Mengintai ke Luar Jendela Pahalgam - Srinagar - Gulmarg

11:21 PG

Tidak berkesempatan untuk merakam suasana dengan sempurna, cukuplah sekadar menghalakan lensa kamera dari tingkap bas yang sedikit terbuka. Nak buka tingkap seluas-luasnya, tak tahan pula menahan terpaan angin sejuk yang masuk, dan juga debu-debu jalanan yang berterbangan!
Berikut, Amie kongsikan gambar-gambar sekitar perjalanan dari Pahalgam ke Srinagar dan dari Srinagar ke Gulmarg. Amie tak berani nak komen banyak-banyak tentang wilayan yang sentiasa bergolak ini. Biarlah gambar-gambar yang berbicara sendiri, kerana ia mampu menceritakan seribu kisah yang tersirat.
Pada mulanya Amie tidak berusaha untuk menangkap gambar-gambar melalui tingkap bas, memandangkan hanya melihat ladang-ladang epal, pokok walnut, pokok ceri, pokok almond dan sebagainya yang gondol cerondol. Apabila terkeluar sedikit dari kawasan perkampungan, tertarik pula hati dengan hamparan kuning di sepanjang jalan. 

Hamparan kuning yang pada mulanya Amie sangkakan bunga rumput ini sebenarnya ladang mustard! Terima kasih Mr. Tariq di atas penjelasan tentang hamparan kuning ini. Rupanya inilah ladang sesawi yang menghasilkan serbuk mustard dan merupakan salah satu rempah yang selalu digunakan dalam masakan Eropah!












 Banyak peniaga kecil menjual buah-buahan segar di sepanjang jalan.










Dan banyak juga makanan bergoreng yang dijual di tepi jalan.


Pemandangan di tepi jalan yang dipenuhi peniaga buah-buahan dan makanan ringan serta deretan kedai diganti pula dengan pemandangan tanam-tanaman ladang.

Nun di sana, yang berwarna hijau ialah ladang mustard, pokok sesawinya sedang menghijau dan belum berbunga.

Adakalanya warna ladang mustard bercampur warna hijau dan kuning, sebahagian pokok sawi sedang membesar dan sebahagiannya lagi sedang berbunga.





 Adakalanya muncung kamera 'termenghala' ke arah di atas tu!
Alamak... cepat-cepat kita tarik balik, tapi kadang-kadang tertekan juga butang kamera!













Memang ladang mustardnya sangat luas!
Puas mata memandang sepanjang jalan dari Pahalgam ke Srinagar!



Suka sangat dapat tangkap gambar di atas ni!
Pengembala dengan biri-birinya!








Bas berhenti di ladang saffron.
Selalu juga Amie gunakan herba saffron dalam masakan, tetapi inilah kali pertama melihat sendiri ladang saffron. Saffron juga disebut koma-koma atau kumkum. Rempah termahal di dunia ini boleh mencecah harga RM25,000.00 sekilogram!

Saffron (bahasa Inggeris) berasal daripada perkataan Arab iaitu za'faran yang bernaksud kuning. Ia juga dikenali sebagai Emas Padang Pasir, Spice King, Spice Queen, Vegetable Gold dan juga Flower of Love.

Katanya saffron berbau harum, dan mempunyai pelbagai manfaat daam bidang pemakanan, kecantikan dan perubatan.

Ketika ini saffron baru belajar berbunga.


Urat-urat halus warna ungu tua seolah-olah kemerahan itulah yang akan dikutip menjadi herba saffron.

Banyak jualan herba saffron di sini, tetapi harganya memang Amie kena fikir 45 kali untuk beli. Nak tawar-menawar memang malaslah sebab Amie tak berapa minat tawar-menawar lama-lama. Kata peniaga saffron yang datang ke houseboat kami, terdapat saffron tiruan dan saffron asli. Memang saffron yang ditunjukkan kepada kami ini berbeza dengan warna saffron yang selalu Amie beli di kedai mamak. Entahlah.... saffron di sini lebih kasar dan warnanya lebih gelap, saffron yang biasa Amie beli lebih halus, dan warnanya pun tak berapa terang seperti saffron di bawah ini. 

Lupakan dulu cerita herba termahal di dunia, kita beralih kembali melihat suasana di bawah ini.

Hari pun dah menjelang petang.

Bas menghala ke Tasik Dal, berhenti di shikara stand dan kami kembali ke houseboat.

Keesokan paginya kami bergerak dari Srinagar ke Gulmarg pula, dan inilah hasil tangkapn Amie yang pertama. Suka sangat tengok deretan gerai yang menjual buah-buahan di sepanjang jalan.

Pisang pun kelihatan cantik tersusun.

Begitu juga dengan anggur. Nampaknya di sana-sini banyak longgokan anggur segar terutama anggur hijau.

Gambar yang agak jelas sedikit sudah tentulah gambar yang Amie ambil ketika bas bergerak perlahan dalam kesesakan lalu lintas. Sama jugalah seperti di New Delhi, hon tetap berbunyi di sepanjang jalan.

Apa agaknya yang dijual oleh penjaja kecil ini.

Semoga jualannya laris sepanjang pagi ini.

Sama juga dengan buah-buahan yang ada di tempat kita, betik, nanas, epal, tembikai, pisang, honeydew. delima dan lain-lain.


Alamak!
Tak sengaja!
Terklik butang kamera lagi!

Apa agaknya yang sedang dilakukan oleh dua orang wanita Kashmir ini?
Lihat di belakang, dawai kawat duri melingkar-lingkar!











Gerai daging pun banyak di kiri kanan jalan.

Wanita-wanita Kashmir.

Masih tertangkap gerai buah-buahan juga.
Nak buat macamana, inilah sahaja antara pemandangan yang kita suka lihat...hiks!

Kita rakam juga gambar telur ayam kulit putih!




Bawang besar dan tomato, dua bahan penting dalam masakan di India!

Jumpa lagi gerai daging segar!


Nampak layu pula sayuran berdaun hijau yang dijual. Penduduk di sini akan membeli bahan masakan seperti sayuran setiap hari untuk dimasak. Bebeza dengan kita, biasanya menyimpan bahan masakan untuk kira-kira cukup untuk tempoh seminggu dalam peti sejuk.


Kata Mr. Tariq ini sawah padi.
Tentunya jenis padi @ beras Kashmir dan bukannya beras wangi seperti di Siam, Vietnam,  Mahsuri atau beras Malinja seperti di tempat kita. Bila Amie tanya tentang beras bashmati, katanya beras itu ditanam di Punjab.

Sepanjang jalan ke Gulmarg, mata akan dijamu dengan pemandangan ladang-ladang termasuk ladang epal yang masih gondol batang dan cabangnya seperti gambar di atas.


Oppsss!
Sekali lagi lensa kamera tanpa sengaja menghala ke arah anggota berpakaian seragam!
Nampak sungguh kawalan amat ketat di sini. Di mana-mana mesti kelihatan anggota keselamatan berkawal siap bersenjata.

Dan gerai daging lagi!
Patutlah setiap kali makan tengahari dan makan malam di houseboat, kami dihidangkan dengan daging bebiri! Barangkali memang mudah sungguhlah nak dapat bekalan kambing segar di sini.


Apa boleh buatlah...harap ini gambar terakhir Amie tangkap! Bukan apa, takut kita pula yang akan ditangkap! 

Pemandangan di perkampungan di Gulmarg.


Eh! Ada lagi....huhuhuuuu!
Apa nak buat, dah jodoh kita... kata si kamera!


Wokeh!
Ini Hotel Gulmarg Sahara, tempat kami solat dan makan tengahari sebaik sahaja turun dari menaiki gondola. Mari kita patah balik ke Srinagar.



Jom kita singgah gerai buah-buahan di tepi jalan.


Buah anggur hijau ini tersangatlah manisnya!

Gerai sayur-sayuran.

Dari jauh kami tertanya-tanya apa benda yang putih panjang nih?
Atie kata macam batang keladi jew!
Bila tengok dekat-dekat rupanya akar teratai!

Ingatkan orang Cina saja yang pandai makan sup akar teratai, rupanya orang India pun tak kurang juga! Amie terbaca resepi masakan akar teratai dalam buku resepi India yang Amie beli. Nanti nak cuba juga masakan itu. Bezanya teratai di sini kecil, kurus dan panjang, akar teratai di tempat kita gemuk-gemuk pendek! Mr. Tariq beli banyak akar teratai, dan Amie lihat beliau bahagi-bahagikan dengan pemandu bas dan tukang angkat beg.

Nampak segar-segar sayur-sayurannya, dan berwarna-warni pula!





Di sini kami membeli buah delima. Amie beli 2kg, bawa balik masuk bagasi.
Tak menyesal beli, isinya manis!

Dah!
Jom naik bas.





Dah pun sampai di Tasik Dal. Ada pula penjual buah-buahan atas perahu!

Hari pun dah senja. Kita naik shikara, berkayuh balik ke houseboat.


2 comments

  1. Masih bergolak lagi ke? Menakutkan sungguh bila nampak di mana-mana sahaja tentera banyak. Alhamdulillah perjalanan selamat hingga ke akhirnya. Seronok tenguk merata-rata buah-buahan yang nampak besar dan sedap je rasanya.

    BalasPadam
  2. Notie,
    dah lama bergolak tu, berpuluh2 tahun...sampai sekarang masalah perebutan wilayah tak selesai lagi,

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe