bas pada pukul 5 petang. Bas dijadualkan bertolak dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu pada pukul 8 malam. Kami isi perut dahulu di Seoul Garden dengan menikmati Bibimbap!
Kebetulan pula, Fuad akan bercuti selama seminggu dan akan menaiki bas bersama ke Lahad Datu. Kami berjanji akan bertemu di stesyen bas. 
Setibanya di stesyen bas, tiket telah habis dijual! Tepuk dahi sendiri! Sepatutnya kami beli tiket bas lebih awal! Tambahan pula pada malam tersebut orang ramai berpusu-pusu untuk balik kampung!
Yang ada hanya tiket pada keesokan hari, itu pun bas untuk ke Tawau! Mahu atau tidak terpaksalah kami beli tiket dengan tambahan harga dari RM50 kepada RM70 untuk perjalanan 7.30 pagi keesokan hari.
Malam itu, kami sepakat termasuk Fuad untuk tidur di surau saja. 
Amie maklumkan kepada Encik Suami, dan dengan selambanya Amie kata biasalah lepak di stesyen bas macam lepak di airport!
Rupanya stesyen bas tidak sama suasananya dengan airport! Menjelang pukul 8.30 malam semua lampu ditutup!
Alamak!
Tiba-tiba telefon berbunyi.
Encik Suami telefon.
"Siap sedia. Sekejap lagi boss baba (Puan Shameera) akan datang ambil bawa ke rumahnya. Boleh berehat, mandi di sana, esok pagi dia hantar semua ke stesyen bas."
Terima kasih kepada boss Encik Suami yang sanggup mengambil kami bertiga dari stesyen bas, bermalam di rumahnya di Penampang  dan menghantar kami ke stesyen bas Inanam pada keesokan paginya. Budi dan jasa Puan Shameera sangat dihargai!
Pagi 16 Februari 2018, 7.30 pagi bas bergerak dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu. Kamsiah mabuk sepanjang jalan.... aduhai!

Itulah cerita kami, pengalaman pertama menguruskan visa sendiri. 

Oh! Selain cerita visa, perkara kedua penting yang ingin Amie kongsikan di sini ialah tentang pengambilan suntikan vaksin.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan suntikan yang diperlukan dan beritahu negara mana anda hendak kunjungi. Banyak jenis vaksin yang disarankan untuk mereka yang suka mengembara seperti vaksin influenza, pneumokokal, meningokokal, tifoid, hepatitis A, demam kuning, Japanese ensefalitis, tetanus, difteria, pertusis aselular dan MMR.
Ada yang mengambil satu jenis vaksin, ada yang dua dan ada yang tiga!
Ada juga yang tak ambil suntikan langsung seperti Amie! Mudah-mudahan tidak ada sesuatu yang memudaratkan berlaku dalam kembara nanti.

Sampai di sini dulu coretan kali ini.
Moga ada kekuatan untuk menyambung catatan perjalanan ini.




Entri berkaitan perjalanan ke India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) :
Melancong ke India : Persediaan Awal
Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - New Delhi
India : Kami Datang! Bermalam di Glitz Westend Inn
Taj Mahal - Sehari Bersama Salman Khan di Agra
Makan Tengahari di Priya Restaurant Agra
New Delhi - Srinagar - Dal Lake
Dal Lake Houseboats
Menjamu Selera di Houseboat Dal Lake
Shopping Saree dan Kacang Walnut
Pahalgam - Hotel Pine Spring - Menunggang Kuda di Kaki Gunung
Gulmarg - Gondola Ride - Sledge - Snowbike - Skiing
Mengintai ke Luar Jendela Pahalgam - Srinagar - Gulmarg

Jejak Kenangan Yang Tertinggal di New Delhi - Agra - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg

6 comments

  1. wah pergi kashmir dan Taj mahal tu. Syioknya. Tempat yang saya teringin nak pergi juga sejak tenguk citer shashi kapoor dalam cerita Jab Jab Phool Khile... hehehehe. Keindahan kashmir mengamit hati nak ke sana. Mudahan ada rezeki jejak ke sana.

    Dugaan semasa melancung atau mengembara adalah memori yang akan kita kenang sampai bila-bila.

    BalasPadam
  2. Notie,
    seronok sungguh datang ke sini, dapat melihat pemandangan yang berbeza, menambah pengalaman dan menimbulkan banyak keinsafan.

    BalasPadam
  3. Wah..cerita tahun ni..sy plan nk g bln dpn..nnt sy khatam kisah amie ni

    BalasPadam
  4. Mizzura,
    semoga perjalanan dipermudahkan.

    BalasPadam
  5. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
    TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )


    LAKE TOBA TOUR 05 DAYS – 04 NIGHT
    02 SAMOSIR ISLAND, 01 NIGHT BERASTAGI, 01 NIGHT MEDAN

    MARKET : MALAYSIA
    ITINERARY : PRIVATE TOUR

    DAY 1 : MEDAN – PARAPAT – SAMOSIR ISLAND
    Arrival at Kualanamu International Airport will be welcomed by Tour Guide/Driver. After meeting services drive to Parapat via Pematang Siantar. Enroute you will enjoy a nice view with palm and cocoa estates. Stop over at Paten Shop for relax and shopping local snacks. Lunch will served in restaurant . Arrive in Parapat by ferry /boat transfer to Samosir Island. Check in at botel and dinner will be servet at resturant or hotel.

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND TOUR
    Breakfast in hotel. In the morning by boat charter cruise to Samosir Isalnd to visit Tomok village to see the ancient tomb of King Sidabutar and Ambarita traditional village. Shopping Tours. Lunch will be served in restaurant. Afternoon free program and enjoy the Lake Toba. Dinner at restaurant.

    DAY 3 : SAMOSIR – PARAPAT - BERASTAGI
    Breakfast at hotel. By boat /ferry transfer to Parapat. Leave Parapat for Berastagi through marjarunjung valley. Enjoy ginger tea and fried bananas (personal expenses). Stop at Sipiso Piso waterfall to see this magnificent 110 metres tall waterfall drops from Karo highland with back ground the view of Lake Toba. Proceed to Berastagi and arrival in Berastagi visit the central fruit market to buy tropical fruits, vegetables and flowers. Check in at hotel. Dinner at restaurant

    DAY 4 : BERASTAGI – MEDAN
    Breakfast at hotel. Drive to Medan via Sembahe the windy road and enjoy a nice view from Puncak Sibolangit. Arrive in Medan to visit Maimun Palace to see the Palace of the Sultan of Deli which was established on 1888 and Grand mosque at Jalan Mesjid Raya. Lunch in restaurant. Shopping Tour. Check an hotel and Dinner at restaurant. Free program

    DAY 5 : HOTEL – AIRPORT
    Breakfast at hotel. Free program until time transfer to Kualanamu International Airport for return flight. Tour End.




    SERVICES TERMASUK :
    • TRANSPORT
    • PEMANDU PELANCONGAN
    • HOTEL 3 BINTANG
    • BREAKFAST 3X
    • MAKAN TENGAH HARI 3X
    • DINNER 3X
    • SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    • KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    • MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK :
    • DRIVER
    • PATROL
    • EKSIDENT INSURANCE
    • GOVERNMENT TAX

    BalasPadam
  6. Hai... Sy ada package ground kashmir....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe