Cucur Jawa a.k.a Penjaram & Secawan Kashmiri Kahwa
12:03 PTG
Mari ringan-ringankan jari-jemari mengadun tepung. Kita gunakan bahan-bahan yang ada di dapur, dan kemudian nikmati ketika masih panas...oppps! Jangan baru keluar dari kuali terus masuk mulut! Nanti melocot bibir tuh....kihkihkihhhhh! Haaa...kan terkeluar perkataan Jawa...melocot! Dah nama pun Cucur Jawakan?
Macam-macam nama diberi untuk kuih cantik ini. Topi Mexico pun namanya juga, selain Penjaram di LD.
Jom nikmati Cucur Jawa a.k.a Penjaram dengan secawan teh Kahsmir! Teh Kashmir ni Amie beli semasa jalan-jalan ke Kashmir Mac lalu. Rasanya penuh dengan aroma rempah! Tak apalah, tak ada teh masala, Kashmiri Kahwa pun jadilah.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
200 gram gula melaka - parut
3/4 cawan gula pasir - jika suka manis, boleh tambah
2 cawan air
secubit garam
minyak untuk menggoreng
Cara:
1. Ayak tepung beras bersama tepung gandum.
2. Kemudian masukkan gula pasir, gula melaka, garam, air dan gaul rata.
3. Tapis adunan.
4.
Biarkan lebih kurang 8 jam - biasanya Amie siapkan adunan sebelum tidur
dan biarkan semalaman. Keesokan paginya barulah Amie goreng.
5. Panaskan lebih kurang 2/3 cawan minyak di dalam kuali melengkung saiz kecil.
6.
Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali. (Jika suka saiz besar boleh
gunakan senduk besar tapi tambahkan minyak. Jika suka yang kecil dan
comel, gunakan senduk saiz yang agak kecil).
7.
Ketika adunan sedang digoreng, kuih mula kelihatan seakan-akan
obor-obor, dan keruping-keruping di bahagian tepinya terbentuk.
8. Setelah kelihatan sempurna, terbalikkan kuih, dan ia akan kelihatan seperti topi coklat keemasan..
9. Biarkan sebentar dan kemudian angkat kuih penjaram tadi, dan toskan.
Cucur Jawa enak dinikmati ketika masih hangat!
Pastikan perut dalam keadaan lapar ketika memakannya, pasti berkeping-keping Cucur Jawa masuk perut!
0 comments