ADSENSE

Ahad, 29 April 2018

Kuih Bakar Kemboja

Sementara ada kesempatan berlama-lama di dapur maya ini, Amie akan kongsikan beberapa menu tertunggak yang tersimpan dalam folder. Petang ini sekali lagi Amie kongsikan Kuih Bakar Kemboja (guna acuan kemboja pecah 6), yang lebih dikenali dengan nama Bahulu Kemboja di kampung kami dan juga di beberapa tempat lain. Asal-usul kenapa dinamakan Bahulu Kemboja bolehlah klik : DI SINI.

Untuk menghasilkan Kuih Bakar Kemboja  ini, eloklah kita beri perhatian ke atas bahan-bahan yang digunakan. Sebaiknya gunakanlah bahan yang segar seperti santan dari parutan kelapa segar, dan juga jus dari daun pandan. Untuk menghasilkan aroma yang enak, sapukan acuan dengan minyak sapi.

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir - boleh kurangkan jika tidak suka manis
2 cawan santan pekat
15 helai daun pandan - kisar dengan 1 cawan air - perah / tapis untuk dapatkan 1 cawan jus pandan
4 biji telur gred A
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak sapi - oleskan 1 sudu kecil  dalam setiap acuan
bijan secukupnya

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 200'C.
2. Kacau gula bersama telur hingga larut.
3. Masukkan santan, jus pandan bersama telur dan adun sebati.
4. Tapiskan adunan supaya tepung tidak berketul.
5. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar di dalam oven selama 10 minit.
6. Keluarkan acuan berisi adunan kuih tadi dan taburkan sedikit bijan di atasnya.
7. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 50 -60 minit atau sehingga kuih masak dan berkerak.

Selamat mencuba!

7 ulasan:

FHA Selemak Santan berkata...

memang teringin nak buat. Tunggu mood saja mai

Suzana Ibrahim berkata...

hai Amie..
nampak cantik dan kemas saja
gambar dan props pun cantik
tiba-tiba hati ku teringin nak mencuba...

Wani Sukarno berkata...

sedapnya kuih bakar baulu cantik jerr kak amie buat ,, lama dah tak makan kuih baulu ni..

Hans Hanis berkata...

lamanya tak makan kuih kemboja nih

Amie berkata...

FHA,
mood yang baik hasilnya pun ok hihihiii.

Suzana,
ikut nasib jugalah kalau buat kuih ni, ada kala cantik, ada kalanya tak menjadi kihkihkihhh.

Amie berkata...

Wani,
sedap sungguh kalau ikut cara tradisional, wangi jew kan.

Hans,
susah sekarang nak dapatkan rasa original seperti dulu, kena buat sendiri barulah dapat rasanya yang lemak manis, cukup rasa heheheee.

Acik Erna berkata...

Sedapnya Amie..terus jadi teringin nak pi cari..sape la ada jual